KOKTEBEL, Crimea, 15 September 2014 /PRNewswire/ --
Pesta antarabangsa Parti Jaz Koktebel, yang akan diadakan di Crimea, telah menjadi salah satu acara kebudayaan terbesar di Rusia dan telah menarik pemuzik dari serata dunia.
Pesta Parti Jaz Koktebel, yang telah dianjurkan oleh Rossiya Segodnya dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan Rusia, telah menjadi acara kebudayaan antarabangsa pertama terbesar di Crimea. Kumpulan jaz terbaik dari wilayah Rusia, Brazil, Amerika Syarikat, Israel, Britain, India, Armenia, Jerman, Belgium serta Belanda telah membuat persembahan di pesta tersebut pada 12 hingga 15 September.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140915/705592)
Salah satu matlamat utama Parti Jaz Koktebel adalah untuk mengubah sikap orang ramai terhadap jaz sebagai gaya muzik ketinggalan zaman, satu pandangan yang jauh daripada kebenarannya.
"Kami mahu mewujudkan pesta jaz sebenar untuk memberi orang ramai suatu suasana jaz sepenuhnya," kata pemuzik Serge Golovnya, pengarah kesenian pesta tersebut. Pesta itu telah diadakan di beberapa tempat, yang membolehkan orang ramai mempelajari tentang arah aliran jaz moden atau mendengar pemuzik kegemaran mereka. Hasil yang diperoleh daripada pesta tersebut akan dilaburkan untuk pembangunan Crimea.
Setiap hari bermula dari 6 petang hingga 11 malam, orang ramai dipersembahkan dengan beberapa bintang jaz terkenal, yang telah membuat persembahan di atas pentas utama, termasuk Big Jazz Orchestra yang diterajui oleh Pyotr Vostokov, Anton Gorbunov Quintet, Andrei Kondakov dan The Brazil All Stars, Denis Shvytov & Silver Woman, Huun-Huur-Tu, Anna Klesun dan juga Esh, Vladimir Ivanov serta kumpulan Ornithology, Ivan Farmakovsky Quartet, Alex Hutchings Band, Vahagn Hayrapetyan Quartet dan Anna Buturlina, Сlub des Belugas, JVL Big Band, Serge Golovnya dan juga Karina Kozhevnikova.
Persembahan yang menjadi tumpuan ialah Yakov Okun's International Jazz Quintet & Deborah Brown, Valery Ponomaryov & kumpulan pemuzik enam orang We Remember Art Blakey, Tom Harrell, dan juga The Jamal Thomas Band.
Bagi pemuzik muda, Parti Jaz Koktebel ialah pintu yang membawa kepada dunia jaz yang luas. Para pemenang pertandingan pemuzik muda turut membuat persembahan di Pentas Terbuka selama dua hari.
Pentas untuk para peminat classical blues dan jaz telah dibuka di halaman belakang Voloshin Museum House, tempat berlangsungnya majlis perasmian pesta tersebut, persembahan oleh Korovin & Fagot Duo serta ceramah bertajuk "Malam Jaz. Sejarah Jaz Soviet, Rusia dan juga Antarabangsa" yang turut diiringi oleh kumpulan Serge Golovnya.
SUMBER Federal State Unitary Enterprise Rossiya Segodnia International Inform Agency