omniture

Infinitus Terokai CSR Strategik

LKK Health Products Group
2014-09-19 03:16 80

HONG KONG, 19 September 2014 /PRNewswire/ -- Pada 11 September, Seminar Sidang Kemuncak untuk "Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Cemerlang" Empat-Rantau Rentas-Selat ke-4 telah dianjurkan oleh The Mirror di Hong Kong.

Bertemakan "CSR Strategik" dan "Rantaian Keuntungan Mampan", seminar tersebut telah menarik hampir 100 pakar dan sarjana dalam bidang CSR selain beberapa wakil daripada perusahaan HK terkenal, termasuk En. Antony Leung Kam Chung, mantan Setiausaha Kewangan Hong Kong SAR dan kini Ketua Pegawai Eksekutif Nan Fung Development Company Ltd. En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group (LKKHPG), telah dijemput untuk menyampaikan ceramah.

"CSR Strategik" mencadangkan agar sesebuah syarikat perlu menjadikan CSR sebagai komponen dalam strategi pembangunan keseluruhan. Kemudian ia dapat menjana keuntungan secara konsisten, menaikkan imej korporat, meningkatkan kepaduan korporat dan turut memperluas perniagaan. Akhirnya, kitaran lebih baik antara syarikat dan pelaksanaan CSR dapat diwujudkan.

Naib Presiden Kanan LKKHPG En. Harry Yeung berkongsi pemikiran dan amalan oleh LKKHPG berkaitan CSR strategik melalui ceramah beliau. Beliau telah menjelaskan bagaimana sesebuah syarikat boleh memanfaatkan kekuatan tersendirinya sebaik mungkin bagi menggalakkan falsafah kesihatan dalam kalangan pekerja, pelanggan serta orang ramai, memenuhi tanggungjawab terhadap kesihatan, dan mewujudkan nilai sosial secara maksimum, yang terkandung dalam inti pati CSR strategik.

En. Yeung telah menjelaskan, "Jika sesebuah syarikat dapat memanfaatkan sumber dan kekuatan tersendirinya untuk menangani isu sosial yang kritikal, ini bukan sahaja dapat menggalakkan masyarakat untuk maju dengan kos yang lebih rendah, malahan turut membantu mengenal pasti nilai syarikat. Sebagai peneraju dalam industri kesihatan, Infinitus menjalankan tanggungjawab untuk kesihatan sebagai titik kejayaan untuk berhubung dengan masyarakat, dan dikhususkan untuk mewujudkan kehidupan yang lebih sihat untuk pihak berkepentingannya."

Dengan "Infinitus" sebagai jenama utama, LKKHPG mempunyai empat ahli, yakni Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., serta Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd.

Sejak ditubuhkan, Infinitus telah menganggap CSR sebagai suatu kemestian. Komitmen dan inovasinya dalam bidang CSR pula menjadikannya layak diiktiraf dengan "Anugerah CSR Cemerlang" selama tiga tahun sejak tahun 2012. Dengan kekuatan tersendirinya, LKKHPG menetapkan kesihatan sebagai aspek utama untuk memenuhi CSR berserta lima aspek lain, yakni, kualiti, pekerja, rakan kongsi, persekitaran dan juga komuniti. Bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan, ia berusaha untuk menyediakan produk kesihatan herba Cina berkualiti tinggi dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam mewujudkan kehidupan lebih sihat menerusi keseimbangan, kemewahan serta keharmonian.

http://www.infinitus-int.com/news-detaile-141093849315250.html?l=en

Hubungi:

Samson Su
+86-20-3816-8859
samson.su@infinitus-int.com

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Health Care/Hospital Corporate Social Responsibility