LIDKOPING, Sweden, 17 September 2014 /PRNewswire/ -- Handheld Group, pengeluar utama telefon pintar dan komputer mudah alih lasak, hari ini telah mengumumkan naik taraf komputer bimbit lasak Nautiz X4, yang telah dilancarkan awal tahun ini. Nautiz X4, komputer bimbit kompak serba guna untuk pekerja mudah alih, kini didatangkan dengan Android 4.2 lalu memberi pelanggan lebih banyak pilihan sistem pengendalian.
Bagi melihat Siar Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/72762532-handheld-NAUTIZ-X4-android/
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140917/705931)
Nautiz X4 ialah komputer bimbit lasak yang kompak dan ringan yang dioptimumkan untuk pengumpulan data lapangan yang cekap. Ia telah direka dan dibangunkan khusus untuk pekerja mudah alih dalam persekitaran lasak dalam beberapa industri seperti penggudangan, logistik, pengangkutan, kemudahan, perkhidmatan lapangan, keselamatan serta keselamatan orang awam.
Berukuran hanya 156 x 74 x 25.5 milimeter (6.1 x 2.9 x 1.0 inci) dan seberat hanya 330 gram (11.6 auns), komputer Nautiz X4 mempunyai skrin sentuh berintangan yang terang dan tidak silau di bawah cahaya matahari bagi pengkomputeran andal dalam persekitaran kerja yang mencabar, dan didatangkan lengkap dengan sama ada pengimbas laser 1D berprestasi tinggi atau pengimej 2D untuk tugasan kod bar dan pengimbasan yang tepat dan pantas. Peranti itu juga mempunyai kamera 5MP dengan fokus automatik dan Denyar LED.
Nautiz X4 mempunyai pemeringkatan Perlindungan Kemasukan IP65, yang bermakna ia kalis habuk dan sangat kalis air. Ia juga memenuhi piawai ujian ketenteraan MIL-STD-810G yang ketat untuk ketahanan keseluruhan dan kerintangan terhadap kelembapan, hentakan, gegaran, jatuh, garam serta suhu melampau.
"Nautiz X4 telah menjadi pilihan yang ketara untuk pekerja mudah alih dalam pelbagai industri hasil mobilitinya yang unggul dengan kefungsian lapangan sebenar dalam pakej yang berguna dan pada harga yang menarik," kata Johan Hed, Pengurus Produk Handheld Group. "Bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada para pelanggan kami, kini kami menawarkan pilihan untuk mendapatkan Nautiz X4 yang menggunakan sistem Android 4.2 selain sistem Windows Embedded Handheld 6.5."
Komputer bimbit lasak Nautiz X4 mempunyai penerima GPS u-blox yang bersepadu bagi fungsi pengemudian gred profesional dan ia menawarkan berbilang pilihan keterhubungan seperti 3G berkuasa tinggi dan kemampuan Wi-Fi yang bagus. Ia mempunyai pemproses 1 GHz berkelajuan tinggi, RAM sebanyak 512 MB serta memori kilat sebanyak 1 GB, dan ia menggunakan sistem Android 4.2 atau Windows Embedded Handheld 6.5, yang masih merupakan sistem pengendalian yang lazimnya menjadi pilihan pengguna profesional dalam industri yang disasarkan.
Pesanan untuk komputer bimbit lasak Nautiz X4 dengan Android boleh dibuat dengan serta-merta.
Pautan berguna
Tweetkan ini: Komputer lasak NAUTIZ X4 Handheld untuk para pekerja mudah alih kini boleh didapati dengan Android http://www.handheldgroup.com/Nautiz-X4-with-Android
Latar belakang Handheld
The Handheld Group ialah pengeluar komputer mudah alih lasak, PDA serta telefon pintar. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia memberikan penyelesaian mobiliti lengkap kepada perniagaan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, kemudahan, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan serta keselamatan. The Handheld Group of Sweden mempunyai beberapa cawangan tempatan di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan juga AS. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat http://www.handheldgroup.com
Video:
http://www.multivu.com/players/English/72762532-handheld-NAUTIZ-X4-android/
SUMBER Handheld Group