omniture

Perfect World sekali lagi dipilih sebagai salah satu daripada 500 Jenama Paling Berpengaruh di Asia

Sektor budaya kreatif yang berkembang maju memperluas pengaruh jenama proprietari China
Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2014-09-18 10:11 187

BEIJING, 18 September 2014 /PRNewswire/ -- Pada 9 September, Majlis Jenama Asia ke-9, bertema "Budaya Berkembang Maju, Bidang Perniagaan Luas, Data Besar" dan dianjurkan bersama oleh Asia Brand Association, Asia Television Limited, Global Times (surat khabar yang dimiliki dan diuruskan oleh People's Daily), China Economic Herald (surat khabar yang dimiliki dan diuruskan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC)) telah berlangsung di Hong Kong. Perfect World Co., Ltd., firma eksport berteraskan teknologi dalam sektor kebudayaan, telah dipilih sebagai salah satu daripada 500 Jenama Paling Berpengaruh Asia dan pembangun permainan pertama setelah bertahun-tahun lamanya dianugerahkan sebagai salah satu daripada "10 Jenama Paling Berpengaruh di Asia". Hadiahnya ialah demonstrasi sebenar kejayaan Perfect World.

Perfect World is selected as one of Asia's 500 Most Influential Brands for a second year in a row and awarded the prize as one of the Top 10 Influential Brands in Asia
Perfect World is selected as one of Asia's 500 Most Influential Brands for a second year in a row and awarded the prize as one of the Top 10 Influential Brands in Asia

Syarikat yang dimasukkan dalam senarai pendek 500 Terbaik Asia dan pemenang pelbagai hadiahnya telah pun melalui penilaian mendalam oleh ahli jawatankuasa ABAS (Sistem Penilaian Jenama Asia) yang pakar dengan memberi tumpuan kepada empat bidang prestasi. Senarai tersebut telah menjadi amat berpengaruh bukan sahaja di rantau Asia Pasifik malahan juga di seluruh dunia dan dianggap sebagai "Senarai Terbaik" bagi jenama Asia. Penerimaan dua penghormatan oleh Perfect World adalah bukti yang tidak boleh disangkal lagi terhadap pengaruh yang kian berkembang bagi jenama proprietari China dalam pasaran dunia serta bukti yang menunjukkan tema "Budaya Berkembang Maju, Bidang Perniagaan Luas, Data Besar" ialah cerminan sebenar arah aliran yang sedang diusahakan oleh syarikat pada masa kini.

Sebagai pembangun permainan terbesar China daripada segi eksport, Perfect World mempunyai perancangan yang jelas dan nyata untuk pembangunan strategiknya: penyelidikan, pembangunan, pengendalian serta kerjasama pada peringkat global. Sebagai wakil bukan atipikal bagi industri budaya kreatif, Perfect World telah menunjukkan pemikiran terbuka secara konsisten dalam memacu pembentukan dan juga pembangunan industri berteraskan budaya yang global, terbuka, mampan serta berdaya maju.

Bidang tumpuan kedua tema itu, "Bidang Perniagaan Luas", ialah penanda aras bagi model pembangunan Perfect World. Perfect World telah memperluas jejaknya ke serata dunia dan telah berjaya mengeksport permainan proprietarinya ke lebih 100 negara dan wilayah. Pencipta permainan itu telah mewujudkan platform operasi global di seluruh dunia melalui beberapa syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya yang mengurus pelbagai perniagaannya di Amerika Utara, Eropah dan juga Asia. Permainan mereka juga telah dilesenkan kepada pengendali permainan terkemuka di beberapa negara dan wilayah bagi menyediakan kandungan hiburan premium berasaskan Internet yang lebih baik untuk para pengguna pada peringkat global.

Sebagai organisasi berteknologi tinggi yang berteraskan teknologi, prestasi Perfect World telah membuktikan syarikatnya adalah luar biasa daripada segi penggunaan data. Pencipta permainan itu telah dikhususkan untuk menerajui sektor permainan dalam penyatuan dengan pelbagai industri serta memanfaatkan inisiatif penyatuan sebagai keutamaan pembangunan utama memandangkan firma tersebut menyokong perniagaan hiburan berasaskan Internet generasi seterusnya. Xiao Hong, Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World, telah mengemukakan suatu cadangan semasa pertemuan dengan presiden College of Europe. Melalui cadangan itu, dikatakan sambil perniagaan permainannya dijalankan, Perfect World telah mengenal pasti kelakuan pemain permainan di setiap negara yang terlibat dengan operasinya adalah bergantung pada budaya negara itu, serta telah mengumpulkan sejumlah besar data yang dapat menjadi bahan sumber untuk penyelidikan isu silang budaya. Presiden College of Europe telah bersetuju dan menunjukkan minat yang mendalam untuk meneruskan konsep tersebut. Perfect World, yang amat menggalakkan penyelidikan dan pembangunan bebas sejak awal lagi, telah mula bekerjasama dengan beberapa pusat pengajian antarabangsa terkenal dalam sektor penjagaan kesihatan serta pendidikan pada tahun ini.

Budaya Berkembang Maju, Bidang Perniagaan Luas, Data Besar diperlukan untuk pemasaran dilakukan dalam era saling hubung ini, dan turut membuktikan dirinya sebagai sumber maklumat berterusan yang dapat membantu membina dan turut mengekalkan pengaruh sesuatu jenama.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140916/0861406653

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Awards