omniture

TAS Energy Menyelesaikan Tuntutan Mahkamah Paten

TAS Energy Inc.
2014-09-11 18:11 62

HOUSTON, 11 September 2014 /PRNewswire/ -- TAS Energy Inc., syarikat teknologi global yang menyediakan penyelesaian tenaga bersih dan bermodul bagi industri penjanaan kuasa, hari ini telah mengumumkan yang ia telah menyelesaikan tuntutan mahkamah untuk pelanggaran paten melawan San Diego Gas & Electric (SDG&E), yang berkaitan dengan sistem penyejukan udara salur masuk turbin di Pusat Tenaga Palomar SDG&E di California. Dalam tuntutan mahkamah itu, TAS Energy mendakwa sistem penyejukan di Palomar itu, yang dibeli oleh SDG&E daripada General Electric Company, telah melanggar beberapa paten TAS Energy.

Ketua Pegawai Eksekutif TAS Energy JT Grumski dipetik sebagai berkata yang beliau "sangat gembira kerana dapat mencapai penyelesaian membina dengan GE dan SDG&E. TAS sedang mendapat minat yang mendalam daripada para pelanggan kami untuk penyelesaian penyimpanan penyejuk/penjana kami yang dilindungi paten. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk menguatkan lagi hubungan kami dengan GE bagi kebaikan bersama para pelanggan kami." Sebagai sebahagian daripada penyelesaian tuntutan itu, General Electric dan SDG&E telah mendapatkan lesen daripada TAS Energy di bawah paten TAS yang tersebut berkenaan sistem penyejukan yang sedang digunakan di kemudahan Palomar itu. Syarat lain dalam penyelesaian tuntutan itu tidak didedahkan.

HUBUNGI: Jessica Salinas, 1-713-877-8700, marketing@tas.com

Source: TAS Energy Inc.
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Gas Oil/Energy Utilities Legal issues Patent Law