MANILA, Filipina, 15 Februari 2024 /PRNewswire/ -- CGI (NYSE: GIB) (TSX: GIB.A) baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menerima perakuan Great Place to Work™ di Filipina untuk tahun ketiga berturut-turut. Perakuan ini mengiktiraf komitmen CGI untuk membina tempat kerja yang berpandukan budaya pemilikan, memupuk persekitaran kerja yang inklusif dan inovatif untuk semua.
Pengiktirafan ini adalah berdasarkan maklum balas kolektif dan tanpa nama yang dikumpulkan daripada perunding dan profesional CGI. Melalui model penilaian Great Place to Work™ yang menilai budaya dan amalan penglibatan organisasi berdasarkan Trust Index™ dan Culture Audit™, para profesional CGI dapat berkongsi maklum balas mereka berkenaan lima dimensi utama: Kredibiliti, Hormat, Adil, Kebanggaan dan Keakraban.
Rakesh Aerath, Presiden, Pusat Keunggulan Penghantaran Global Asia Pasifik berkongsi, "Kejayaan ini merupakan bukti kesetiaan dan kecemerlangan pasukan kami yang luar biasa. Bersama-sama, kami telah membina budaya tempat kerja yang menghargai kerjasama, inovasi dan kesejahteraan setiap ahli pasukan. Kami bangga menjadi sebahagian daripada sebuah syarikat di mana semangat bertemu dengan matlamat, dan setiap individu menyumbang kepada kejayaan kolektif kami."
Pada tahun 2023, CGI juga menduduki tempat di antara 8 Tempat Kerja Terbaik di Filipina untuk kategori syarikat besar. "Pengiktirafan yang konsisten yang CGI terima sepanjang tahun, menegaskan kembali komitmen kami untuk mewujudkan persekitaran di mana kami dengan senang hati bekerja bersama dan menyumbang kepada pembinaan sebuah syarikat yang kita banggakan," kata Jill De Jesus, Naib Presiden Utama dan Pemimpin Unit Perniagaan, Pusat Penghantaran Global Filipina. Beliau menambah, "Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan dedikasi yang kukuh daripada para profesional kami untuk memupuk budaya kerja yang inklusif, positif dan inovatif."
Tentang Institut Great Place to Work™
Great Place to Work ialah pihak berkuasa global dalam budaya tempat kerja. Institut ini berkhidmat untuk perniagaan, pertubuhan bukan untung dan agensi kerajaan di lebih daripada 60 buah negara dan telah melakukan penyelidikan perintis tentang ciri-ciri tempat kerja yang hebat selama lebih tiga dekad. Di Filipina, institut ini bekerjasama dengan lebih daripada 1,000 buah organisasi untuk membantu mereka membina High-Trust, High-Performance Cultures™ yang direka untuk memberikan hasil perniagaan yang berterusan. Ratusan CEO adalah sebahagian daripada komuniti tempat hebat, komited kepada visi untuk membina dunia yang lebih baik dengan membantu organisasi menjadi Great Places to Work for All™ – termasuk setiap warga Filipina.
Tentang CGI
Ditubuhkan pada tahun 1976, CGI merupakan antara syarikat perkhidmatan IT dan perundingan perniagaan yang bebas terbesar di dunia. Dengan seramai 90,500 perunding dan profesional di seluruh dunia, CGI menyampaikan portfolio kemampuan dari hujung ke hujung, dari perundingan IT dan perniagaan strategik hingga kepada integrasi sistem, perkhidmatan IT dan proses perniagaan yang dikendalikan, serta penyelesaian harta intelek. CGI bekerjasama dengan pelanggan melalui model hubungan tempatan yang dilengkapi oleh rangkaian penghantaran global yang membantu pelanggan untuk melakukan transformasi digital dalam organisasi mereka dan mempercepatkan hasil. Pendapatan yang dilaporkan oleh CGI pada Tahun Kewangan 2023 ialah C$14.30 bilion dan saham CGI disenaraikan di Bursa Saham Toronto (TSX) dengan kod (GIB.A) dan Bursa Saham New York (NYSE) dengan kod (GIB). Ketahui lebih lanjut di cgi.com.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2339681/CGI_GPTW_Philippines.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2043083/4439187/CGI_Logo.jpg?p=medium600