omniture

iMAL™ daripada Azentio Software memperkasakan perjalanan transformasi digital Kurdistan International Islamic Bank

Azentio Software Pvt Ltd
2024-01-25 19:05 25

SINGAPURA, 25 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Kurdistan International Islamic Bank for Investment and Development ("KIB"), sebuah institusi kewangan Islam terkemuka di Iraq, telah memulakan perjalanan transformasi digital mereka dengan menerapkan penggunaan platform perbankan teras Islam terkemuka iMALTM daripada Azentio Software, sebuah firma teknologi beribu pejabat di Singapura. Syarikat ini dimiliki oleh dana yang dinasihat oleh Apax Partners.

Pelaksanaan iMALTM akan membolehkan asas digital yang kukuh bagi KIB untuk mencapai strategi pertumbuhannya di Iraq dan rantau tersebut,  dengan menyediakan perkhidmatan yang mesra pengguna, berkualiti tinggi serta pengalaman omnichannel kepada pelanggan mereka.

iMALTM menawarkan pematuhan sepenuhnya terhadap standard Syariah dan perakaunan kewangan AAOIFI. Versi terkini penyelesaian ini akan membantu KIB merangkumi semua aspek kewangan Islam, pelaburan, deposit,  perbendaharaan dan pasaran modal, serta membekalkan bank untuk melancarkan produk-produk Syariah yang baharu dan inovatif dengan lebih cepat. Di dalam versi ini juga mempunyai ciri piawai penyulitan dan keselamatan canggih untuk melindungi daripada serangan cetak rompak elektronik yang  sangat canggih.

Sistem Pengurusan Jenayah Kewangan dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram Azentio akan disepadukan dengan iMALTM untuk penyelesaian yang lebih menyeluruh. Ia akan membantu KIB memantau dengan cekap semua aktiviti kewangan, memerangi potensi jenayah kewangan dan kejadian pengubahan wang haram mengikut keperluan peraturan dan pematuhan antarabangsa. Ini termasuklah ciri Mengenali Pelanggan Anda (KYC), saringan sekatan, keupayaan pemarkahan risiko holistik dan pengurusan kes yang menyeluruh dengan alat analisis dan penyiasatan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan membantu mengesan dan melaporkan transaksi yang mencurigakan.

Sheikh Salar Hakim, Pengerusi Lembaga Pengarah KIB, berkata,  "Bank kami telah memilih Azentio berdasarkan pengalaman luas organisasi dalam membangunkan dan melaksanakan penyelesaian perbankan Islam di institusi kewangan terkemuka di seluruh dunia. Dengan sokongan daripada iMALTM Azentio, kami berazam untuk bergerak ke hadapan dengan rancangan kami ke arah transformasi digital yang akan memastikan perkhidmatan pelanggan yang sangat cekap di Iraq dan di luar negara, dan yang akan meningkatkan daya saing kami secara eksponen. Penyelesaian omnichannel akan mempercepatkan penerimaan pelanggan dan penggunaan digital, sambil memudahkan operasi perbankan kami merentas saluran, aplikasi dan telefon mudah alih."

Krish Narayanaswami, Pengarah Urusan – Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans, di Azentio, berkata,  "Kami berbesar hari kerana dapat bekerjasama dengan KIB bagi membolehkan mereka meningkatkan operasi mereka dengan mudah dan melancarkan penyelesaian inovatif yang memacu pertumbuhan dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Dengan portfolio yang kaya dengan pelbagai ciri, iMALTM akan membantu KIB menangani tuntutan ketat transformasi digital. Versi baharu ini didatangkan dengan ciri dan fungsi luar biasa yang penting untuk beroperasi mengikut peraturan Syariah Islam. Semua ini akan membolehkan KIB meningkatkan kecekapan operasinya merentasi jabatan, bahagian dan cawangan, sambil memberikannya ketangkasan untuk mengembangkan perniagaan dan pangkalan pelanggannya."

Tentang Azentio Software

Azentio menyediakan produk perisian kritikal misi di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika dan India kepada bank, penyedia perkhidmatan kewangan dan penanggung insurans. Ia juga menyediakan penyelesaian ERP kepada perusahaan pasaran pertengahan.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1978771/Azentio_Logo.jpg?p=medium600

Source: Azentio Software Pvt Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services Cloud Computing / Internet of Things