omniture

Pasaran Arang Batu Asia Baru Muncul Coaltrans Beralih ke Vietnam untuk Edisi Ketiga Persidangan

Coaltrans Conferences
2014-09-17 03:04 121

LONDON, 17 September 2014 /PRNewswire/ --

Pada 5 & 6 November, Bandar Ho Chi Minh akan menjadi lokasi pilihan Pasaran Arang Batu Asia Baru Muncul Coaltrans ke-3, yang sebelum ini dianjurkan di Bangkok dengan kehadiran lebih 200 pakar industri arang batu terkemuka setiap tahun.

Vietnam diramalkan akan mengalami pertumbuhan paling tinggi daripada segi kapasiti penjanaan tenaga dipasang di luar Indonesia antara tahun 2013 dan 2020. Garis masa telah ditetapkan dan perancangan telah dibuat bagi meneruskan projek tersebut. Dengan mengalihkan Pasaran Arang Batu Asia Baru Muncul Coaltrans ke-3 ke Bandar Ho Chi Minh, persidangan tersebut akan bertumpu pada peluang yang bakal diwujudkan untuk para pengeluar arang batu antarabangsa memandangkan negara tersebut semakin bergantung pada import arang batu.

Duong Quang Thanh, Naib Presiden, Vietnam Electricity, Do Thi Thanh Binh, Timbalan Pengarah, Bahagian Komersil, Petrovietnam Power Corporation serta Dato' Mohd Nazri Bin Shahruddin, Naib Presiden, Usaha Niaga Tenaga, Tenaga Nasional Berhad akan menyampaikan pembentangan ucap utama industri bagi menyediakan para delegasi dengan pandangan terhadap pelbagai peluang yang terdapat di rantau ASEAN.

Asia Tenggara telah menyaksikan kenaikan yang mantap daripada segi permintaan serta import arang batu sejak tahun 2013, peningkatan yang dijangka akan terus berlaku dengan pesat. Dengan rancangan meluas bagi pembinaan loji kuasa berasaskan arang batu di seluruh rantau ASEAN, topik utama akan melibatkan pilihan kewangan untuk kuasa berasaskan arang batu di Asia dan mewujudkan konteks untuk pembangunan kuasa berasaskan arang batu ASEAN. Selain itu, terdapat juga tumpuan khas diberikan kepada beberapa peluang industri di Vietnam. Para pelabur dan pengeluar arang batu terkemuka akan membincangkan isu penting berkenaan peluang industri di rantau ini.

Pandangan bernas yang diberikan oleh para peneraju industri serta peluang perangkaian yang luas akan menjadikan Pasaran Arang Batu Asia Baru Muncul Coaltrans suatu acara yang tidak boleh dilepaskan, yang menarik perhatian kepada potensi luas rantau ASEAN. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://www.coaltrans.com/emerging-asian-coal-markets/details.html

Latar Belakang Coaltrans Conferences:

Coaltrans Conferences menganjurkan beberapa persidangan arang batu antarabangsa berskala besar, yang menarik para delegasi dari serata dunia. Ia turut mengendalikan acara serantau bertumpuan, pameran, lawatan lapangan dan juga kursus latihan. Ia mempunyai reputasi kerana menggunakan piawaian organisasi tertinggi. Pada tahun 2014 Coaltrans mengurus acara di Australia, Kanada, China, Colombia, Denmark, India, Indonesia, Poland, Rusia, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, UK, AS dan juga Vietnam. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://www.coaltrans.com

Hubungi
Camilla Bass
+44-(0)207-779-8178
camilla.bass@euromoneyplc.com

Sumber: Coaltrans Conferences

Source: Coaltrans Conferences
Keywords: Oil/Energy Utilities Trade show news