omniture

Paul G. Allen Menyokong Dua Inisiatif Baharu dalam Usaha Memerangi Virus Ebola

The Paul G. Allen Family Foundation
2014-09-17 14:09 102

-- Usaha Merupakan Sebahagian daripada Kempen Bantuan Menyeluruh "Tangani Ebola"

-- Inisiatif akan menyediakan 50,000 kit kesihatan ke kawasan terjejas dan membantu penerbangan yang membawa bekalan penting

SEATTLE, 17 September 2014 /PRNewswire/ -- Dermawan Paul G. Allen hari ini telah mengumumkan dua inisiatif baharu sebagai sebahagian daripada kempen bantuan menyeluruh bagi menyediakan sumber dan sokongan untuk menangani epidemik Ebola di Afrika Barat. Usaha itu akan memperuntukkan tambahan $6.6 juta lagi bagi menyokong perniagaan dan organisasi yang memenuhi keperluan logistik dan pengangkutan. Ini meningkatkan lagi komitmen asal En. Allen bagi memerangi penyakit itu menjadi lebih $20 juta, dengan pengumuman derma tambahan akan diumumkan lewat minggu ini.

"Wabak Ebola ini memerlukan penyelesaian yang dikhususkan dan kreatif bagi mengelakkan ia merebak lagi ke serata Afrika dan dunia," kata En. Allen. "Kita boleh tangani Ebola, tetapi ia memerlukan usaha global yang diselaraskan dan dipercepat. Masa adalah sangat berharga dalam peperangan ini."

Inisiatif yang diumumkan hari ini akan memudahkan pergerakan barangan, sumber dan juga individu di rantau itu. Yayasan Keluarga Paul G. Allen dan ahli perniagaan terkemuka telah bergabung bersama untuk memungkinkan semua penyelesaian berikut:

Pertamanya, sumbangan sepadan sebanyak $3.6 juta daripada Yayasan Keluarga Paul G. Allen kepada Yayasan A.S. untuk UNICEF dengan usaha selaras bersama UPS, akan menerbangkan 50,000 kit perlindungan ke Liberia bagi membantu mencegah virus itu merebak dalam kalangan penjaga serta ahli keluarga.

"UPS sedang menyediakan kepakaran logistik pengangkutan global kepada UNICEF bagi mempercepat urusan penghantaran jika mengambil kira betapa gentingnya misi yang sangat mustahak ini," kata Mitch Nichols, naib presiden kanan, Pengangkutan dan Kejuruteraan UPS.

Kit itu direka untuk melindungi orang yang sihat apabila ahli keluarga mereka menunjukkan simptom seperti Ebola. Individu akan dilatih dengan cara untuk menggunakan peralatan itu, membuang sisa dan turut mengurangkan risiko jangkitan. Tambahan lagi, dana itu akan melengkapi 2,371 sukarelawan kesihatan masyarakat dengan sumber bagi mendidik masyarakat tentang cara mencegah Ebola daripada merebak dan melindungi diri mereka serta keluarga mereka sendiri.

"Kami sangat berterima kasih untuk sokongan bermurah hati Yayasan Keluarga Paul G. Allen, UPS serta rakan kongsi seperti USAID," kata Caryl Stern, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dana A.S. untuk UNICEF. "Ada 4.5 juta kanak-kanak bawah usia lima tahun yang tinggal di kawasan yang terjejas oleh Ebola dan UNICEF sedang bekerja keras sepanjang masa untuk melindungi masyarakat dan keluarga daripada virus yang membawa maut ini. Sokongan pembiayaan daripada Yayasan Keluarga Paul G. Allen ini serta sokongan logistik daripada UPS akan membantu UNICEF terus mempercepat penghantaran bekalan yang sangat diperlukan dan mampu menyelamatkan nyawa ke rantau itu."

Dengan sumbangan berpadanan daripada orang lain dalam keluarga dan rakan kongsi Yayasan A.S. untuk UNICEF, kit tambahan serta pembiayaan berterusan untuk siap siaga sosial dan penjagaan akan dihantar kepada masyarakat yang terjejas oleh virus yang membahayakan ini.

Yang kedua, perkongsian bernilai $3 juta telah diwujudkan dengan Airlink bagi melaksanakan jejambat udara, dengan penerbangan bertolak pada kadar tetap selama tiga bulan seterusnya, bagi menghantar peralatan perlindungan perubatan dan farmaseutikal yang sangat diperlukan ke Afrika Barat. Airlink ialah organisasi respons bencana dan kemanusiaan sepenuh masa yang menghubungkan perbadanan tanpa untung dengan prakelayakan bersama syarikat penerbangan untuk pengangkutan udara dan kargo. Dengan model perniagaan respons pantas yang menyokong penghantaran bantuan yang sangat menepati masa, misi Airlink adalah untuk menyokong organisasi tanpa untung yang berusaha menyediakan bekalan yang diperlukan ke kawasan yang paling memerlukannya. Penerbangan pertama akan dibuat dalam minggu 21 September.

"Dengan rantaian bekalan telah diikat kontrak secara signifikan oleh banyak syarikat penerbangan yang memutuskan untuk tidak terbang ke Afrika Barat pada masa ini, kami sangat menghargai sokongan daripada Yayasan Keluarga Paul G. Allen," kata Steve Smith, pengarah eksekutif Airlink. "Banyak perbadanan tanpa untung telah memberitahu kami yang kami adalah satu-satunya jalan tunggal untuk mereka memberi bantuan, jadi pembiayaan bermurah hati bagi mewujudkan jejambat udara itu mempunyai potensi untuk membuka saluran untuk banyak lagi organisasi bantuan."

Komitmen pembiayaan dan perkongsian perniagaan ini tiba pada masa apabila masyarakat antarabangsa sedang bergelut untuk menyediakan cukup sokongan bagi mengawal epidemik itu. Kumpulan antarabangsa seperti Medecins Sans Frontieres dan Organisasi Kesihatan Sedunia telah berkata sumber untuk mengekang penyakit itu dan merawat mereka yang memerlukannya sangat kurang daripada yang sepatutnya. Pada masa yang sama, wabak Ebola pula sedang merebak pada kadar eksponen ke serata Afrika Barat – wabak semasa ini adalah yang paling buruk pernah dicatatkan, membunuh lebih 2,300 nyawa dalam empat benua. Jika tidak dibendung, ratusan ribu malahan jutaan nyawa akan berada dalam bahaya.

Pengumuman hari ini dibuat berikutan geran bernilai $9 juta daripada Yayasan Keluarga Paul G. Allen kepada Yayasan CDC bagi mewujudkan beberapa pusat pengendalian kecemasan di negara yang paling terjejas teruk seperti Guinea, Liberia dan juga Sierra Leone. Pusat ini akan membantu mewujudkan respons sistematik dengan sistem komunikasi dan pengurusan data yang lebih baik bagi menjejaki penyebaran penyakit dan hubungan pesakit, yang akhirnya akan membantu mengesan dan turut menghalang penyakit itu daripada merebak.

Yayasan Keluarga Paul G. Allen juga telah memperuntukkan $2.8 juta kepada Palang Merah Amerika pada bulan Ogos 2014. Derma ini sedang digunakan untuk membiayai peralatan, sukarelawan dan juga bahan pendidikan di Guinea, Sierra Leone serta Liberia bagi membantu menghalang Ebola.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari TackleEbola.com dan ikuti #TackleEbola di Twitter.

Latar belakang Paul G. Allen
Paul G. Allen ialah pelabur, usahawan serta dermawan terkemuka yang telah menderma lebih $1.5 bilion untuk tujuan amal sepanjang hayat beliau. Beliau telah menubuhkan Vulcan Inc. pada tahun 1986 bersama Jody Allen untuk memantau aktiviti perniagaan dan amal beliau. Hari ini, syarikat yang berpusat di Seattle itu memantau pelbagai pelaburan dan projek Allen di seluruh dunia. Pada tahun 2003, beliau telah menubuhkan Institut Allen untuk Sains Otak bagi mempercepat pemahaman tentang otak manusia daripada segi kesihatan dan penyakit, dan satu dekad kemudian, beliau telah melancarkan perluasan Institut Allen untuk Kecerdasan Buatan (AI) bagi menerokai peluang untuk pembangunan dalam bidang AI. Beliau ialah pengasas bersama Yayasan Keluarga Paul G. Allen, yang telah memberikan lebih $475 juta kepada perbadanan tanpa untung di kawasan Pasifik Barat Laut dan lebih jauh dari itu. Melalui yayasan beliau dan derma terus beliau, Allen telah menyumbang kira-kira $10 juta sejak tahun 2008 bagi membantu inisiatif penyelidikan, pendidikan dan juga teknologi penting di serata Afrika. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.paulallen.com, www.pgafamilyfoundation.org dan www.vulcan.com.

BAGI PERTANYAAN MEDIA:
Alexa Rudin
AlexaR@vulcan.com
+1.206.342.2230

Source: The Paul G. Allen Family Foundation
Keywords: Medical/Pharmaceuticals Transportation Corporate Social Responsibility Public Safety