omniture

SIS International Melancarkan Penyelesaian Perundingan AI Perjalanan, Perundingan Strategi dan Penyelidikan Pasaran yang Baharu

SIS International Research Inc.
2024-02-09 00:09 286

SIS International, firma Penyelidikan Pasaran dan Perundingan Strategi Global, melancarkan penyelesaian penyelidikan dan perundingan perjalanan yang baharu untuk membantu jenama perjalanan berkembang.

NEW YORK, 9 Februari 2024 /PRNewswire/ -- SIS International, firma penyelidikan pasaran dan perundingan strategi yang terkemuka, mengumumkan pengembangan perkhidmatan perundingan dalam sektor perjalanan, pelancongan dan hospitaliti. Syarikat itu berkata bahawa pengembangan perkhidmatan dan keupayaan itu dilaksanakan sebagai respons kepada pertumbuhan pesat industri perjalanan, pelancongan dan hospitaliti dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Sebagai respons kepada prospek yang memberangsangkan ini, SIS International mengembangkan sumber firma tersebut bertujuan menawarkan perkhidmatan perundingan AI dan perundingan strategi perniagaan yang menyeluruh kepada hotel, syarikat penerbangan dan tempat hospitaliti untuk meningkatkan hasil, mengoptimumkan proses, menerima pakai teknologi baharu dan mencapai objektif strategik masing-masing.

"Mengembangkan perkhidmatan penyelidikan dan perundingan strategi kami ke dalam perundingan perjalanan, pelancongan, hotel dan hospitaliti ialah perkembangan semula jadi untuk SIS International. Kami mempunyai lebih 40 tahun pengalaman berkhidmat kepada pemain industri utama seperti American Airlines, British Airways, Norwegian Cruise Line, Marriott dan Thomas Cook. Kami membantu jenama perjalanan menerima pakai teknologi baharu muncul seperti AI melalui penyelesaian penyelidikan, data, analisis dan perundingan strategi," kata Ruth Stanat, Ketua Pegawai Eksekutif SIS International.

SIS International menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan perundingan perjalanan global seperti perundingan penjenamaan semula hotel, penyelidikan pasaran kepuasan pelanggan, perundingan AI hotel, perundingan penawaran dan permintaan, ujian penilaian rasa makanan, perundingan jenama perjalanan, penyelidikan pasaran ekopelancongan, perundingan jenama hotel, perundingan pelancongan mampan, analisis pengoptimuman harga, perundingan peluang pasaran perjalanan, perundingan pemasaran destinasi, perundingan penjenamaan semula hotel mewah, analisis saiz pasaran perjalanan, perundingan Industri MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran) dan penyelesaian lain. Pengembangan perkhidmatan ini membantu syarikat perjalanan global utama memahami cara menerima pakai AI dan menyesuaikan diri dengan peralihan pasaran dengan cekap.

"SIS menawarkan rangkaian luas perkhidmatan yang disesuaikan dan dioptimumkan, daripada penjenamaan semula hotel dan perundingan strategi AI kepada perundingan sektor MICE yang berinovatif. Pendekatan dipacu data dan rangkaian penyelesaian kami secara unik disesuaikan untuk membantu pelanggan menemui peluang pertumbuhan baharu dalam sektor ini," Stanat menyatakan.

Maklumat Tentang SIS International

SIS International ialah firma penyelidikan pasaran dan perundingan strategi global yang menyediakan cerapan dan penyelesaian kepada perniagaan merentasi pelbagai industri. Dalam pengalaman 40 tahun kami, SIS telah mengendalikan projek perundingan di lebih 135 negara dan kami telah berkhidmat kepada beberapa syarikat dan organisasi terbesar dan paling berpengaruh di dunia, termasuk lebih 70% daripada Fortune 500.

Butiran Hubungan Media:

Ruth Stanat, CEO
research@sisinternational.com

Ruth Stanat, Founder and President of SIS International Research
Ruth Stanat, Founder and President of SIS International Research

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2336649/SIS_International_Research_Logo.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2336650/SIS_International_Research___CEO.jpg?p=medium600

Source: SIS International Research Inc.
Keywords: Computer/Electronics Hotels and Resorts Travel New products/services Data Analytics