omniture

BBB Industries mengumumkan perubahan kepimpinan yang strategik

BBB Industries
2024-02-12 23:00 69

John Boyer Dilantik Sebagai Presiden bahagian Undercar
Maria Caballero Dinaikkan Pangkat kepada Presiden bahagian TERREPOWER

DAPHNE, Ala., 12 Februari 2024 /PRNewswire/ -- BBB Industries, LLC (BBB), pengilang mampan yang terkemuka bagi memenuhi keperluan pasaran automotif dan perindustrian, mengumumkan dua perubahan kepimpinan strategik pada hari ini.

BBB Industries
BBB Industries

John Boyer dilantik sebagai Presiden bahagian Undercar BBB. Boyer telah bersama dengan BBB sejak tahun 2015 dan berkhidmat dalam pelbagai peranan, terkini beliau memegang jawatan sebagai Presiden TERREPOWER, bahagian pengurusan sistem tenaga suria berinovatif dan kitaran hayat bateri EV BBB. Cerapan produk/pasaran dan pendekatan secara praktikal Boyer adalah paling sesuai untuk memimpin pasukan Undercar BBB. Boyer mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman memimpin perkilangan, pengedaran dan perniagaan runcit alat ganti automotif kepada tahap prestasi dan pertumbuhan yang lebih tinggi, termasuk lebih daripada 10 tahun bersama AutoZone.

Maria Caballero dilantik sebagai Presiden TERREPOWER, satu bahagian dalam BBB Industries. Caballero membawa bersamanya pengalaman lebih 30 tahun serta rekod kepimpinan dan pencapaian cemerlang ke jawatan ini. Sebelum menyertai BBB, Caballero mengetuai kumpulan servis Visteon Electronics OE; beliau juga pernah bekerja untuk bahagian komponen automotif Ford, apabila beliau memegang pelbagai peranan dalam Perkilangan, Perancangan Perniagaan dan Pengurusan Program. Gabungan unik kepakaran teknikal beliau, kecemerlangan pelaksanaan terperinci dan dedikasi kepada nilai teras syarikat menjadikan beliau sebagai eksekutif yang tepat untuk memimpin TERREPOWER melalui peringkat seterusnya dalam evolusi bahagian tersebut.

"BBB amat komited untuk melangkaui jangkaan pelanggan, rakan sekerja dan pelabur kami. Perubahan utama dalam pasukan kepimpinan kanan kami ini mencerminkan usaha berterusan untuk inovasi, pertumbuhan dan kecemerlangan daya saing kami," kata Duncan Gillis, Ketua Pegawai Eksekutif BBB.

Maklumat Tentang BBB Industries

BBB Industries, LLC ialah pengilang mampan yang terkemuka bagi memenuhi keperluan pasaran automotif, perindustrian dan tenaga boleh baharu. Bersama jejak dan operasi yang luas di seluruh Amerika Utara, BBB memasuki pasaran Eropah pada tahun 2020 dan kini, secara mampan mengilang dan membekalkan pelbagai jenis alat ganti pembaikan yang perlu di lebih daripada 90 negara. TERREPOWER ialah bahagian dalam BBB yang menservis kenderaan elektrik, storan tenaga dan pasaran tenaga suria di seluruh Amerika Utara dan Eropah. Diasaskan pada tahun 1987, BBB Industries, LLC ialah syarikat persendirian dengan pusat korporat terletak di Mobile raya, Alabama dan Dallas, Texas. Sila lihat www.bbbind.com untuk maklumat lanjut.

Maklumat Tentang TERREPOWER

TERREPOWER ialah peneraju industri dan inovator dalam perkilangan komponen mampan yang memacu tenaga bersih dan mobiliti masa depan kami. Daripada mengitar tinggi dan menambah baik jangka hayat panjang serta prestasi bateri EV dan komponen lain kepada membaharui dan mengitar semula sistem tenaga suria untuk memacu ekonomi kitaran, misi TERREPOWER ialah memberikan kehidupan baharu kepada komponen dan bahan kritikal untuk mengurangkan kos, mengurangkan pembaziran, menggunakan semula sumber dan melindungi alam sekitar. Ditubuhkan pada tahun 2009, Ontility ialah jenama TERREPOWER bagi penyelesaian kitaran hayat tenaga suria dan sistem storan tenaga yang menyeluruh. TERREPOWER ialah satu bahagian dalam BBB Industries. Pergi ke www.bbbind.com/terrepower untuk maklumat lanjut.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2337976/BBB_Logo_CMYK_2018.jpg?p=medium600

Source: BBB Industries
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Transportation Utilities Personnel announcements