omniture

Huawei Dedahkan Wi-Fi 7 di APAN57 Naik Taraf Pengalaman Rangkaian untuk Pendidikan

Huawei Enterprise
2024-02-05 09:54 91

BANGKOK, 4 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Huawei memberi inspirasi kepada sektor pendidikan untuk menaik taraf infrastrukturnya dengan mendedahkan "AirEngine Wi-Fi 7" kelas-perusahaannya, generasi terkini penyelesaian standard Wi-Fi yang menawarkan rangkaian tanpa wayar yang lebih lancar dan lebih andal dalam keadaan penggunaan berkepadatan tinggi, lebar jalur tinggi dan kependaman rendah, seperti apabila mengakses metasemesta dan menggunakan Realiti Imbuhan/Realiti Maya (AR/VR) untuk pendidikan.

Huawei joins APAN57 for the first time in Thailand, showcasing its vision and embracing next-generation education technologies.
Huawei joins APAN57 for the first time in Thailand, showcasing its vision and embracing next-generation education technologies.

"Trend dalam industri pendidikan kini berkembang daripada pendigitalan kepada infrastruktur pintar," ujar En. Sheldon Wang, Naib Presiden Enterprise Business Group, Huawei Technologies (Thailand) Co., Ltd. Semasa mesyuarat Asia-Pacific Advanced Network (APAN57) ke-57, beliau memperlihatkan dedikasi Huawei yang tidak berbelah bahagi untuk mengintegrasikan elemen-elemen ICT dengan lancar seperti ketersambungan, pengkomputeran awan, data raya serta kecerdasan buatan dalam seluruh spektrum pendidikan. Komitmen ini bertujuan untuk memupuk inovasi dalam pengajaran, penyelidikan saintifik, pengurusan dan perkhidmatan.

Pengajaran dan pembelajaran telah beralih daripada menggunakan papan hitam tradisional kepada alat multimedia, bermula dengan belajar di lokasi tetap, kepada bila-bila masa, di mana-mana sahaja serta daripada kuliah sehala kepada pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Penyelidikan saintifik juga perlu menyelesaikan tugas pengkomputeran dan analitis yang rumit dan lebih banyak bergantung kepada teknologi seperti pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), analitis data berprestasi tinggi (HPDA), data raya serta kecerdasan buatan, yang mana kesemuanya memerlukan lebar jalur yang tinggi dan penyelesaian Wi-Fi yang stabil.

Di bawah tema "Infrastruktur Terkemuka Percepatkan Kecerdasan Pendidikan", Huawei mempamerkan teknologi dan inovasi untuk pendidikan semasa APAN57, memfokuskan kepada penaiktarafan infrastruktur bagi mempercepatkan transformasi teknologi untuk generasi pendidikan yang seterusnya. Memanfaatkan teknologi seperti rangkaian optik dan Wi-Fi 7, Huawei mengintegrasikan rangkaian berwayar, tanpa wayar, pejabat dan IoT untuk menghubungkan rangkaian kampus, rangkaian pendidikan dan penyelidikan serta Internet. Ini dapat mencipta rangkaian tunggal yang terjamin, stabil dan pintar, lalu meningkatkan keupaayaan galas sistem perkhidmatan dan pengalaman pengguna.

Huawei bersedia untuk mengaplikasikan kepakaran industri globalnya bagi menyokong pembangunan infrastruktur ICT, faktor utama dalam transformasi digital sektor pendidikan, selain menawarkan penyelesaian utama seperti "Pendidikan Pintar" bagi mempercepatkan transformasi digital berpacukan teknologi yang memfokuskan kepada penyelidikan.

Forum khas "Panel Inovasi Infrastruktur HPDA Penyelidikan Perubatan Thailand", dianjurkan oleh Huawei di APAN57, mengundang pakar-pakar daripada universiti-universiti perubatan terkemuka termasuk Khon Kaen University (KKU), Siriraj Hospital, National Biobank of Thailand dan King Mongkut's Institute of Technology Ladkrabang, untuk bertukar-tukar idea serta garis panduan kesediaan bagi menyokong pembangunan penyelidikan saintifik dan perubatan. Perbincangan ini dipimpin oleh En. Prayuth TungsaNgob, Ketua Pegawai Teknologi bagi Perniagaan Perusahaan Huawei Thailand. Penyelesaian HPDA Penyelidikan Saintifik Huawei menerima pakai reka bentuk dengan ketumpatan yang sangat inggi, baik dari segi kapasiti mahupun prestasi, untuk mencapai penjimatan yang signifikan dalam ruang bilik peralatan, seterusnya menurunkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO).

Huawei AirEngine Wi-Fi 7 menyampaikan lebar jalur yang tinggi dan menyokong e-bilik darjah yang boleh menggunakan video dan audio HD untuk mengajar. Selain daripada interaktiviti yang realistik, Wi-Fi 7 turut menyediakan asas kukuh untuk menyokong generasi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya, seperti HPDA dan Rangkaian Kampus Tertumpu, kedua-duanya menampilkan keupayaan pengkomputeran dan penjimatan tenaga termaju, serta mesra alam. Huawei merancang untuk mempromosikan industri ini secara holistik di bawah Ekosistem Bakat Digital dan akan terus bekerjasama dengan penggubal dasar serta rakan kongsi demi memupuk 50,000 bakat di Thailand menjelang tahun 2027.

Source: Huawei Enterprise
Keywords: Education Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services Cloud Computing / Internet of Things