omniture

Wilson Associates reka destinasi "perlu dilihat" terbaharu di Hanoi di dalam ao dai 65 tingkat

Wilson Associates
2014-09-15 08:00 164

-- Bertempat di kayangan, Lotte Hotel Hanoi berbangga dengan tempat menjamu selera bertaraf bintang-Michelin dan kemudahan lima bintang

SINGAPURA, 15 September 2014 /PRNewswire/ -- Wilson Associates mereka bentuk Lotte Hotel Hanoi dan turut menghasilkan persekitaran mewah di kayangan, yang memperkenalkan gaya baharu fine dining dan kemudahan lima bintang ke Vietnam.

"Hotel bukan lagi sekadar hotel," kata Leonard Lee, Naib Presiden Kanan, Pegawai Utama Wilson Associates. "Ia merupakan duta bandar tersebut dan dengan itu perlulah berhubung dan memberi inspirasi kepada rakyat tempatan serta para pelancong."

Bangunan 65 tingkat itu, yang direka bentuk oleh © 2014 Callison LLC, menempatkan ruang sambutan ultra-mewah dan ruang istirahat lobi di tingkat 38, yang turut memperlihatkan Sky Garden yang berdaya cipta. Lengkap dengan laluan pejalan kaki kayu yang berkelok-kelok melalui batang buluh yang dua kali ketinggiannya, Sky Garden ialah oasis bandar, koridor Zen yang memisahkan hotel daripada rumah kediaman. Ruang ini, turut mempunyai ciri-ciri air yang halus serta mural mozek berwarna-warni yang mengukuhkan keunikan ruang tersebut.

Selain Sky Garden, Lotte Hotel Hanoi turut membawakan tujuh tempat menjamu selera bertaraf dunia ke Vietnam, termasuk Tim Ho Wan, restoran dim sum bertaraf bintang Michelin yang pertama di Vietnam dari Hong Kong, Grill 63, menghidangkan menu Barat kelas atasan, Red River, menghidangkan masakan Cina asli dan juga Pharaoh's Bar & Upper, menawarkan pengalaman ruang istirahat-bar yang megah untuk para tetamu.

"Setiap tempat mempunyai naratif reka bentuk berbeza yang mampu menghidupkan masakan," kata Dennis Tan, Pengarah Reka Bentuk Blueplate Studios Wilson Associates. "Falsafah pasukan saya: masakan ialah raja; pandangan adalah paling utama. Kami telah mewujudkan ruang yang mampu bertukar sambil matahari terbenam di Hanoi."

Terletak di tingkat 35, Lotte Hotel Hanoi turut berbangga dengan evian®SPA kedua di Asia. Diinspirasikan daripada Banjaran Alps, spa tersebut ialah alam ajaib musim sejuk minimalis dengan granit putih serta venir kayu ringan. Pusat Kecergasan, terletak di tingkat 7, menempatkan gimnasium, kolam renang di bahagian dalam dan luar, studio yoga serta padang golf maya yang canggih. Dewan Bankuet, terletak di tingkat 6, menempatkan salah satu dewan paling besar di Hanoi. Dilengkapi dengan marmar Nero Marquina serta panel dinding baldu dan perincian gangsa, ia merupakan salah satu ruang paling glamor di hotel tersebut.

Tidak ketinggalan juga, bilik tamu dan bilik mewah adalah selesa, diliputi dengan warna bumi yang menimbulkan rasa seolah-olah seperti berada di rumah. Sebagai usaha untuk memasukkan rasa ruang peribadi yang asli, setiap bilik mempunyai ciri-ciri penekanan dinding dengan lukisan tangan Violet Myrtles, bunga liar peribumi yang terdapat di sepanjang bukit bahagian Tengah Vietnam.

"Seperti Lotte Hotel Hanoi, Wilson menggunakan pendekatan emosi dalam rekaan," kata En. Lee. "Kami percaya pengalaman yang tidak dapat dilupakan terdapat pada setiap perincian, dan kami amat teruja untuk melihat tetamu menemui kehalusan budaya yang terdapat di hotel yang menjadi mercu tanda ini."

Latar Belakang Wilson Associates

Wilson Associates mewujudkan definisi baharu kemewahan untuk zaman berbilang budaya yang menjadikannya semakin mudah untuk seseorang mengembara dan berhubung. Kami meneruskan warisan firma ini terhadap kejayaan, bakat yang dinamik serta semangat bekerjasama untuk menghasilkan projek hospitaliti paling ikonik di dunia. Melalui dedikasi kami terhadap reka bentuk progresif, kami mempunyai matlamat untuk memberi inspirasi dan berhubung bersama para pelanggan kami, orang ramai serta budaya dunia. Setelah ditubuhkan pada tahun 1971, Wilson Associates mempunyai seramai 400 ahli profesional reka bentuk di kesemua lapan pejabat global kami di Abu Dhabi, Dallas, Dubai, Kochi, Los Angeles, New York, Shanghai serta Singapura. Kami komited untuk menyediakan reka bentuk mewah serta khidmat pelanggan bertaraf tinggi di seluruh rangkaian penuh perkhidmatan reka bentuk dan seni bina.

Ketahui lebih lanjut tentang Wilson Associates di www.wilsonassociates.com. Ikuti kami di media sosial:

  • Facebook dan LinkedIn: Wilson Associates
  • Twitter, Instagram serta Pinterest: @wilsonassoc

Maklumat Perhubungan Media:
Hannah Hardage
Wilson Associates
hhardage@wilsonassoc.com
+65 6327 5737

Source: Wilson Associates
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel