omniture

Dhai Dubai: Pesta seni cahaya baharu yang menakjubkan, menampilkan barisan pelancaran bertaraf dunia di Bandar Ekspo Dubai

Dhai Dubai
2024-01-28 23:09 74
  • Acara julung kali diadakan itu berlangsung di Bandar Ekspo Dubai dari 26 Januari hingga 4 Februari
  • Pesta seni cahaya yang pertama kali diterajui oleh warganegara Emiriah Arab Bersatu itu menampilkan karya tujuh penggiat seni tempatan
  • Pertunjukan pancaran cahaya Sisters of the Desert menampilkan karya oleh warganegara Emiriah Arab Bersatu iaitu Dhabia JumaaLamlah,Rene Kulitja dari Australia dan Dr Esther Mahlangu dari Afrika Selatan
  • Acara diadakan dengan kerjasama Liter of Light yang menyediakan pencahayaan solar berkualiti tinggi kepada komuniti yang kurang bernasib baik

DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE), 28 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Dhai Dubai, pesta seni cahaya yang pertama kali diterajui oleh warganegara Emiriah Arab Bersatu, telah melancarkan program10 hari memancarkan cahaya di Bandar Ekspo Dubai. Acara ini meraikan warna-warni berseni bakat warganegara Emiriah Arab Bersatu yang kaya melalui siri pancaran berseni yang mengagumkan, pemasangan berinteraktif, ceramah kesedaran dan bengkel kreatif. Pesta percuma untuk hadir itu dicipta dan dianjurkan oleh Bandar Ekspo Dubai, dengan kerjasama AGB Creative dan Pihak Berkuasa Kebudayaan dan Kesenian Dubai dan akan berlangsung dari 26 Januari hingga 4 Februari.

Dr. Najat Makki - The Scent of Memories - Dhai Dubai Light Art Festival
Dr. Najat Makki - The Scent of Memories - Dhai Dubai Light Art Festival

 

Penggiat seni yang menyerikan acara julung kali diadakan itu termasuk Mattar Bin Lahej, yang terkenal dengan reka bentuk muka kaligrafi di Muzium Masa Depan (Museum of the Future); artis perintis Dr Najat Makkidianugerahkan dengan Satria Seni dan Persuratan (Chevalier of Arts and Letters) Perancis; Pengasas bersama Persatuan Seni Halus Emiriah (Emirates Fine Arts Society) Dr Mohamed Yousef; pereka Abdulla Almulla, yang menyertai Acara Dwitahunan Reka Bentuk London (London Design Biennale) pada tahun lepas; penggiat seni pelbagai disiplin Maitha Hamdan; pereka yang dihormati Khalid Al Shafar, terkenal dengan kerjasamanya dengan Louvre Abu Dhabi; dan penggiat seni visual terkenal Reem Al Ghaith.

Sementara itu, kubah ikonik Plaza Al Wasl berukuran 130 meter lebar menjadi hidup dengan siri pertunjukan pancaran istimewa yang bertajuk Sisters of the Desert, diinspirasikan oleh penggiat seni Emiriah Arab Bersatu yang sudah meninggal dunia, iaitu Dhabia Juma Lamlah, yang menghasilkan lebih daripada 200 karya seni luar biasa walaupun tidak berupaya menggunakan tangan kanannya. Mencerminkan semangat kerjasama pelbagai budaya Dubai, pertunjukan itu turut menampilkan tetamu istimewa, penggiat seni dari Australia, Rene Kulitja dan dari Afrika Selatan, Dr Esther Mahlangu, yang menjalin bersama naratif daya tahan dan kesalinghubungan silang budaya.

Dhai Dubai menyokong inisiatif Liter of Light – gerakan akar umbi global – bertujuan menyediakan pencahayaan solar berkualiti tinggi kepada orang ramai yang terhad kepada bekalan elektrik dalam imej terapung Agusan Marsh di Filipina. Pengunjung pesta ini juga boleh memberikan sumbangan kepada misi Liter of Light dalam komuniti di seluruh Filipina, Kenya, Cameroon dan India.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dhaidubai.com dan daftar diri untuk menerima kemas kini.

Imej

Video

Merwat Hussein
Merwat.hussein@hillandknowlton.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2328175/Dhai_Dubai.jpg?p=medium600

Source: Dhai Dubai
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel New products/services Trade show news