omniture

GATE Energy Dianugerahkan Perlaksanaan Pentauliahan FPS Shenandoah untuk Bahagian Amerika Syarikat

GATE Energy
2024-01-30 23:13 27

HOUSTON, 30 Januari 2024 /PRNewswire/ - Peneraju global dalam perkhidmatan pentauliahan dan permulaan, GATE Energy, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka telah dianugerahkan kontrak pelaksanaan pentauliahan untuk bahagian AS bagi projek Beacon Shenandoah FPS. Skop untuk bahagian GATE adalah termasuk perancangan dan pelaksanaan prapentauliahan dan pentauliahan terakhir selepas belayar meninggalkan Korea Selatan.

Mark Myhre, Presiden Pentauliahan di GATE Energy, menyatakan, "Kami berbesar hati untuk meneruskan projek Shenandoah di luar kawasan fabrikasi. Penerimaan kontrak pentauliahan untuk bahagian AS bagi FPS Shenandoah ini akan membolehkan kami menggunakan penyelesaian yang direka khas untuk pelanggan kami dan untuk menunjukkan cara pasukan pentauliahan GATE Energy boleh berkhidmat merentas dunia sambil mengekalkan kesinambungan budaya dan kepakaran teknikal."

Lee Jordan, Ketua Eksekutif GATE Energy, menambahkan, "ini adalah satu lagi penganugerahan utama yang mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penyedia pentauliahan terkemuka untuk perairan dalam Teluk Mexico. Kami bangga kerna dapat memperluaskan keterlibatan kami di Korea Selatan dalam projek ini hingga ke pengeluaran minyak pertama di Amerika Syarikat."

Kawasan perairan dalam Shenandoah terletak di Teluk Mexico dalam blok Walker Ridge kira-kira 230 batu dari New Orleans, dengan kedalaman air yang mencapai sehingga 5,500 kaki. Minyak pertama dijangka akan dikeluarkan pada akhir tahun 2024.

Tentang GATE Energy

GATE Energy ialah ESOP yang dimiliki 100% oleh pekerja dan keluarga syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang berskala, sesuai dengan tujuan, untuk sektor tenaga, termasuk kejuruteraan, pentauliahan dan perkhidmatan khusus di lapangan.

Untuk maklumat lanjut tentang GATE Energy, sila layari www.gate.energy

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/444736/GATE_Energy_Logo.jpg?p=medium600 

Source: GATE Energy
Keywords: Oil/Energy Utilities Contracts