omniture

TUMI DINAMAKAN SEBAGAI BAGASI RASMI PGA TOUR DAN LPGA

Tumi, Inc.
2024-01-24 20:17 103

Jenama gaya hidup global yang ikonik itu mengumumkan perkongsian berbilang tahun dengan PGA TOUR dan LPGA, selain memperkenalkan koleksi golf baharu kepada barisan produk TUMI Sports.

NEW YORK, DAYTONA BEACH, Fla. dan PONTE VEDRA BEACH, Fla., 24 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Jenama pelancongan dan gaya hidup antarabangsa TUMI mengumumkan perkongsian berbilang tahun dengan LPGA dan PGA TOUR hari ini, menamakan TUMI sebagai "Bagasi Rasmi" bagi kedua-dua organisasi. Perkongsian TUMI dengan PGA TOUR dan LPGA memperkukuh dedikasi jenama itu kepada perkongsian sukan global utama, seperti pasukan Liga Perdana Inggeris iaitu Tottenham Hotspur, McLaren Racing dan Persatuan Pemain Tenis Profesional. Penglibatan TUMI dalam sukan golf bertepatan dengan penampilan sulung rangkaian penuh koleksi golf pertama syarikat itu, menawarkan produk berprestasi tinggi dan berinovatif yang merangkumi kedua-duanya, sukan tersebut dan gaya hidup yang dibawa.


Bagi memulakan perkongsian berprestij untuk lelaki dan wanita ini, TUMI menganjurkan ruang pameran berinteraktif di Pertunjukan PGA minggu ini di Orlando, Florida, menampilkan pratonton produk, penampilan pempengaruh dan pemprograman tambahan di tapak.

"Kami amat teruja untuk mengalu-alukan TUMI ke dalam keluarga PGA TOUR kami bersama dengan rakan kongsi kami di LPGA," kata Pesuruhjaya PGA TOUR Jay Monahan. "Kerjasama dengan LPGA ini mengetengahkan nilai TUMI dan komitmen bersama kami untuk menambah baik permainan dengan menjadikannya mesra kepada semua."

"Kami amat teruja untuk mengalu-alukan perkongsian menarik ini dengan TUMI sebagai Bagasi Rasmi LPGA dan PGA TOUR," kata Pesuruhjaya LPGA Mollie Marcoux Samaan. "Perkongsian ini bukan sahaja menandakan komitmen bersama kami terhadap kecemerlangan tetapi juga menegaskan dedikasi kolektif kami untuk memperkasa wanita dalam sukan di seluruh dunia. Sebagai jelajah global dengan persinggahan di 10 negara di seluruh dunia, koleksi golf berinovatif TUMI ialah padanan sempurna untuk LPGA dan perkongsian kami akan mencerminkan semangat keazaman, kualiti dan gaya yang mentakrifkan LPGA dan TUMI. Kami berharap terjalin kerjasama yang kukuh antara LPGA, PGA TOUR dan TUMI, meraikan perjalanan dan kejayaan atlet kami di dalam dan di luar padang."

"PGA TOUR teruja untuk mengalu-alukan TUMI ke dalam keluarga kami semasa kami memperkenalkan jenama gaya hidup ikonik ini kepada atlet dan peminat kami di seluruh dunia," kata Brian Oliver, Naib Presiden Eksekutif PGA TOUR, Perkongsian Korporat. "Semua pemain golf, sama ada kasual atau profesional, akan memperoleh manfaat daripada akses kepada produk dan gaya unik TUMI kerana jenama ini memasuki ruang golf secara rasmi."

"Kami berbesar hati untuk memulakan perkongsian ini dengan PGA TOUR dan LPGA, serta untuk meraikan pencapaian para atlet yang dihormati pada peringkat global ini," kata Andrew Dawson, Presiden TUMI. "Di TUMI, kami sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan dan minat pengguna kami dan khalayak yang sehaluan. Memberi khidmat kepada komuniti kami yang terdiri daripada atlet berdaya saing dan santai ialah langkah seterusnya yang terancang lagi asli untuk jenama kami."

Diinspirasikan oleh semangat sukan ini dan terus setia kepada DNA TUMI, beraneka jenis barangan golf memberikan ketahanan utama, bahan berprestasi tinggi dan reka bentuk berinovatif jenama tersebut. Penampilan utama koleksi itu ialah beg golf, yang menawarkan ciri peningkatan permainan termasuk pelapik sentuhan lembut, port pengecasan USB-C dan poket pendingin, bersama dengan tampalan boleh dimonogram untuk elemen tanda peribadi tambahan yang unik daripada TUMI. Beg gaya hidup dan aksesori tambahan yang terdiri daripada beg sandang, alat divot, kantung ti dan bola, sarung kayu golf dan banyak lagi direka bentuk untuk berfungsi dengan lancar bersama dengan tawaran beg.

Direka bentuk dengan rapi mengikut spesifikasi pemain golf profesional, setiap bahagian dalam koleksi dibina dengan perincian teknikal paling jitu bertujuan membantu anda beraksi di dalam dan di luar padang. Harga koleksi beg golf dan beg kembara ialah antara USD $795-$1,595, dengan beg dan aksesori tambahan bernilai antara USD $125-$650.

Koleksi ini tersedia secara eksklusif di TUMI.com di seluruh dunia dan akan tiba tidak lama lagi di kedai TUMI terpilih, kelab golf dan kedai serbaneka terpilih pada Musim Bunga ini. Item terpilih juga akan ditampilkan dalam tetingkap timbul semasa kejohanan PGA TOUR dan Jelajah LPGA di seluruh dunia sepanjang tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian sukan TUMI, sila kunjungi TUMI.com/About.

Maklumat Tentang TUMI
Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta perniagaan, perjalanan dan keperluan mewah prestasi bertaraf dunia, direka bentuk untuk menaik taraf, tidak merumitkan dan mencantikkan semua aspek kehidupan semasa sedang bergerak. Menggabungkan fungsian yang sempurna dengan semangat kepintaran, kami komited untuk memperkasa perjalanan sebagai rakan kongsi seumur hidup kepada penggerak dan pembuat dalam usaha mengejar minat mereka. Untuk maklumat lanjut tentang TUMI, kunjungi TUMI.com.

TUMI dan logo TUMI ialah tanda dagangan berdaftar Tumi, Inc. © 2024 Tumi, Inc.

Maklumat Tentang LPGA
 Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) ialah organisasi golf profesional wanita yang terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1950 oleh 13 Pengasas wanita rintisan, LPGA, yang ahli organisasi tersebut kini mewakili lebih 60 negara, merupakan organisasi sukan wanita profesional yang paling lama bertahan. Melalui Jelajah LPGA, Jelajah Epson, Profesional LPGA dan usaha sama dengan Jelajah Wanita Eropah, LPGA memberi peluang kepada ahli profesional wanita untuk mengejar impian mereka dalam permainan golf pada peringkat tertinggi. Selain program jelajah profesional dan akreditasi pengajaran, LPGA menampilkan Yayasan berintegrasi sepenuhnya, yang menyediakan pemprograman terbaik seumpamanya untuk pemain golf wanita melalui pemprograman golf junior dan bahagian Amatur LPGA, yang menawarkan kepada ahli organisasi peluang bermain dan pembelajaran di seluruh dunia. LPGA berhasrat menggunakan platform unik organisasi untuk memberikan inspirasi, mengubah dan memajukan peluang untuk remaja perempuan dan wanita, di dalam dan di luar padang golf.

Ikuti LPGA dalam talian di www.LPGA.com dan dalam aplikasi mudah alih. Sertai perbualan sosial di Facebook, X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), Instagram dan YouTube.

Maklumat Tentang PGA TOUR
Dengan mempamerkan pemain terbaik golf, PGA TOUR melibatkan, memberikan inspirasi dan impak positif kepada peminat, rakan kongsi dan komuniti kami di seluruh dunia.

 PGA TOUR, beribu pejabat di Ponte Vedra Beach, Florida, bersama membenarkan secara rasmi untuk mengadakan kejohanan PGA TOUR, Kejuaraan PGA TOUR, Jelajah Korn Ferry, PGA TOUR Amerika dan mentadbir PGA TOUR Q-School yang disampaikan oleh Korn Ferry dan Universiti PGA TOUR. Ahli TOUR mewakili pemain terbaik dunia, yang berasal dari 29 negara dan wilayah. Mempamerkan detik terbesar dalam sukan dengan sejarah dan warisan dalam talian, PGA TOUR mempunyai perkongsian pengedaran domestik jangka panjang untuk liputan siaran di CBS, NBC dan Golf Channel dan perkhidmatan penstriman video di ESPN+. Pada peringkat antarabangsa, liputan PGA TOUR tersedia merentasi 200+ negara dan wilayah dalam 28 bahasa melalui 44 rakan kongsi siaran dan digital. Hampir kesemua kejohanan dianjurkan sebagai pertubuhan bukan untung bertujuan memaksimumkan pemberian amal dan sehingga kini, kejohanan merentasi semua Jelajah telah menjana lebih daripada $3.64 bilion. 

Peminat boleh mengikuti  PGA TOUR dalam aplikasi PGA TOUR dan PGATOUR.COM baharu, serta di saluran media sosial, termasuk Facebook, Instagram (dalam Bahasa Sepanyol, Bahasa Korea dan Bahasa Jepun), LinkedIn, TikTok, X (dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol), WhatsApp (dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol),  WeChat, Weibo, Toutiao, Douyin dan LINE

Hubungan Media TUMI
TUMI 
Alexandra Gillis
alexandra.gillis@tumi.com

Hailey Hauldren
SHADOW
hhauldren@weareshadow.com

LPGA
J.D. Sterba
jd.sterba@lpga.com 

PGA TOUR
Chris Cox 
chriscox@pgatourhq.com 


Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2322880/Tumi_1.jpg?p=medium600 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2322881/Tumi_2.jpg?p=medium600



 

Source: Tumi, Inc.
Keywords: Retail Sports Travel Licensing/marketing agreements