HYDERABAD, India, 24 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Envision Energy International dan AM Green, iaitu sebuah usaha niaga hidrogen dan ammonia hijau yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh pengasas Greenko Group, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama dalam pembuatan turbin angin bagi projek tenaga bersih AM Green di India dan projek hidrogen hijau. Memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani semasa Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
AM Green dan Envision akan memanfaatkan keupayaan yang melengkapi antara satu sama lain untuk menghasilkan, membekalkan dan menyelenggarakan turbin angin di India khususnya untuk keperluan turbin angin AM Green di negara tersebut. Melalui pelanggan mereka, AM Green akan berusaha untuk komited dalam pengambilan setidaknya 2GW kapasiti setiap tahun selama tiga tahun akan datang. Turbin angin tersebut akan menyediakan tenaga untuk menghasilkan molekul hijau yang boleh diperbaharui.
Presiden kepada AM Green, Mahesh Kolli berkata, "Usaha sam ini membawa bersama dua pakar industri untuk memanfaatkan kekuatan pembuatan mereka dalam mencipta usaha perniagaan yang mampan untuk jangka masa panjang. Kami teruja dengan peluang dalam penyahkarbonan global yang akan datang."
Usaha sama ini merupakan sebahagian daripada usaha besar AM Green untuk memajukan pembangunan rangkaian bekalan yang selamat bagi turbin angin yang berkualiti tinggi dan kos efektif di India. AM Green menyasarkan untuk mencapai bekalan tenaga yang paling ekonomik dan berkesan 24x7 untuk kilang molekul hijau mereka di seluruh India melalui usaha sama seperti ini
AM Green dan Envision juga akan bekerjasama dalam pembangunan projek hidrogen hijau dan membangunkan taman industri bersih sifar karbon. Kedua-dua syarikat ini turut akan menggunakan kepakaran teknikal mereka untuk bersama-sama membangunkan satu set piawaian industri hidrogen hijau yang berkenaan.
Encik Kane Xu, Naib Presiden Global dan Presiden Negara – India, dari Envision berkata: "Envision amat berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan AM Green yang merupakan sebahagian daripada Greenko Group, salah satu konglomerat tenaga boleh diperbaharui terkemuka di India. Kedua-dua Envision dan AM Green berkongsi visi yang serupa iaitu pengurangan karbon global. Perkongsian menarik ini juga akan menyediakan penyelesaian canggih untuk memberi impak positif kepada matlamat sifar bersih dan tenaga hijau India yang agresif."
Tentang AM Green
AM Green telah didaftarkan oleh pengasas Greenko Group yang berpusat di Hyderabad iaitu Anil Chalamalasetty dan Mahesh Kolli. Dengan kekuatan mereka dalam tenaga boleh diperbaharui dan model penyimpanan sebagai perkhidmatan, serta rekod keusahawanan tenaga, AM Green menyasarkan untuk menjadi salah satu pengeluar hidrogen hijau, amonia hijau dan molekul hijau lain yang paling kos efektif di dunia.
Di India, AM Green sedang mengembangkan keupayaan pengeluaran untuk molekul hijau (hidrogen hijau, amonia hijau, biofuel, natrium kaustik hijau, e-metanol) untuk pengurangan karbon dalam industri-industri yang sukar dikurangkan. Projek ini juga akan menubuhkan perniagaan tenaga boleh diperbaharui dan penyimpanan di peringkat antarabangsa serta usaha sama untuk menghasilkan elektroliser bersama John Cockerill dari Belgium, seorang rakan sedia ada Greenko Group.
Tentang Envision
Envision Group ialah sebuah syarikat teknologi hijau terkemuka dunia. Dengan misi "menyelesaikan cabaran untuk masa depan yang mampan", Envision mereka bentuk, menjual dan mengendalikan turbin angin pintar dan sistem penyimpanan tenaga pintar melalui Envision Energy, bateri yang didayakan oleh AIoT melalui AESC dan sistem pengendalian AIoT terbesar di dunia melalui Univers. Envision juga menguruskan Dana Envision-Sequoia Capital Carbon-Neutral sebanyak sepuluh bilion RMB dan memiliki pasukan perlumbaan Formula E Envision Virgin Racing.
Untuk AM Green India Pvt Ltd:
Perhubungan Media
Mr Suheil Md. Imtiaz
Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam & Komunikasi Strategik
E-mel: suheil.m@greenkogroup.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2324789/AM_Green_Envision_Energy.jpg?p=medium600