omniture

Alchem International Komited untuk API Alkaloid Tropana dan Melanjutkan Pengeluaran serta Sokongan Kawal Selia Atasi Jurang Bekalan

Alchem International
2014-09-15 09:00 92

GENEVA, 15 September 2014 /PRNewswire/ -- Berikutan keputusan oleh pengeluar utama Eropah untuk keluar atau menghentikan pembangunan pasaran serta sokongan kawal selia untuk pelbagai bidang API Alkaloid Tropana (bahan farmaseutikal aktif) – termasuk Atropin, Atropin Sulfat, Tropina, Nortropina, Homatropina Metilbromida, Homatropina Hidrobromida, Digoksin serta Cimetropium Bromida - Alchem International (http://www.alcheminternational.com) telah mengesahkan komitmennya untuk mengekalkan pengeluaran dan sokongan kawal selia (Drug Master File) daripada unit pengeluaran GMP.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140911/705609)

Raman Mehta, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden di Alchem International, telah mengulas, "Walaupun kumpulan API alkaloid tropana ialah perniagaan pakar dan sukar untuk diuruskan dalam kemudahan pengeluaran berskala lebih luas, Alchem International telah melabur dalam sejumlah pengeluaran yang dipesan terlebih dahulu serta kemampuan kawal selia untuk menyokong sokongan dosier dan pengeluaran API skala lebih kecil, selain yang berskala luas."

En Mehta berkata pula, "Dalam tempoh yang singkat, pasukan R&D (penyelidikan & pembangunan) dan kawal selia Alchem International telah berusaha dengan kadar segera untuk menyediakan penyelesaian kepada para pelanggan rakan kongsi kami bagi mengatasi jurang bekalan dan akhirnya potensi penarikan balik ubat-ubatan ini daripada pasaran. Ini merupakan usaha signifikan dan suatu yang kami berbangga untuk melakukannya, kerana kami memahami untuk para pelanggan, bekalan konsisten kesemua API adalah penting, bukan sekadar API aliran utama sahaja."

Alchem International akan terlibat di CPHI Worldwide 2014 di Paris, acara perangkaian farmaseutikal terkemuka dunia, bermula pada 6 Oktober hingga 9 Oktober 2014, di gerai 6T55

Latar Belakang Alchem International

Alchem International ialah syarikat yang dimiliki keluarga, ditubuhkan pada tahun 1935. Sebagai perintis dalam bidang fitokimia, ia mempunyai pengalaman hampir 80 tahun dalam membekalkan bahan aktif berasaskan tumbuhan untuk industri farmaseutikal, nutraseutikal serta kosmetik di seluruh dunia. Alchem International mempunyai seramai 1,100 pekerja dalam empat divisyen antarabangsa di India, Eropah, Amerika Syarikat dan juga Hong Kong. Alchem mengendalikan tapak pengeluaran yang diluluskan oleh WHO dan FDA GMP di India, yang mengeksport 90 peratus daripada jumlah pengeluarannya. Syarikat ini mempunyai 18 dosier DMF dengan fail di lebih 20 negara di serata dunia. Di samping alkaloid tropana, produk utama termasuklah Sennosides Kalsium, Colchicine, Enoxolon, Hiosina-N-Butilbromida, Nikotina, Thiocolchicoside serta Vinposetin.

Maklumat perhubungan media

Robin Ward
Jawatan. Pengarah Pembangunan Perniagaan - Alchem International SA (Eropah).
rward@alcheminternational.com
Tel. +41-91-604-6921
Telefon Bimbit. +41-79-682-6621

Source: Alchem International
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals