omniture

Azubu Mengumumkan Perkongsian Bersejarah dengan Empat Belas Pasukan eSukan Terbaik Korea

Azubu
2014-09-12 09:24 138

LOS ANGELES, 12 September 2014 /PRNewswire/ -- Azubu dengan bangganya mengumumkan perkongsian mencatat sejarah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dengan empat belas pasukan League of Legends yang terbaik di dunia, semuanya di bawah naungan Persatuan eSukan Korea (KeSPA). Bermula pada 16 September, beberapa pemain League of Legends terbaik akan mula disiarkan secara eksklusif melalui Azubu, menyediakan hiburan penstriman langsung selama lebih 2,000 jam setiap bulan. Perhatian rapi telah diberikan untuk memastikan masa latihan para pemain serta komitmen pertandingan lain tidak akan terjejas akibatnya.

Video - http://www.youtube.com/watch?v=OSp2ODNl1QU
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140910/145189

Pasukan yang terlibat adalah beberapa organisasi eSukan unggul di dunia, termasuk Juara Dunia League of Legends tahun 2013 SKT T1 K, di samping SKT T1 S, CJ Entus Frost, CJ Entus Blaze, Incredible Miracle #1, Incredible Miracle #2, Jin Air Green Wings Falcons, Jin Air Green Wings Stealths, KT Rolster Arrows, KT Rolster Bullets, NaJin Black Sword, NaJin White Shield, Samsung White serta Samsung Blue. Para pemain mereka mewakili kemuncak unggul kemahiran dan bakat eSukan.

Bagi mempertingkat pengalaman penonton, Azubu akan menyediakan panduan program dengan jadual masa bagi setiap sesi permainan, agar para peminat boleh merancang terlebih dahulu masa untuk menyaksikan sesi permainan kegemaran mereka secara langsung. Penjadualan siaran berskala besar ini julung kalinya dibuat dalam sejarah penstriman permainan individu.

Ketua Pegawai Eksekutif Azubu Ian Sharpe berkata, "Perkongsian ini ialah titik perubahan dalam sejarah penstriman eSukan; sebelum ini tiada pemain profesional terbaik Korea yang menstrimkan permainan peribadi League of Legends mereka kepada orang awam. Buat julung kalinya, para peminat boleh menonton dan berinteraksi dengan pemain terbaik dunia sambil ia distrimkan melalui Azubu."

Berikut ialah komen beberapa pemain:

Faker, SKT T1 K – "Saya teruja kerana dapat distrimkan melalui Azubu. Inilah peluang hebat untuk berhubung dengan para peminat di luar negara. Sila layari Azubu selalu dan sokonglah strim saya!"

Madlife, CJ Entus Blaze - "Hai, saya Madlife - Ming-gi Hong daripada CJ Entus Blaze. Saya sangat gembira kerana akhirnya dapat distrimkan dan dapat bertemu para peminat saya dari seluruh dunia. Jika anda terlepas melihat tangkapan Blitz saya serta gerakan kombo Alistar W-Q saya, silalah lihat saluran saya! Terima kasih!"

Watch, NaJin White Shield – "Saya tidak sabar-sabar lagi mahu menunjukkan kepada para peminat saya beberapa muslihat Baron yang hebat dan kejayaan yang tidak disangka-sangka dalam permainan. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk distrimkan dan saya harap anda semua akan terhibur apabila menontonnya!"

Flame, CJ Entus Blaze – "Saya sudah tidak sabar untuk distrimkan melalui Azubu dan berkomunikasi dengan para peminat dari seluruh dunia. Saya sangat teruja untuk bertemu anda semua! Saya harap anda akan seronok menonton strim saya!"

Imp, Samsung White – "Inilah peluang hebat untuk saya menunjukkan kepada anda beberapa aksi League of Legends yang menakjubkan. Berada di Azubu memberi saya peluang untuk bertemu para peminat dari seluruh dunia. Teruskan mengikuti saya!"

KaKAO, KT Rolster Arrows – "Hai, saya KaKAO, Byungkwon Lee daripada KT Rolster Arrows. Penstriman di Azubu ialah langkah yang hebat kerana ini adalah untuk anda semua, para peminat kami! Saya harap anda turut sama teruja dengan saya. Sila nikmati strim saya!"

Senarai penuh pemain yang akan distrimkan melalui Azubu adalah seperti berikut:


Jadual Pasukan (Skuad LoL)

SKT T1 K

SKT T1 S

Najin B Sword

CJ Frost

CJ Blaze

Faker

easyhoon

Duke

Madlife

Flame

Piglet

MaRin

Cain

Shy

Ambition

Impact

H0R0

kurO

CoCo

Daydream

bengi

Bang

Lee

Space

Gunza

PoohMandu

Wolf

Ohq

[akan ditentukan kelak]

Emperor

Najin W Shield

JA Falcons

JA Stealths

IM #1

IM #2

Ggoong

XD

Cpt Jack

Smeb

A Lilac

watch

Pilot

Chaser

Bbuing

wisdom

Save

[akan ditentukan kelak]

TrAce

Smurf

Frozen

Zefa

[akan ditentukan kelak]

Fly

thy

SONSTAR

Gorilla

[akan ditentukan kelak]

Chei

Bory

TuSin

KT Bullets

KT Arrows

Samsung Blue

Samsung White


Prime

KaKAO

dade

imp

Destiny

ssumday

Acorn

DanDy

Score

Rookie

Spirit

Looper

Nagne

Arrow

Deft

Mata

Limit

Hachani

Heart

Pawn

Teruskan mengikuti Azubu untuk maklumat lanjut, termasuk pengumuman tentang siaran dipertingkat Azubu untuk Kejuaraan Dunia League of Legends yang bakal diadakan.

Bagi maklumat lanjut tentang para pasukan dan pemain, lawati www.Azubu.tv.

Maklumat untuk dihubungi:

Azubu ialah rangkaian siaran global yang menyediakan rancangan eSukan langsung dan mengikut permintaan yang unggul. Azubu menyediakan aksi berdefinisi tinggi seluruh dunia daripada kejuaraan perdana, pasukan dan pemain untuk dipaparkan pada telefon, komputer peribadi dan juga komputer tablet seluruh dunia. Dengan beberapa cawangan di Los Angeles, London, Vancouver serta Seoul, Azubu ialah platform ideal untuk para penerbit menggalakkan sokongan dan meningkatkan kesedaran untuk permainan baharu serta sokongan untuk permainan sedia ada, sementara jenama pula boleh mengambil kesempatan daripada pelbagai penyelesaian kreatif agar dapat sampai kepada penonton global yang disasarkan.

Persatuan eSukan Korea, yang dikenali sebagai KeSPA, telah ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai badan pentadbir eSukan di Korea. KeSPA telah membantu merintis pasaran eSukan yang mantap di Korea serta menggalakkan persekitaran berdaya saing untuk mencipta pasukan dan pemain yang paling kuat di seluruh dunia. KeSPA berusaha untuk memajukan eSukan secara mampan untuk menghasilkan kejayaan jangka panjang eSukan di dunia.

League of Legends ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Riot Games, Inc. League of Legends © Riot Games, Inc.

Source: Azubu
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Broadcast feed announcements New products/services