omniture

Loji PV 120MW menggunakan Vanguard 2P TrinaTracker di gurun Gobi disambungkan ke grid

TrinaTracker
2024-02-23 02:42 77

DUNHUANG, China, 23 Februari 2024 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, penyedia penyelesaian pintar yang merupakan sebahagian daripada Trina Solar, menyambungkan loji penjanaan kuasa PV 120MW di Dunhuang, wilayah Gansu, utara China ke grid.

Projek ini, dibangunkan dan dibina oleh Longyuan (Dunhuang) New Energy Development Co Ltd dan dilaksanakan oleh POWERCHINA Ningxia Engineering Co Ltd, bergantung sepenuhnya kepada penjejak solar yang dibekalkan oleh TrinaTracker di Lembangan Andun, gurun Gobi, yang terkenal dengan sinaran solarnya yang sangat kuat. Loji ini, meliputi keluasan hampir 2.4 kilometer persegi, dijangka menjana 290 GWj tenaga elektrik setahun, memberi manfaat besar kepada wilayah ini dari segi ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Projek ini menggunakan produk Vanguard 2P TrinaTracker, yang mempunyai konfigurasi struktur yang dapat mengurangkan kos BOS dengan signifikan. Vanguard 2P menjadi produk khas TrinaTracker sejak ia diperkenalkan dalam tahun 2021. Penyelidikan dan pembangunan berterusan terhadap modul dan penjejak oleh TrinaTracker memastikan pemasangan optimum modul 700W+ berkuasa ultra-tinggi bagi memaksimumkan kecekapan penjanaan kuasa dalam stesen janakuasa baharu.

Kerja-kerja projek ini bermula dalam bulan Oktober dan telahpun siap menjelang Disember 2023 dan disambungkan ke grid dalam Januari 2024. Jurutera projek Trina Solar, Chen Yujia berkata: "TrinaTracker melaksanakan sistem pengurusan kualiti kitar hayat penuh bagi menjamin pengurusan yang berkualiti tinggi dalam seluruh proses produk. Kami mengumpulkan sebuah pasukan ahli profesional terbaik dan mengambil manfaat daripada kolaborasi dan pengurusan rantaian bekalan untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan segera dan menjamin penghantaran yang tepat pada masanya. Ini sekali lagi menekankan betapa pantas TrinaTracker berfungsi, sesuatu yang dipuji oleh pelanggan."

Wang Jianfeng, ketua projek Longyuan (Dunhuang) New Energy Development Co Ltd, berkata: "Penjejak Vanguard 2P TrinaTracker menawarkan perolehan tenaga dan keandalan yang tinggi, mengurangkan LCOE dengan berkesan dalam jangka masa panjang. Melalui usaha kami bersama TrinaTracker, pasukan pencapaian projeknya memberi tindak balas pantas dan sistem rantaian bekalan pintarnya memenuhi keperluan bagi penjayaan pantas. Kami berharap dapat bekerjasama lagi dengan TrinaTracker."

Teknologi PV hijau memperkasa masa depan. TrinaTracker akan terus membantu mengoptimumkan campuran tenaga dan memberi sumbangan yang lebih besar demi mencapai matlamat dwikarbon China.

 

Source: TrinaTracker
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities