omniture

Vantage dedahkan video jenama global terkini "Reborn a trader", memperkukuh pendirian jenama selepas transformasi laman webnya

Vantage
2024-02-08 11:46 88

PORT VILA, Vanuatu, 8 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset, Vantage Markets ("Vantage"), mempersembahkan video jenamanya yang terkini "Reborn a Trader" — memperkukuh pendekatannya untuk mengembara bersama pedagang dan mengulangi apa yang dimaksudkan dengan 'Berdagang lebih bijak @vantage'.

Dilancarkan ketika pelabur dan pedagang sedang mencari broker yang dapat berhubung bersama mereka. Vantage menyelami ketidaktentuan emosi yang dialami oleh pedagang dan dalam masa yang sama memancarkan kecemerlangan, kepercayaan dan ketelusan. Video jenama ini dicipta dengan motivasi yang serupa dengan baik pulih laman web Vantage baru-baru ini — untuk menyediakan semua keperluan untuk setiap pedagang, sekali gus meningkatkan pengalaman keseluruhan.

"Ketika kami mereka bentuk semula laman web, matlamat kami adalah untuk mengintegrasikan teknologi, kebolehcapaian global dan estetika dengan lancar tanpa menjejaskan fungsi. Pada terasnya, Vantage bukan sekadar tentang menyediakan untuk pedagang yang berpengalaman; ia juga tentang mendorong pedagang bercita-cita tinggi," kata Geraldine Goh, Ketua Pegawai Pemasaran, Vantage.

"Reborn a trader menceritakan sebuah kisah kekacauan emosi dan psikologi yang dilalui oleh pedagang dan bagaimana Vantage memahami apa yang diperlukan untuk membantu pedagang mencari tempat berpijak mereka di tengah-tengah kekacauan ini. Ia membawa pedagang menelusuri perjalanan pembelajaran, pertumbuhan dan pemerkasaan kewangan, berlandaskan kepada tiga prinsip teras - Bertindak Semula, Berfikir Semula dan Lahir Semula (React, Rethink and Reborn)," tambah Geraldine.

"Menjadi pedagang yang hebat mungkin tidak datang secara semula jadi kepada semua, tetapi seseorang boleh berdagang lebih bijak apabila dilengkapi dengan penetapan minda, alatan dan ilmu pengetahuan yang betul. Menerusi 'Reborn a Trader', matlamat kami adalah untuk mentakrifkan semula cara pedagang melihat dan mendekati pasaran kewangan. Dengan mengetengahkan tiga prinsip teras ini, kami percaya bahawa kami dapat memberi impak positif ke atas perjalanan perdagangan mereka," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan, Vantage.

Tonton video di sini.

Latar Belakang Vantage 

Vantage ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon. 

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

http://www.vantagemarkets.com/

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Broadcast feed announcements Financial Technology