omniture

Hari Sepsis Sedunia 13 September 2014: Kematian Akibat Sepsis Ebola di Afrika Barat dan 8 Juta Kematian Akibat Sepsis Setiap Tahun di Seluruh Dunia - Seruan untuk Tindakan

World Sepsis Day Head Office
2014-09-11 08:00 159

LONDON dan JENA, Jerman, 11 September 2014 /PRNewswire/ -- Mencegah jangkitan dan memerangi sepsis untuk menyelamatkan 800,000 nyawa setiap tahun

Kejadian wabak virus Ebola yang sedang merebak sekarang tidak pernah dilihat sebelum ini. Perikatan Sepsis Global menyokong sepenuhnya seruan Ketua Pengarah WHO M. Chan yang menyatakan komuniti antarabangsa perlu menggembleng usaha mereka. Virus Ebola adalah salah satu daripada ratusan patogen yang mungkin boleh menyebabkan sepsis yang membawa maut. Sepsis, atau lebih kerap digelar sebagai "keracunan darah", ialah laluan akhir yang biasa daripada jangkitan akut. Sepsis memerlukan rawatan khusus yang dilakukan serta-merta bagi melawan kegagalan organ dan sistem peredaran darah. Sepsis ialah sebab utama mengapa jangkitan seluruh dunia ialah punca kedua tertinggi untuk kematian. Enam puluh peratus kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun adalah berpunca daripada sepsis dan ialah salah satu punca utama kematian ibu bersalin. Sepsis ialah ancaman yang semakin menular di seluruh dunia. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. telah melaporkan yang kes sepsis telah meningkat di A.S. daripada 621,000 pada tahun 2000 menjadi 1,141,000 pada tahun 2008 (http://www.cdc.gov/sepsis/basic/qa.html).

Sekurang-kurangnya 10 ke 15 peratus daripada kematian akibat sepsis boleh dicegah dengan: pemvaksinan, langkah kebersihan, pengesanan awal, serta langkah rawatan serta-merta. Hospital dan institusi penjagaan kesihatan perlu mengamalkan semua langkah yang boleh dilakukan bagi menghapuskan jangkitan yang berlaku semasa di hospital. Namun begitu, hampir 50 peratus daripada kes sepsis berlaku semasa di luar hospital. Usaha untuk meningkatkan pengenalpastian, diagnosis dan juga rawatan sepsis mesti dilakukan dalam Jabatan Kecemasan, Pejabat Pengamal Perubatan serta Pusat Jagaan Rapi. Kenal pasti jika ianya sepsis jika tanda berikut dapat dilihat: demam, menggeletar, keadaan mental berubah, semput, penurunan tekanan darah serta kadar degupan jantung yang tinggi. Kami menyeru kerajaan seluruh dunia untuk menilai respon sistem penjagaan kesihatan mereka terhadap sepsis dan mengambil tindakan untuk mengurangkan impak penyakit yang membunuh ini, iaitu dengan pelan tindakan negara dan pembiayaan kempen kesedaran sepsis serta penyelidikan pada skala yang sama seperti yang telah membuatkan usaha global untuk memerangi AIDS begitu berjaya.

Maklumat lanjut: http://www.world-sepsis-day.org 

Hubungi: Konrad Reinhart MD, press@world-sepsis-day.org, T +49-3641-9323101

SUMBER  Ibu Pejabat Hari Sepsis Sedunia

Source: World Sepsis Day Head Office
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Not for profit