omniture

Global Infrastructure Solutions Inc. Umum Penggabungan Strategik Tingkatkan Jangkauan dan Kepakaran Global

Global Infrastructure Solutions, Inc.
2024-01-29 12:00 31

SINGAPURA, KUALA LUMPUR, Malaysia dan HONG KONG, 29 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Global Infrastructure Solutions Inc. (GISI) dengan gembiranya mengumumkan penggabungan strategik T&T Konsult (T&T) dan SHEVS IFT Consultants (SHEVS), bagi meluaskan kehadiran dan kepakaran globalnya dengan ketara.

T&T Konsult Sdn Bhd Dijenamakan Semula sebagai Asia Infrastructure Solutions Sdn Bhd

T&T Konsult, firma perunding kejuruteraan infrastruktur utama di Malaysia, bersedia untuk dijenamakan semula sebagai Asia Infrastructure Solutions (AIS) susulan penggabungan ini, yang merupakan langkah strategik untuk meningkatkan pengaruh serantau GISI di Malaysia dan Asia Tenggara. Penjenamaan semula ini mengharmonikan operasi serantau AIS untuk pasaran akhir infrastruktur dan meningkatkan kekuatan kolaboratif untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Asia. AIS, sebuah syarikat operasi GISI, merupakan peneraju dalam menyampaikan reka bentuk mampan, kejuruteraan, pengurusan projek & program, pengurusan kos dan penyelesaian perundingan untuk pasaran infrastruktur, bangunan dan alam sekitar di seluruh Asia.

Dato' Ir. Steven Yong dan Ir. Faisol Hussain, prinsipal T&T, teruja mengulas mengenai penggabungan ini: "Penggabungan kami menandakan langkah penting ke arah memanfaatkan kekuatan kolektif kami, membolehkan kami melaksanakan projek yang lebih kompleks dan inovatif di Malaysia dan serantau, seterusnya memberi kedudukan kepada kami di bahagian hadapan dalam pertumbuhan ini. Ini merupakan detik yang mengujakan buat kedua-dua syarikat ketika kami menumpukan perhatian kami kepada kecemerlangan teknikal dan pengembangan di seluruh Asia, memanfaatkan keupayaan luar biasa pasukan kami di Malaysia."

SHEVS IFT Consultants Pte Ltd Tingkatkan Kepakaran Global GISI

SHEVS IFT Consultants, firma perunding kejuruteraan kebakaran yang terkemuka, mengekalkan identiti jenamanya pasca-penggabungan, meneruskan khidmatnya yang disegani dalam perundingan kejuruteraan keselamatan kebakaran. Berpangkalan di Singapura, SHEVS bersedia untuk menjalin kolaborasi yang lebih mantap dalam keluarga syarikat GISI, terutamanya dengan AIS dan J. Roger Preston (JRP). Penggabungan ini bertujuan untuk meningkatkan penyelesaian pelanggan melalui perkongsian sinergistik.

Er. HT Lin, prinsipal SHEVS, berkongsi semangat beliau. "Ia merupakan satu penghormatan untuk menyertai keluarga GISI, yang melaluinya visi kreatif kami menemui platform baharu untuk mendukung komitmen kami bagi meningkatkan standard keselamatan kebakaran dan membina masa depan yang lebih cerah dan lebih selamat untuk semua orang."

Asia: Pemangkin untuk Pertumbuhan Strategik dalam Visi Global GISI

"Penggabungan ini penting untuk strategi pempelbagaian global kami," ujar Tony Shum, Pengasas Bersama GISI, Lembaga Pengarah dan Pengerusi Asia.

"Dengan memasukkan T&T dan SHEVS ke dalam portfolio kami, kami memperluaskan jangkauan kami dan meningkatkan keupayaan kami untuk menyampaikan penyelesaian infrastruktur yang inovatif di Asia," tambah Ketua Pegawai Eksekutif GISI Asia, Alex Kwan dan Ketua Pegawai Eksekutif AIS Barry Sum.

Latar Belakang GISI

GISI merupakan antara firma pengurusan pembinaan milik persendirian yang terbesar dalam pasaran bangunan komersial, perindustrian dan penjagaan kesihatan. Sebagai peneraju utama bagi perkhidmatan kejuruteraan dan perundingan dalam sektor alam sekitar dan infrastruktur, GISI juga merupakan penyedia global bagi Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA), menyampaikan program-program dengan impak sosial di lebih 100 negara. Dengan 14,000 pekerja, GISI menjana hasil tahunan melebihi AS$12 bilion.

Untuk maklumat lanjut mengenai GISI dan syarikat-syarikat operasinya di Asia, termasuk Asia Infrastructure Solutions, J. Roger Preston dan SHEVS IFT Consultants, kunjungi www.GISI.comwww.asiainfrasolutions.comwww.jrp-group.com, dan www.shevs-ift.com.

Source: Global Infrastructure Solutions, Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Acquisitions, mergers, takeovers