SINGAPURA, 29 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Terokai sejarah dan masa depan plastik dalam pameran jelajah khas bertajuk Plastic: Remaking Our World (Plastik: Membentuk Semula Dunia Kita), yang membuat kemunculan sulung Asianya di Muzium Negara Singapura (NMS) mulai 27 Januari hingga 23 Jun 2024.
Pameran jelajah oleh Vitra Design Museum, V&A Dundee dan maat, Lisbon ini mencatatkan peningkatan plastik yang mendadak dalam abad ke-20 dan penyelesaian termaju bagi cara penggunaan plastik yang lebih lestari dalam masyarakat kita. Mempamerkan lebih 300 artifak, pameran ini termasuk naratif tempatan berkenaan sejarah Singapura dengan plastik, menampilkan gabungan paparan fizikal dan digital barangan Koleksi Nasional serta ruang interaktif.
Dibahagikan kepada tiga bahagian, Kalpa; Synthetica, Petromodernity and Plasticene: Plastics from 1850 until Today dan Re-, pameran yang imersif ini membawa pengunjung menelusuri perjalanan yang bersejarah, menjejaki evolusi bahan ini di peringkat tempatan dan global sebelum memandang ke arah masa depan, bertujuan untuk mencetuskan perbualan mengenai pengggunaan plastik dengan cara yang lestari. Artifak yang ditonjolkan termasuk patung Barbie ikonik dan peralatan berkelah Plack, Bakelite, bahan bersejarah yang memudahkan penciptaan peralatan elektrik rumah dan Space Age Ball Chair futuristik.
Pengunjung daripada semua peringkat usia boleh melihat unsur dan program pendidikan yang menarik seperti ruang interaktif Plastics in Our Lives yang terletak di luar pameran yang meninjau perebakan plastik dalam kehidupan harian mereka. Mereka juga pasti dapat menikmati Green Detective's Challenge, pengalaman berciri gamifikasi di lapangan yang menguji pengetahuan seseorang tentang kitar semula. Usaha inovatif tempatan dan projek penyelidikan yang memperjuangkan penggunaan plastik yang lebih hijau akan turut dipaparkan di ruang ini.
Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai barisan program yang akan mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan plastik serta isu kelestarian yang lebih luas. Ini termasuk bengkel amali, lawatan pengalaman dan demonstrasi langsung mesin suntikan pameran ini yang akan berkongsi cara untuk mencipta barangan rumah yang berguna daripada plastik kitar semula.
Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini, sila kunjungi laman web, Facebook, Instagram Muzium Negara atau kit media digital kami.