SHENZHEN, China, 12 September 2014 /PRNewswire/ -- Walaupun firma pemantauan pada tahun lalu telah menyaksikan pertumbuhan yang perlahan dalam pasaran telefon pintar secara umumnya, firma tersebut turut mengenal pasti berlakunya peningkatan yang mendadak bagi penghantaran telefon pintar berskrin besar. Menurut data yang dikeluarkan oleh Canalys, lebih satu pertiga daripada telefon pintar di seluruh dunia menggunakan skrin 5 inci serta paparan lebih besar, sementara penghantaran telefon pintar berskrin besar telah meningkat sehingga mencecah 369 peratus pada suku pertama tahun ini. Secara khususnya, Apple, yang secara tradisinya tidak menggunakan skrin besar, telah melancarkan telefon pintar berskrin besar pertama – iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Ketua jenama ZOPO berkata dengan tujuan untuk menjadi sebahagian daripada pasaran telefon bimbit berskrin besar, pengeluar telefon pintar tersebut telah melancarkan dua telefon bimbit berskrin besar 4G – ZP320 dan ZP520 – pada bulan Ogos, dengan pelancaran serentak dalam pasaran di seluruh dunia.
Telefon pintar berskrin besar 4G ZOPO ZP520 telah menarik perhatian pasaran dari Eropah sejak mula diperkenalkan. Ciri-ciri ZP520 oleh ZOPO termasuklah skrin besar IPS 5.5 inci, rupa bergaya yang amat nipis, sistem pengendalian Android terkini, akses 4G dengan kelajuan muat turun sehingga 150Mbps, panggilan video QQ sambungan satu saat, tontonan video HD tanpa penimbalan dan juga kebolehan untuk memuat naik serta memuat turun fail berkapasiti super hanya dalam beberapa minit dan saat. ZP320 ZOPO menggunakan skrin 5 inci, dianggap sebagai saiz terbaik untuk memegang telefon hanya dengan satu tangan.
ZOPO memasuki pasaran antarabangsa seawal tahun 2012, dengan cawangan kedai ZOPO kini berada di 32 negara, termasuklah Itali, Sepanyol, Ukraine, Malaysia dan juga Belanda. Dengan pengenalan produk skrin besar 4G ZP320 dan ZP520, pembuat telefon berkenaan terus mempertingkat rangkaian perkhidmatan selepas jualan, memperkenalkan secara besar-besaran perancangan perlindungan untuk perkhidmatan blue-shield dan turut membuka pusat khidmat pelanggan antarabangsa baharu di Hong Kong. Jurucakap ZOPO turut mendedahkan produk skrin besar 4G akan datang turut dilengkapi dengan pemproses 8-teras, 64-bit serta fungsi pengesanan cap jari.