omniture

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Menghadiri Forum Musim Panas Davos ke-8

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2014-09-17 01:51 88

BEIJING, 17 September 2014 /PRNewswire/ -- Forum Musim Panas Davos ke-8 telah diadakan di Tianjin, China, pada 10 September. Lebih 1,600 tetamu dari 90 negara dan rantau seluruh dunia telah menghadiri forum itu, ketika mereka membincangkan beberapa topik ekonomi berdasarkan tema "Memacu Inovasi dan Mencipta Nilai". Kebanyakan tetamu ialah wakil daripada syarikat China. Kehadiran yang penting ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Xiao Hong, yang telah menghadiri forum tersebut sebagai wakil syarikat Internet China, selepas menghadiri Forum Musim Panas Davos tahun lepas yang diadakan di Dalian.

Forum Davos, yang juga dikenali sebagai Forum Ekonomi Dunia, ialah agensi antarabangsa bukan rasmi yang mengkaji dan melibatkan diri dalam perbincangan tentang isu berkenaan ekonomi dunia dan menggalakkan kerjasama dan komunikasi ekonomi antarabangsa. Forum Musim Panas Davos, juga dikenali sebagai Mesyuarat Tahunan Juara Baharu Forum Ekonomi Dunia, telah diadakan di China sejak tahun 2007, dengan matlamat untuk mencipta platform kerjasama interaktif agar syarikat pertumbuhan global boleh bersama merancang projek pembangunan perindustrian dan komersil serta dialog bersama syarikat Global 1000 dan juga bersama kerajaan negara dan serantau.

Dalam masa beberapa tahun lepas, ekonomi China telah mencapai pertumbuhan hebat dan pengaruh antarabangsa negara itu semakin meluas. Sebagai negara dengan bilangan pengguna dalam talian yang paling besar di seluruh dunia, industri Internetnya sedang memainkan peranan yang semakin penting dalam ekonomi negaranya. Sektor permainan, bahagian yang penting dalam ekosistem Internet, semakin menjadi kuasa dan kekuatan yang mampu berdiri sendiri bagi memacu pembangunan ekonomi Internet negara itu.

Melihat arah aliran ini, Perfect World, sebagai salah satu wakil syarikat Internet China, telah menarik banyak tumpuan. Sebagai salah satu syarikat Internet dengan kekuatan penyelidikan dan pembangunan yang tertinggi di China, pembangun permainan itu bukan sahaja memiliki tiga platform enjin milik sendiri – enjin permainan 3D Angelica, enjin 2.5D Cube, serta enjin 2D EPARCH, lengan pelaburan PWIM mereka juga telah membeli banyak studio permainan terkemuka dunia. Perfect World ialah pemilik banyak permainan pengguna akhir, mudah alih dan juga web yang menyeronokkan, dan merupakan pembangun permainan pihak ketiga yang khusus untuk Microsoft di China.

Permainan Perfect World, antaranya DOTA2, Return of the Condor HeroesCross Gate serta Swordsman Online adalah sangat popular dalam kalangan pemain. Pembangun permainan itu telah bertumpu pada perluasan global sejak tahun 2006, setelah berevolusi daripada peringkat permulaan sebagai hanya pengeksport dan pihak yang melesenkan produk, kepada peringkat kedua untuk mereka mewujudkan beberapa syarikat subsidiari pengendalian bebas di negara asing, dan kemudian kepada peringkat ketiga ketika mereka melabur dalam pasukan luar negara. Kini firma itu berada dalam peringkat keempat; menetapkan kedudukannya sebagai pengeksport permainan China yang menyepadukan sumber seluruh dunia dan turut membangunkan produk untuk para pengguna seluruh dunia. Perfect World telah menjadi pembangun permainan bertaraf dunia yang mengekalkan kehadiran dalam pasaran China sementara mencapai pertumbuhan dalam pasaran global.

Kejayaan yang dicapai oleh Perfect World bukan hanya berdasarkan kedudukannya sebagai pembangun permainan bertaraf dunia, tetapi juga kerana syarikat Internet China, yang diwakili oleh Perfect World, sedang memainkan peranan yang semakin penting dalam pembangunan ekonomi China. Syarikat Internet negara itu sedang dan akan terus menjadi unsur yang lebih penting lagi dalam sistem ekonomi dan budaya seluruh dunia.

Logo - http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment