omniture

Serena Williams dan Maria Sharapova Pemain Pertama Layak Ke Peringkat Akhir WTA BNP Paribas Singapura Dibawakan oleh SC Global

WTA
2014-09-17 02:13 81

ST PETERSBURG, Florida, 17 September 2014 /PRNewswire/ --

Musim Road to Singapore memasuki beberapa minggu akhir sambil pemain terus beraksi

Persatuan Tenis Wanita (WTA) telah mengumumkan hari ini pemain No. 1 Dunia dan juara Terbuka AS, Serena Williams, serta pemain No. 4 Dunia Maria Sharapova, layak ke Peringkat Akhir WTA BNP Paribas Singapura dibawakan oleh SC Global, diadakan di Singapore SportsHub bermula pada 17 hingga 26 Oktober.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140811/700750)

"Peringkat Akhir WTA ialah matlamat akhir musim ini dan saya teruja dapat kembali semula setahun lagi dan mempertahankan gelaran saya," ujar Williams. "Saya tidak sabar untuk ke Singapura dan bersaing dengan para pemain terbaik di dunia." Pemain warga Amerika berusia 32 tahun itu merupakan pemain No. 1 Dunia WTA semasa; Williams telah berada di kedudukan teratas sejak 18 Februari 2013.

Berhasrat untuk kembali ke Peringkat Akhir WTA buat kali kesembilan sepanjang kerjaya beliau (2001-02, 2004, 2007-09, 2012-14), Williams telah berjaya memenangi Trofi Billie Jean King untuk tiga kemunculan Peringkat Akhir WTA terakhir beliau (2009, 2012-13) dan juga penampilan sulung beliau pada tahun 2001. Beliau juga berbangga dengan dua kemenangan naib juara beliau (2002, 2004).

Warga Rusia berusia 27 tahun, Maria Sharapova, berjaya meraih tiga gelaran bagi tahun ini, terserlah pada musim gelanggang tanah liat cemerlang ketika beliau mencatatkan rekod perlawanan 19-1 dalam perjalanan untuk meraih gelaran di Porsche Grand Prix (Stuttgart), Mutua Madrid Open serta Roland Garros, gelaran Grand Slam kelima sepanjang kerjaya beliau. Musim ini menandakan 12 tahun berturut-turut Sharapova telah meraih sekurang-kurangnya satu gelaran perseorangan, suatu catatan kemenangan yang bermula pada tahun 2003 dan kini beliau berdiri megah sebagai pemain keempat terbaik dalam sejarah WTA. Beliau akan kembali untuk Peringkat Akhir WTA buat kali pertama sejak tahun 2012, serta merupakan bekas juara, atas kemenangan beliau pada acara tersebut bagi kemunculan sulung beliau pada tahun 2004 dan juga meraih gelaran naib juara pada tahun 2007 dan 2012.

"Saya amat gembira kerana layak ke Peringkat Akhir WTA dan berpeluang melakukan yang terbaik bagi tenis wanita di Singapura," kata Sharapova.

Peringkat Akhir WTA 2014 akan menampilkan 8 pemain perseorangan Terbaik yang akan bersaing dalam acara round-robin. Bagi mengetahui tentang Papan Pendahulu acara Road to Singapore terkini setakat Isnin, 8 September, layari http://wtatennis.com.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, log masuk ke laman web Peringkat Akhir WTA http://www.WTAFinals.com, Twitter (@WTAFinalsSG) dan juga Facebook (facebook.com/WTAFinalsSG).

Tiket orang awam boleh dibeli melalui Sports Hub Tix wtafinals.sportshubtix.sg.

SUMBER  WTA

Source: WTA
Related Links:
Keywords: Sporting Events Sports