omniture

Tata Communications berkolaborasi dengan Microsoft untuk memperluaskan sempadan untuk panggilan suara pada Microsoft Teams

Tata Communications
2024-02-08 19:13 30
  • GlobalRapide™ Tata Communications, dikuasakan oleh Operator Connect bagi Microsoft Teams, untuk meningkatkan pengalaman pelanggan untuk perusahaan di seluruh dunia
  • Penyelesaian panggilan awan terkini untuk mendayakan panggilan PSTN untuk perusahaan yang berpangkalan di India ke mana-mana peranti Microsoft Teams, di mana sahaja di dunia.
  • Fleksibiliti yang tidak pernah ada sebelum ini untuk kolaborasi, meningkatkan kebolehgunaan dan keselamatan dan pematuhan kawal selia untuk Teams akan tersedia pada platform tunggal

MUMBAI, India, 8 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Tata Communications, pemain teknologi komunikasi global, telah bekerjasama dengan Microsoft untuk memberikan fleksibiliti dalam kolaborasi dan ketersambungan pada Microsoft Teams bagi perusahaan di India.

Platform GlobalRapide Tata Communications akan mendayakan pengguna perusahaan India serta multinasional dengan keberadaan dalam negara untuk membuat dan menerima panggilan suara PSTN gred-pembawa pada mana-mana peranti Teams, di mana sahaja di seluruh dunia, dengan menggunakan platform Operator Connect.

Dengan capaian menyeluruh merentasi lebih daripada 190 negara melalui kerjasama dengan lebih 700 operator rangkaian mudah alih, Tata Communications berada dalam kedudukan unik untuk menawarkan keupayaan panggilan awan dan persidangan audio yang mematuhi kawal selia ini.

GlobalRapide menawarkan keupayaan yang lebih besar untuk pencegahan penipuan dan pematuhan peraturan pasaran tempatan yang ketat, dengan ini membolehkan syarikat perniagaan berinteraksi dan berkolaborasi dengan selamat dengan seluruh rantaian nilai mereka di seluruh dunia.

Platform ini menawarkan lapisan perkhidmatan hujung-ke-hujung yang diuruskan, menyediakan aturgerak, suai tugas dan pengurusan Teams, peranti titik akhir dan SBC (pengawal sempadan sesi) dengan kebolehgunaan, keselamatan dan pematuhan kawal selia yang ditingkatkan — semuanya pada platform tunggal. Ini akan memperkemaskan pengurusan platform Teams, memberikan syarikat perusahaan kawalan dan keterlihatan sepenuhnya dan tiada kos perkakasan tambahan.

"Walaupun perniagaan semakin berkembang, sempadan geografi semakin mengecil dengan kuasa alat kolaborasi. Untuk memanfaatkan alat inovatif ini sepenuhnya, syarikat perusahaan memerlukan rakan kongsi global dengan kepakaran tempatan," kata Sriram Sampath, Naib Presiden, Unified Communications & Collaboration, Tata Communications. "Kolaborasi kami dengan Microsoft pada Operator Connect untuk Teams akan meningkatkan lagi produktiviti tenaga kerja dan kecekapan untuk syarikat perusahaan, dan pada masa yang sama membantu mereka mengikut peraturan dan pematuhan tempatan."

"Kami gembira untuk menjadi rakan kongsi Tata Communications untuk membantu pelanggan kami memanjangkan jejak global mereka melalui Operator Connect untuk Teams. Kolaborasi ini menunjukkan komitmen kami untuk menyampaikan kecekapan yang lebih tinggi dan pulangan produktiviti yang lebih besar kepada perniagaan di seluruh India. Bersama, kami komited untuk membantu syarikat perusahaan berkembang dan menskalakannya – dengan lancar, cekap dan selamat." kata Shruti Bhatia, Ketua Negara, Modern Work and Surface, India dan Selatan Asia, Microsoft.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang GlobalRapide Tata Communications.

Perihal Tata Communications

Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM; BSE: 500483) ialah pendaya ekosistem digital global yang menguasakan ekonomi digital yang berkembang pesat hari ini di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Meneraju dengan amanah, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia dengan kolaborasi dan penyelesaian bersambung, ketersambungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan dan keselamatan dan perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 adalah pelanggannya dan syarikat menyambungkan perniagaan kepada 80% daripada gergasi awan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.tatacommunications.com 

Penyata pandang ke hadapan dan memberi peringatan

Perkataan dan kenyataan tertentu dalam siaran ini tentang Tata Communications dan prospeknya, dan kenyataan lain, termasuk kenyataan yang berkaitan dengan kedudukan kewangan dan strategi perniagaan Tata Communications, pembangunan akan datang operasi Tata Communications dan ekonomi am di India, adalah kenyataan pandang-ke-hadapan. Kenyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain, termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta kenyataan yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan ramalan trend, yang boleh keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications, atau keputusan industri, berbeza daripada segi material berbanding keputusan yang disampaikan secara tersurat atau tersirat oleh kenyataan pandang-ke-hadapan tersebut. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza dari segi material berbanding kenyataan pandang-ke-hadapan tersebut termasuk, antara lain, kegagalan untuk meningkatkan jumlah trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang sewajarnya; kegagalan untuk melengkapkan pengujian teknologi baharu dan sistem maklumat dengan sempurna untuk menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan transmisi suara, kegagalan untuk menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi tertentu syarikat, kegagalan untuk menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dalam dasar kerajaan atau peraturan India dan, secara khususnya, perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan, secara umumnya, keadaan ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Factor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian berbeza dari segi material daripada kenyataan pandang-ke-hadapan sedemikian, kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited. 

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak mempunyai obligasi untuk, dan dengan ini menafikan sebarang obligasi untuk, mengemas kini atau meminda kenyataan pandang-ke-hadapannya.

© 2024 Tata Communications Ltd. Semua hakcipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan negara tertentu.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2268954/Tata_Communications_Logo.jpg?p=medium600

Source: Tata Communications
Related Stocks:
Bombay:500483 India:TATACOMM NASDAQ:VDSGAP
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Joint ventures New products/services