omniture

Lebih 50 OEM Peranti Mudah Alih Android Memilih SOTI bagi Pengurusan Mobiliti Perusahaan Asal

SOTI Inc.
2014-09-12 01:38 184

- OEM Android yang sedang melaksanakan MobiControl SOTI bagi mengurus pengguna dengan selamat pada peranti lasak telah bertumbuh 39 peratus dalam enam bulan

MISSISSAUGA, Ontario, 11 September 2014 /PRNewswire/ -- SOTI Inc., penyedia terkemuka dunia untuk Pengurusan Mobiliti Perusahaan (EMM) dan pengurusan polisi Bawa Peranti Anda Sendiri (BYOD), hari ini telah mengumumkan yang ia telah membolehkan lebih 50 pengeluar peranti mudah alih Android untuk menawarkan kemampuan kepada pelanggan perusahaan untuk mengurus peranti Android dengan selamat. OEM yang terlibat ialah BQ, HTC, Intermec by Honeywell, Kyocera, Lenovo, LG, Motorola Solutions, Panasonic, Samsung dan banyak lagi. Teknologi MobiControl Android+ SOTI adalah penting dalam menangani penyerpihan peranti Android dan sedang membuka jalan untuk Android yang selamat dalam perusahaan dengan menyediakan kefungsian keselamatan dan pengurusan yang canggih merentasi pelbagai versi Android yang diharapkan oleh perniagaan untuk memacu pengendalian mereka.

Tiada vendor EMM lain yang dapat membolehkan penyepaduan peringkat OS sedalam ini.

Penyelesaian EMM Android yang berdaya saing menyediakan hanya kefungsian berperingkat tinggi melalui API dan ia tidak dapat menyediakan keselamatan atau kefungsian canggih seperti yang disediakan oleh teknologi MobiControl Android+ SOTI. Lebih 50 OEM yang bekerjasama dengan SOTI menunjukkan populariti platform itu yang semakin melonjak naik dalam perusahaan pada peringkat global dan juga kemampuan SOTI untuk menangani masalah penyerpihan Android. SOTI membolehkan OEM Android mengukuhkan lagi keselamatan dan kebolehurusan peranti mudah alih yang semakin banyak digunakan dalam situasi pejabat korporat dan untuk fungsi khusus seperti penjejakan bungkusan, pengurusan inventori, penguatkuasaan undang-undang serta fungsi penjagaan kesihatan yang boleh menyelamatkan nyawa.

"Kemampuan untuk membolehkan Android+ terus dari kilang kami menyediakan para pelanggan kami dengan akses kepada pengurusan selamat peranti Android yang disediakan oleh SOTI," kata Mark Kirkstein, Pengarah Kanan Perisian Perusahaan, Pengkomputeran Mudah Alih daripada Motorola Solutions. "Para pelanggan kami bergantung pada keupayaan untuk mempercayai peranti mereka sepenuhnya, dan SOTI membantu para Ketua Pegawai Maklumat dan jabatan IT untuk membolehkan, mengoptimumkan dan turut menjadikan mobiliti selamat merentasi semua platform."

Sambil syarikat mara ke hadapan melangkaui gelombang BYOD yang asal, mereka mengembangkan lagi penggunaan mobiliti mereka untuk mencipta produk dan perkhidmatan khusus yang membolehkan mereka mencapai kelebihan yang berdaya saing. Mereka melakukannya dengan menggunakan pelbagai peranti mudah alih yang menggunakan pelbagai sistem pengendalian. Dengan SOTI, OEM Android dapat menyediakan perusahaan dengan kemampuan untuk merangkumkan peranti berasaskan Android sebagai sebahagian daripada strategi mudah alih mereka dengan penuh yakin.

"Kami menyamaratakan medan industri, membenarkan organisasi memilih peranti yang berfungsi dengan paling lancar bagi strategi mobiliti perusahaan mereka, tanpa mengira sistem pengendalian. Dengan teknologi MobiControl Android+ SOTI, OEM boleh membina peranti yang membolehkan perusahaan melakukan perkara itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif SOTI Carl Rodrigues. "Tidak kira sama ada telefon pintar, komputer tablet mahupun pengimbas kod palang, perniagaan yang melaksanakan mobiliti sebagai sebahagian daripada pengendalian mereka boleh mempunyai sistem pengurusan yang menawarkan tahap keselamatan yang tekal selain ciri mobiliti yang canggih. Perusahaan semakin memilih SOTI kerana kepakaran dan sokongan kami yang mendalam merentasi platform."

Sifat serba boleh sistem pengendalian itu dalam persekitaran dengan tujuan khusus dan perusahaan, membuatkannya lebih penting lagi untuk mengurus peranti Android dengan lebih mendalam secara selamat memandangkan ia lebih kerap digunakan secara meluas merentasi sistem pejabat hadapan dan hujung belakang. Android sudah merangkumi 85 peratus daripada syer pasaran telefon pintar global sahaja.

"SOTI juga patut dipuji kerana merupakan vendor EMM pertama yang menyokong Android memandangkan mereka mengiktiraf potensi platform itu kepada perusahaan," kata Eric Klein, juruanalisis kanan yang menjejaki mobiliti perusahaan di VDC Research. "Hubungan dengan OEM Android yang terkemuka juga adalah signifikan dan menempatkan SOTI dalam kedudukan yang kukuh untuk pertumbuhan dinamik."

Dengan menyediakan kemampuan untuk mengesan dan menghalang ancaman keselamatan sebelum memasuki rangkaian perusahaan, teknologi MobiControl Android+ SOTI menyediakan ciri keselamatan utuh dan lapisan pertahanan tambahan kepada mekanisme keselamatan terbenam yang digunakan oleh pengeluar peranti mudah alih. Selain merapatkan jurang keselamatan, SOTI menyediakan ciri pengurusan canggih bagi peranti Android. Ciri ini termasuklah kawalan jauh (penting untuk kefungsian meja bantuan jarak jauh dan latihan jarak jauh), kefungsian mod kunci tutup/kiosk, penapisan kandungan web, geo-pemagaran, serta perlindungan antivirus dengan pelbagai pilihan pemulihan.

Latar belakang SOTI Inc.
SOTI ialah penyedia yang paling dipercayai seluruh dunia untuk penyelesaian Pengurusan Mobiliti Perusahaan (EMM), dengan lebih 12,000 pelanggan perusahaan dan jutaan peranti yang terurus seluruh dunia. Portfolio penyelesaian dan perkhidmatan SOTI yang inovatif menyediakan alatan yang diperlukan organisasi untuk benar-benar menjadikan pengendalian mereka mudah alih dan mengoptimumkan pelaburan mobiliti mereka. Produk utama SOTI, MobiControl, membenarkan perusahaan untuk membolehkan, mengoptimumkan dan turut memastikan keselamatan tenaga kerja mudah alih mereka merentasi semua platform bagi menyokong polisi bertanggung korporat dan Bawa Peranti Anda Sendiri (BYOD). SOTI melanjutkan pengurusan mobiliti selamat jauh daripada sekadar MDM asas bagi menyediakan penyelesaian sepenuhnya yang lentur bagi pengurusan dan keselamatan menyeluruh semua peranti mudah alih yang digunakan dalam sesebuah organisasi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut:

Maklumat Perhubungan Media
Eric Berto
VOXUS PR
+1-253.444.6417
eberto@voxuspr.com

Source: SOTI Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services