omniture

Vantage perbaharui tawaran produk Indeks bagi tahun 2024, menjadikannya salah satu yang paling kompetitif dalam industri

Vantage
2024-01-24 23:52 30

PORT VILA, Vanuatu, 24 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset yang memenangi anugerah Vantage (atau Vantage Markets), telah memperbaharui produk CFDnya pada indeks bagi meningkatkan keberkesanan kos untuk pedagang CFD.

Vantage revamps Indices product offering for 2024, making it one of the most competitive in the industry
Vantage revamps Indices product offering for 2024, making it one of the most competitive in the industry

Sebagai sebahagian daripada pembaharuannya, Vantage akan memperkenalkan rangkaian indeks yang lebih luas kepada barisan produknya, bermula dengan Indeks Straits Times (STI) dan Indeks Bursa Saham Taiwan (TWSE). Kedua-dua indeks merupakan instrumen yang popular untuk didagangkan, yang turut mewakili bursa saham masing-masing.

CFD Indeks Vantage telahpun diterima dengan sangat baik, lantaran kelebihan kompetitif utamanya, namun kini, pedagang berpeluang untuk menikmati faedah-faedah yang lebih besar.

  1. Leveraj Tinggi sehingga 500:1: Memperkasa pedagang dengan kefleksibelan, Vantage membolehkan pelanggannya meningkatkan potensi dagangan mereka dengan leveraj tinggi, mengupayakan kawalan ke atas kedudukan yang lebih besar dengan pelaburan modal yang lebih kecil.
  2. Spread lebih ketat: Dengan struktur penentuan harga yang kompetitif dan telus, Vantage membolehkan pedagang runcit menikmati beberapa spread terendah dalam pasaran, berpotensi mengurangkan kos dagangan sebanyak 15%.  Di samping itu, Vantage menawarkan rebat yang luar biasa kompetitif untuk Introducing Brokers (IBs).
  3. Pelbagai Jenis Pasaran: Selain menyediakan produk CFD pada indeks dari AS, Hong Kong dan Eropah, penawaran produk CFD daripada Vantage juga membolehkan pedagang meninjau peluang dalam instrumen lain dengan satu akaun, bagi menampung lebih banyak strategi perdagangan dan pengurusan risiko.
  4. Perlindungan Baki Negatif: Vantage komited untuk membantu melindungi pedagang daripada kerugian yang melebihi baki akaun dana mereka yang didepositkan, apabila mereka berdagang di bawah keadaan dagangan pasaran biasa.

"Di Vantage, komitmen kami kepada kecemerlangan adalah tidak berbelah bahagi," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan, Vantage. "Pengembangan penawaran produk CFD kami pada indeks memperkukuh dedikasi kami untuk menyediakan kepada pedagang dengan pengalaman perdagangan yang andal dan komprehensif yang membezakan kami daripada persaingan."

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran produk CFD Vantage pada indeks, sila kunjungi https://www.vantagemarkets.com/trading/markets/indices-trading/

Latar Belakang Vantage 

Vantage  (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon kepada pelanggan.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage
http://www.vantagemarkets.com/

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology