omniture

Bostik Buka Kilang Serbuk Baharu untuk Bantu Pasaran Pembinaan Malaysia dan Singapura

Bostik
2014-09-16 08:00 287

PARIS, 16 September 2014 /PRNewswire/ --

Kemudahan baharu yang menghasilkan produk pelekat jubin dan serbuk simen berkaitan akan menyediakan perkhidmatan lebih baik dan pantas kepada para pelanggan Kumpulan serta membantu sejumlah besar projek pembinaan baharu di rantau tersebut.

Bostik, pakar pelekat terkemuka pada peringkat global untuk pengilangan industri, pembinaan serta pasaran pengguna, telah memperluas kemampuan pengeluaran serbuk simennya melalui pembukaan kilang pengeluaran baharu berhampiran dengan bandar Johor Bahru, Malaysia baru-baru ini.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140319/674807-a)

Johor Bahru terletak di bahagian hujung selatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dipisahkan daripada Singapura oleh Selat Johor. Oleh itu, kilang tersebut secara idealnya dibina untuk menyediakan perkhidmatan kepada pasaran pembinaan tempatan yang pantas membangun termasuk di sekeliling Rantau Pembangunan Iskandar dan beberapa projek perumahan besar di rantau Johor Bahru. Pembangunan lain di kawasan lain termasuklah perluasan program perumahan awam oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan Singapura (HDB).

Dengan kawasan seluas 1,500 kaki persegi, kilang tersebut mempunyai kapasiti yang dianggarkan sebanyak 14,000 tan metrik setiap tahun.

Kemudahan baharu itu akan mengeluarkan beberapa jenis produk untuk industri pembinaan: pelekat jubin bersimen (CTA) termasuk kelas klasifikasi C2S1, C2E serta C1E, turap tidak mengecut dan lapisan skim. Kumpulan produk ini adalah berdasarkan platform teknologi Pengikat Terubah Suai Polimer (PMB) bertaraf dunia oleh Bostik yang terus menjadi tumpuan inovasi, penyelidikan dan juga aktiviti pembangunan berterusan. Hasil daripada perluasan ini, beberapa produk terkenal seperti Excel-Flex, Maxi-Flex, Super-Fixall dan juga Ultra-Mastik kini akan lebih mudah didapati untuk ahli profesional pembinaan di selatan Malaysia serta Singapura.

Bostik tetap meningkatkan kualiti dan kemampanan pelekat serta bahan kedap yang dibekalkan kepada beberapa pasaran di serata dunia dan baru-baru ini juga Bostik Malaysia telah memperkenalkan rangkaian sistem penjubinan baharu yang mematuhi piawaian antarabangsa. Ia juga telah mendapat kelulusan rasmi tempatan untuk sejumlah besar produk CTA, pengalisan air, bahan kedap serta bahan lantai. 13 produknya telah menerima kelulusan HDB, manakala 10 produk pula telah dianugerahkan dengan status Label Hijau oleh Majlis Alam Sekitar Singapura.

Ketika mengulas tentang pembukaan kilang di Johor Bahru, Ketua Pegawai Eksekutif Bostik, En. Bernard Pinatel berkata: "Kami berbesar hati untuk membawakan teknologi PMB inovatif kami kepada pasaran yang pantas berkembang seperti Malaysia dan Singapura. Kami yakin unit pengeluaran baharu jenama ini akan membawa manfaat besar kepada projek pembinaan yang telah dirancang serta sedang dijalankan di negara tersebut, dan secara lebih meluas untuk para pelanggan kami di selatan Malaysia dan Singapura."

Pengarah Urusan Bostik Malaysia En Chuen-Peng Ting pula berkata: "Kemudahan baharu ini akan terus memperkukuh lagi komitmen kami untuk aktiviti pembinaan tempatan serta memperlihatkan sokongan kami untuk projek baharu yang menarik ini. Dengan kapasiti pengeluaran yang baru dipertingkat ini, kami benar-benar berhasrat agar kilang tersebut dapat memainkan peranan sebagai platform untuk mengukuhkan kehadiran kami di rantau ini."

Bostik menawarkan kepada ahli profesional pembinaan pelbagai sistem pembinaan yang komprehensif dan inovatif, bermula pada peringkat asas sehinggalah akhir. Teknologi yang tetap diperbaharui dan dipertingkat dapat memberikan prestasi hebat di samping mematuhi kod bangunan tempatan dan antarabangsa terkini serta piawaian alam sekitar, kualiti serta prestasi.

Latar Belakang Bostik

Bostik ialah pakar pelekat terkemuka pada peringkat global dalam pengilangan industri, pembinaan dan juga pasaran pengguna. Selama lebih satu abad, kami telah membangunkan penyelesaian pelekat inovatif yang lebih pintar dan lebih adaptif terhadap setiap daya yang membentuk kehidupan seharian kita. Daripada mula hingga akhir, dari rumah ke pejabat, pelekat pintar Bostik boleh didapati di mana-mana. Dengan jualan sebanyak €1.6 bilion pada tahun 2013, syarikat ini mempunyai seramai 4,800 pekerja dan berada di lebih 50 negara.

Bostik ialah sebuah syarikat Total.

SUMBER  Bostik

Source: Bostik
Keywords: Chemical Construction/Building Corporate Expansion