omniture

Huawei melancarkan Penyelesaian VIDEO IP 2.0

Huawei Technologies Co., Ltd.
2014-09-17 14:05 143

AMSTERDAM, 17 September 2014 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini telah melancarkan Penyelesaian VIDEO IP 2.0 inovatif mereka semasa Konvensyen Penyiaran Antarabangsa (IBC) 2014 di Amsterdam. Penyelesaian baharu itu menyepadukan secara tersendiri ciri yang berbagai-bagai dan pengalaman pengguna baharu bagi menambah baik pemudahan platform perniagaan video daripada IPTV kepada Video Di Mana-mana. Platform yang inovatif itu adalah sebahagian daripada strategi video di mana-mana Huawei yang membolehkan video di rumah, video dalam perjalanan serta video dalam perusahaan. Huawei turut membayangkan ekosistem video, yang melaluinya video menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan dan kerja kita.

Penyelesaian baharu ini diperkasakan oleh teknologi awan dan menyediakan pengalaman pengguna baharu yang memecah kebiasaan bergelar majalah video dengan sokongan 4K dan eMBMS melalui LTE atas satu platform bertumpu. Ia membawakan 5 nilai penting untuk para pengendali:

  • Penumpuan+: Memudahkan satu platform penumpuan dengan sokongan lancar IPTV, OTT, DVB (melalui Kabel, Satelit atau Darat), Perkhidmatan Multisiar Siaran Multimedia Evolusi (eMBMS) yang membantu para pengendali menyediakan video merentasi berbilang rangkaian.
  • Hubungan+: Menyokong penyelesaian berbilang skrin berasaskan awan yang inovatif bagi melaksanakan sinergi rangkaian tetap dan mudah alih, yang menyingkirkan keperluan untuk menukar atau mengubah suai perangkaian kediaman apabila menyokong perkhidmatan berbilang skrin. Turut menyediakan API terbuka dan Kit Pembangunan Perisian (SDK) aplikasi bagi membantu pengendali membina sistem gema terbuka.
  • Kandungan+: Membolehkan kandungan beraneka dengan menyokong sepenuhnya 4K, serta pengumpulan kandungan Melebihi Keperluan yang lebih memudahkan kolaborasi bersama pemain OTT dalam model Perniagaan ke Perniagaan.
  • Peningkatan Kecekapan: Menyediakan peralatan Pengurusan Kualiti Perkhidmatan berdasarkan teknologi data besar agar dapat menambah baik secara signifikan kecekapan pengendalian untuk para pengendali.
  • Sokongan model perniagaan baharu: Menyokong pengendalian berbilang penyewa. Berdasarkan platform sebagai perkhidmatan, setiap penyewa boleh mencipta pakej produk dan penyelesaian individu untuk UI EPG, bahasa, mata wang, zon masa serta sistem Pengurusan Hak Digital.

Huawei membayangkan ekosistem video, yang menerusinya video menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan dan kerja kita. Dijangkakan dalam masa beberapa tahun akan datang, lebih 80 peratus daripada jumlah lalu lintas Internet akan berada dalam format video. Huawei ialah peneraju pasaran #1 bagi penyelesaian Video IP. Dengan lebih 54 penggunaan komersil seluruh dunia dan 29 juta pelanggan (setakat Ogos 2014), Huawei sedang aktif membangunkan penyelesaian video IP berasaskan awan bagi menyokong penggunaan berbilang skrin, mencipta pengalaman pengguna inovatif serta aplikasi perkhidmatan baharu yang akan menambah nilai buat para pengendali.

Sejak diadakan buat julung kalinya pada tahun 1967, IBC 2014 merupakan tempat pertemuan global penting bagi semua orang yang terlibat dalam penciptaan, pengurusan dan juga penyediaan masa hadapan kandungan serta teknologi hiburan dan media elektronik.

Latar belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global terkemuka dengan wawasan untuk memperkaya kehidupan melalui komunikasi. Dipacu oleh inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah mewujudkan portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberi pelanggan kelebihan berdaya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan. 150,000 kakitangan Huawei seluruh dunia komited untuk mencipta nilai maksimum bagi para pengendali telekomunikasi, perusahaan dan juga pengguna. Penyelesaian, produk serta perkhidmatan ICT kami yang inovatif telah digunakan di lebih 170 negara dan rantau, lalu menyediakan perkhidmatan untuk lebih satu pertiga populasi dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei merupakan syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh para kakitangannya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Huawei dalam talian: www.huawei.com atau ikuti kami melalui:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei Technologies Co., Ltd.
Keywords: