omniture

Vedanta Aluminium diiktiraf sebagai pengeluar aluminium paling mampan di dunia oleh CSA S&P Global

Vedanta Aluminium
2024-01-31 21:03 113

Vedanta Aluminium telah menduduki tempat #1 pada Penilaian Kemampanan Korporat (CSA) oleh S&P Global 2023 untuk industri aluminium 

NEW DELHI, 31 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Pengeluar aluminium terbesar di dunia, Vedanta Aluminium, telah memperoleh kedudukan teratas dalam kedudukan Penilaian Kemampanan Korporat (CSA) 2023 oleh S&P Global untuk industri aluminium, pengiktirafan ini mengesahkan kedudukan Vedanta Aluminium sebagai pengeluar aluminium paling mampan di dunia dengan mengatasi prestasi rakan seindustri global dalam amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Vedanta's Aluminium plant at Jharsuguda(Odisha), the largest aluminium smelter
Vedanta's Aluminium plant at Jharsuguda(Odisha), the largest aluminium smelter

CSA oleh S&P Global ialah penilaian kemampanan luaran utama yang merangkumi penilaian tahunan ke atas amalan kemampanan yang diamalkan oleh lebih 10,000 buah syarikat global. Vedanta Aluminium memperoleh markah tinggi pada kriteria yang dinilai, terutamanya pada biodiversiti, kesihatan & keselamatan pekerjaan, impak sosial, hak asasi manusia, perancangan bakat dan amalan pengurusan air.

Vedanta Aluminium berjanji untuk mencapai Sifar Bersih menjelang tahun 2050, dengan  mengamalkan strategi dua hala untuk mengurangkan dan mengimbangi jejak karbon mereka. Dari segi pengurangan, syarikat ini memberi tumpuan untuk meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, meningkatkan kecemerlangan pembuatan mereka untuk memastikan kecekapan operasi yang lebih tinggi serta beralih kepada sumber tenaga yang rendah karbon. Untuk mengimbangi sisa jejak karbon, syarikat ini turut menghasilkan penyerap karbon yang banyak melalui usaha penanaman semula hutan yang meluas. Melalui operasi, syarikat ini membolehkan akses global yang lebih meluas kepada aluminium berkualiti tinggi yang dihasilkan secara bertanggungjawab, untuk memastikan masa depan yang lebih hijau bagi semua.

Encik John Slaven, Ketua Pegawai Eksekutif, Vedanta Aluminium bercakap tentang pencapaian ini, "Kami telah memulakan sebuah perjalanan transformasi dengan berkomited terhadap kemampanan melangkaui pematuhan perniagaan untuk memberi kesan positif kepada alam sekitar. Menempatkan diri di tempat pertama dalam CSA S&P Global mengiktiraf komitmen kami untuk sepenuhnya menyelaraskan amalan kemampanan di sepanjang rantaian nilai kami, dari sumber hingga penghantaran produk. Kami memberi keutamaan kepada kecekapan sumber yang lebih tinggi, penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui yang lebih banyak, mengubah 'sisa menjadi kekayaan', memastikan kesejahteraan pekerja kami, dan membina perkongsian yang berkekalan dengan komuniti kami untuk pembangunan yang inklusif. Vedanta Aluminium akan terus membina warisan pemeliharaan alam ke arah masa depan yang lebih mampan."

Vedanta Aluminium ialah sebuah perniagaan Vedanta Limited, syarikat ini merupakan pengeluar aluminium terbesar India, mengeluarkan lebih separuh daripada aluminium India iaitu, 2.29 juta tan pada tahun kewangan 2023. Peneraju dalam produk aluminium yang bernilai tambah yang memainkan peranan penting dalam aplikasi teras industri. Dengan peleburan aluminium bertaraf dunia dan penapisan alumina di India, syarikat ini memenuhi misinya untuk memacu penggunaan aluminium yang baru muncul sebagai 'Logam Masa Depan' untuk hari esok yang lebih hijau. www.vedantaaluminium.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2329921/Vedanta_Aluminium_plant_Jharsuguda_Odisha.jpg?p=medium600

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2071542/4198795/Vedanta_Aluminium_Logo.jpg?p=medium600

Source: Vedanta Aluminium
Keywords: Environmental Products & Services Mining Mining/Metals Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research