omniture

KakaoBank Memperkasa Inovasi AI di Pusat Data ICN10 Digital Realty

Digital Realty
2024-02-02 00:12 85

Makmal kecerdasan buatan (AI) khusus bertujuan menyokong penyelidikan dan pembangunan teknologi kewangan KakaoBank untuk perkhidmatan perbankan mudah alih pengguna yang selamat dan mudah

SINGAPURA, 1 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Digital Realty (NYSE: DLR), penyedia pusat data neutral awan dan pembawa global terbesar, penyelesaian kolokasi dan saling sambung, pada hari ini mengumumkan bahawa KakaoBank, bank mudah alih terkemuka di Korea, telah menubuhkan makmal kecerdasan buatan (AI) di pusat data ICN10 Digital Realty di Seoul. Pelaburan strategik ini, memanfaatkan infrastruktur dan kepakaran pusat data Digital Realty, yang akan memperkasa KakaoBank untuk mempercepat peningkatan perkhidmatan yang dikuasakan AI, membangunkan kandungan yang diperibadikan dan menyemarakkan penyelidikan dan pembangunan untuk perkhidmatan kewangan baharu.

[From left to right] Sangwon Seo-KakaoBank Infra team leader, Junsik Eum-KakaoBank CIO, HyunChul Ahn-KakaoBank CRDO, JaeHong Shin-KakaoBank CTO, Chris Han-Vice President and Head of Korea, Digital Realty, Matt Berzak-Vice President, Portfolio Management, Digital Realty, SJ Lee-data center manager, Digital Realty, Jeremy Hwang-Sales Director, Korea, Digital Realty
[From left to right] Sangwon Seo-KakaoBank Infra team leader, Junsik Eum-KakaoBank CIO, HyunChul Ahn-KakaoBank CRDO, JaeHong Shin-KakaoBank CTO, Chris Han-Vice President and Head of Korea, Digital Realty, Matt Berzak-Vice President, Portfolio Management, Digital Realty, SJ Lee-data center manager, Digital Realty, Jeremy Hwang-Sales Director, Korea, Digital Realty

KakaoBank memilih pusat data ICN10 Digital Realty kerana keupayaannya untuk menyampaikan persekitaran khusus, berprestasi tinggi dan berdaya tahan dengan pilihan penyejukan, susun atur dan ketersambungan yang dioptimumkan, bertujuan menyokong penggunaan AI yang amat berkesan.

Beban kerja AI lanjutan, seperti AI generatif, memerlukan infrastruktur kuasa dan penyejukan yang direka bentuk dengan rapi, serta berupaya menyokong keperluan pengkomputeran berkuasa tinggi. ICN10 dilengkapi dengan perkhidmatan kolokasi berketumpatan tinggi yang boleh menyokong sehingga 70 kilowatt (kW) setiap rak untuk menangani permintaan beban kerja pengiraan secara intensif. Pusat data ini menggunakan teknologi Penyejukan Cecair Berbantu Udara (AALC) berinovatif, memastikan pelesapan haba yang cekap dan sokongan yang andal untuk pelayan unit pemprosesan grafik (GPU) berprestasi tertinggi dalam industri.

Reka bentuk pusat data modular dan fleksibel Digital Realty membolehkan KakaoBank menggunakan penyelesaian AI dengan pantas di ICN10, dengan ruang untuk membesar apabila keperluan bank tersebut berkembang.

Keandalan adalah paling penting dalam industri perkhidmatan kewangan, sekiranya berlaku gangguan secara tiba-tiba dalam kefungsian boleh mengakibatkan kehilangan kepercayaan yang kritikal oleh pelanggan. Pusat data ICN10 Digital Realty menampilkan infrastruktur elektrik dan mekanikal lewah reka bentuk N+1 untuk memastikan operasi yang lancar dan tidak terganggu. Digital Realty telah dianugerahkan penilaian Tahap 3 Uptime Institute untuk penyelenggaraan tanpa gangguan dan setakat tahun 2023, telah mencapai 16 tahun berturut-turut dengan sistem beroperasi 99.999% sepanjang masa.

Data adalah kritikal untuk aplikasi AI, yang dicas turbo apabila boleh mengekstrak cerapan merentasi set data. PlatformDIGITAL®, platform pusat data global Digital Realty, menyokong penggunaan awan peribadi dengan membolehkan akses selamat dan berprestasi tinggi kepada set data merentasi ekosistem perusahaan dengan ServiceFabric™, platform perancangan perkhidmatan global Digital Realty. Tambahan pula, akses khusus ICN10 kepada Sambung Terus AWS (AWS Direct Connect) membolehkan KakaoBank menghubungkan infrastruktur peribadi bank tersebut ke Rantau AWS Asia Pasifik (Seoul), menyediakan penyelesaian ketersambungan kependaman rendah, berprestasi tinggi, selamat dan menjimatkan kos.

Lokasi pusat ICN10 di Bandar Media Digital Seoul, ditambah dengan persekitaran rangkaian neutral, menawarkan kelebihan kepada KakaoBank dengan meminimumkan kependaman dan menyediakan pelbagai pilihan ketersambungan kepada pusat data sedia ada institusi kewangan domestik di seluruh negara.

Hyun-chul Ahn, Ketua Pegawai Penyelidikan dan Pembangunan KakaoBank, berkata, "Melalui pembukaan pusat AI, kami telah mewujudkan persekitaran untuk memperkukuh kerjasama dengan komuniti Kakao, ahli akademik luaran dan syarikat. Kami merancang untuk mempercepat pelbagai perniagaan dan penyelidikan berasaskan AI yang memerlukan operasi kompleks, seperti AI generatif dan model bahasa, untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan dan terus berkembang dengan meningkatkan keupayaan teknologi kami."

Chris Han, Naib Presiden, Ketua Korea, Digital Realty, berkata, "Korea semakin mendapat perhatian sebagai satu daripada pasaran AI yang berkembang pesat di Asia Pasifik. Digital Realty mempunyai pengalaman luas sebagai penggerak untuk perusahaan AI global. Dengan pengalaman ini, kami akan melakukan segala yang mungkin untuk menyokong inovasi AI KakaoBank dalam sektor kewangan."

Maklumat Tentang Digital Realty
Digital Realty menghimpunkan syarikat dan data dengan menyampaikan spektrum penuh pusat data, penyelesaian kolokasi dan saling sambung. PlatformDIGITAL®, platform pusat data global syarikat, menyediakan pelanggan dengan tempat pertemuan data selamat dan metodologi penyelesaian Seni Bina Pusat Data Pervasif (PDx®) yang terbukti untuk memperkasa inovasi dan menguruskan cabaran Graviti Data dengan cekap. Digital Realty memberikan pelanggan akses kepada komuniti data bersambung yang penting bagi mereka dengan jejak pusat data global terdiri daripada 300+ kemudahan di 50+ metro merentasi 25+ negara di enam benua. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Digital Realty, sila kunjungi digitalrealty.com atau ikuti kami dalam LinkedIn dan X.

Untuk Maklumat Tambahan

Hubungan Media
Sinhuay Ho
Digital Realty
+65 8125 8380
shho@digitalrealty.com 

Perhubungan Pelabur
Jordan Sadler / Jim Huseby
Digital Realty
+1 737 281 0101
InvestorRelations@digitalrealty.com

Pernyataan Perlindungan Selamat
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan pandang ke hadapan yang berdasarkan jangkaan semasa, ramalan dan andaian yang melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan besar, termasuk pernyataan berkaitan kecerdasan buatan, PlatformDIGITAL®, ServiceFabricTM, prospek pertumbuhan syarikat, jangkaan pertumbuhan dalam transformasi digital, strategi syarikat dan permintaan serta jangkaan pelanggan untuk rantau Asia Pasifik. Untuk senarai dan huraian risiko dan ketidakpastian, lihat laporan dan pemfailan lain oleh syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Amerika Syarikat. Syarikat menafikan apa-apa niat atau kewajipan untuk mengemas kini atau meminda mana-mana pernyataan pandang ke hadapan secara terbuka, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa pada masa akan datang atau sebaliknya.

KakaoBank’s AI lab at Digital Realty's ICN10 in Seoul
KakaoBank’s AI lab at Digital Realty's ICN10 in Seoul

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2331209/Digital_Realty_Kakao.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2331210/Digital_Realty_AI_Lab.jpg?p=medium600 

Source: Digital Realty
Related Stocks:
NYSE:DLR
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things