omniture

Kira Detik: Pameran Runcit Terbesar Asia CHINASHOP 2024 bakal diadakan di Shanghai pada 13-15 Mac

CHINASHOP
2024-02-22 10:15 31

SHANGHAI, 22 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Kurang sebulan lagi, CHINASHOP, pameran runcit terbesar Asia dan Tiga Terbaik terbesar dunia, akan diadakan pada 13-15 Mac di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai. Pameran ini meliputi kawasan seluas 100,000 meter persegi, dengan lebih daripada 800 pempamer dan dijangka menarik minat lebih daripada 65,000 pengunjung dari seluruh dunia.


CHINASHOP terkenal dengan teknologi dan peralatan runcit. Peserta pameran memenuhi lebih daripada 80% kawasan pameran, manakala selebihnya merupakan komoditi. CHINASHOP 2024 akan terus mempamerkan hasil penyelidikan dan amalan terkini daripada teknologi dan kemudahan serta peralatan runcit.


Produk pameran teknologi pada tahun ini akan memfokuskan terutamanya kepada pengurangan dan kecekapan kos, mengoptimumkan pengalaman pelanggan, lebih berkesan kos dan lebih banyak senario melalui aplikasi AI, VR\AR, robotik dan data raya. Kemudahan dan produk peralatan akan lebih memfokuskan kepada penjimatan tenaga dan pengurangan karbon, spesifikasi dan pelbagai fungsi serta kecerdasan.


CHINASHOP 2024 akan meluaskan lagi segmen barangan dan mengundang kumpulan-kumpulan daripada barangan istimewa tempatan Cina, barangan penting global, barangan import dari Jepun, Korea Selatan berdasarkan kepada barangan asli yang sesuai untuk pasar raya dan jenama persendirian, memenuhi keperluan pembelian format baharu melibatkan kedai keahlian popular, butik, kedai diskaun dan pasar raya lain.

Hi-shop turut menjadi sorotan pada tahun ini, dengan tema "Kehidupan Sihat", membawakan format runcit berbilang dimensi dan rentas sempadan yang baharu daripada penggabungan semula dan pameran barangan.

Sidang Kemuncak Inovasi Pemasaran Saluran Barangan Pengguna 2024 akan turut diadakan di Shanghai, bersebelahan dengan pameran pada 11-12 Mac, dengan tema "Menjadikan Penggunaan Berlaku Lebih Baik". Forum ini akan menghimpunkan peruncit, jenama dan platform untuk membongkar perubahan pengguna dan pilihan mereka bagi saluran runcit, meninjau bagaimana peruncit dan pembekal dapat berkolaborasi dalam era baharu demi memperhalusi operasi mereka dan meraih kejayaan tambahan.

Pameran ini akan tetap menyediakan Pentas Inovasi Dark Horse*Retail X-LAB dan Trendy VOGUE.

Pendaftaran dalam talian dibuka hingga 12 Mac dan hanya untuk golongan profesional (pasukan atau individu). Pendaftaran adalah percuma dan orang ramai boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web pameran rasmi en.chinashop.cc.

CHINASHOP bermula pada tahun 1999, dianjurkan oleh China Chain-Store & Franchise Association (CCFA) dan telahpun diadakan sebanyak 23 kali setakat ini, memfokuskan untuk mempamerkan peralatan runcit, teknologi dan penyelesaian barangan serta merupakan platform pembekalan runcit, perolehan dan pertukaran China yang terkemuka.

Source: CHINASHOP
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news