omniture

YPO: Hanya Satu daripada 25 Pemimpin Perniagaan Kecil dan Sederhana Mengatakan Mereka Mengukur Pelepasan Karbon Syarikat

YPO
2024-02-01 09:49 87
  • Kekurangan pengukuran prestasi alam sekitar dan tenaga dalam kalangan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) menghalang keupayaan untuk menyumbang kepada peralihan tenaga dan menangani perubahan iklim 
  • 96% daripada pemimpin PKS berkata mereka tidak mengukur skop 1-3 pelepasan karbon dan 95% tidak mempunyai data tentang tahap penggunaan tenaga boleh diperbaharui
  • Kurang daripada satu pertiga PKS memiliki kemahiran dalam bidang alam sekitar atau kelestarian yang berdedikasi, sama ada dalam lembaga pengarah mereka atau dalam kedudukan kepimpinan syarikat. 
  • YPO akan meningkatkan kemahiran ahlinya tentang cara mengukur dan melaporkan kesan alam sekitar 

KIGALI, Rwanda, 1 februari 2024 /PRNewswire/ -- Kebanyakan pemimpin perniagaan kecil dan sederhana (PKS) mengatakan syarikat mereka tidak mengukur pelepasan karbon. Ini boleh sangat menghalang keupayaan mereka untuk menyumbang untuk menangani perubahan iklim, menurut penyelidikan baru yang disediakan oleh YPO, yang ditaja oleh EY.

Laporan daripada YPO, komuniti kepimpinan global ketua eksekutif, menunjukkan bahawa hanya 4% daripada ahlinya yang ditinjau dapat memberikan data tentang pelepasan langsung dan tidak langsung syarikat mereka (skop 1-3). Hanya 5% daripada ketua eksekutif yang ditinjau mengukur tahap penggunaan tenaga boleh diperbaharui perniagaan mereka, maka mereka tidak dapat melaporkan kemajuan dalam peralihan tenaga.

Apabila keperluan kawal selia alam sekitar semakin meningkat, penyelidikan dalam  Laporan Kesan Global YPO yang julung kalinya juga menegaskan potensi kekurangan sumber dan pemahaman tentang cara melaporkan isu ini dalam kalangan PKS. Kurang daripada satu pertiga (28%) pemimpin perniagaan menyatakan bahawa mereka mempunyai jawatankuasa sosial dan alam sekitar dalam lembaga pengarah mereka, manakala hanya 27% melaporkan mempunyai jawatan kepimpinan kelestarian sepenuh masa.

Pengerusi YPO Global, Raymond Watt, berkata: 

"Ahli kami merupakan teras bagi pelbagai ekonomi di seluruh dunia dan ingin berperanan dalam mengatasi kecemasan alam sekitar. Namun, pada masa ini, kebanyakan daripada mereka tidak memiliki data dan sokongan yang diperlukan untuk melakukannya."

"Laporan sulung ini menyediakan garis asas yang penting untuk perniagaan ahli YPO untuk mula menanda aras kesan alam sekitar mereka dan untuk membuat perubahan positif. Kami komited untuk menyokong mereka untuk mengukur penggunaan tenaga dan pelepasan karbon mereka dengan berkesan, termasuk meneroka data teknologi dan penyelesaian pelaporan."

"Selain daripada mengambil tindakan korporat yang bersepadu dalam usaha membendung perubahan iklim, kita hanya menunggu waktu hingga keperluan peraturan dan rantaian bekalan menjadikan laporan alam sekitar suatu keperluan komersial dan iklim yang penting."

"Meskipun fokus utamanya kini tertumpu pada organisasi besar, tekanan pengawalseliaan untuk mendedahkan data alam sekitar semakin meningkat. Tahun ini, beribu-ribu syarikat multinasional dengan perniagaan di Eropah mesti mula melaporkan kesan iklim mereka di bawah Arahan Pelaporan Kelestarian Korporat (Corporate Sustainability Reporting Directive, CSRD). Di Amerika Syarikat, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dijangka menerima pakai peraturan pendedahan iklim."

Orlan Boston, ahli YPO dan Penasihat Kanan dan Rakan Kongsi Perkhidmatan Pelanggan Global di EY, berkata:

"Selain itu, dengan keperluan pengawalseliaan yang lebih banyak, tekanan daripada pelanggan terhadap syarikat untuk meningkatkan ketelusan dalam prestasi alam sekitar, sosial, dan tadbir urus serta membuat kemajuan dalam aspek tersebut juga semakin meningkat."

"Pemimpin perniagaan kecil dan sederhana harus menilai peluang dan risiko untuk perniagaan individu dan pihak berkepentingan mereka sendiri, yang akan membolehkan mereka melaksanakan strategi penambahbaikan yang disasarkan."

Tentang YPO 

YPO merupakan sebuah komuniti kepimpinan global dengan keanggotaan lebih dari 35,000 ketua eksekutif dari 150 negara, yang bersatu padu melalui keyakinan bersama bahawa dunia memerlukan pemimpin yang lebih unggul dan bahawa perniagaan mampu menjadi pendorong utama ke arah kebaikan. Setiap ahli kami telah mencapai kejayaan kepimpinan yang ketara pada usia muda. Mereka memimpin perniagaan dan organisasi yang secara kolektif menggaji lebih daripada 22 juta orang di seluruh dunia dan menjana lebih USD9 trilion hasil gabungan. Ahli YPO berhimpun untuk belajar dan bertukar fikiran dalam usaha mencetuskan perubahan positif dalam kehidupan, perniagaan, dan komuniti yang terjejas oleh tindakan mereka. Lawatiypo.org untuk maklumat lanjut.

Metodologi Data

 Tinjauan Kesan Global YPO 2023  telah dijalankan oleh YPO melalui soal selidik dalam talian dengan sokongan daripada EY, penasihat pembelajaran strategik dan penaja tinjauan; Proof, data dan rakan kongsi teknologi; dan Labrador, rakan penasihat, penulisan dan reka bentuk. Tinjauan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengumpulkan pelbagai pandangan pemimpin perniagaan berkenaan dengan impak sosial, pengurusan tadbir urus, dan aspek alam sekitar yang berkaitan dengan mereka. Pendekatan pengumpulan data memanfaatkan platform kecerdasan data Proof, membolehkan ahli memasukkan, menyimpan dan mengemas kini data mereka semasa tempoh pengumpulan data. Tinjauan itu meliputi tempoh pelaporan dari 1 Januari hingga 30 Jun 2023 dengan tempoh pengumpulan data terbuka dari Julai hingga Disember 2023, dengan respons daripada lebih 700 ahli YPO dari 82 negara.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1065220/YPO_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: YPO
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Utilities Environmental Issues Small Business Services Survey, Polls & Research