omniture

Hello Markets Sepadukan Hello Binary

Hello Markets
2014-09-22 02:12 139

LIMASSOL, Cyprus, 22 September 2014 /PRNewswire/ --

Hello Markets sedang memperluas ke dalam pasaran kewangan peringkat global dengan pelancaran produk baharu.

Hello Binary menukar namanya, agar dikenali sebagai Hello Markets. Peneraju dalam penyelesaian perisian label putih pilihan binari sedang memperluas perniagaannya menerusi pembangunan produk dagangan dalam talian baharu, pemerolehan teknologi baharu dan juga satu pelancaran peringkat antarabangsa. 

Apakah Hello Markets?

Perluasan antarabangsa Hello Binary telah mendorong syarikat itu untuk membuka cawangan di Cyprus dan Hong Kong, selain membangunkan penyelesaian kewangan dikawal penuh baharu, Hello Markets. Perubahan strategik ini adalah hasil langsung daripada pelbagai pemerolehan oleh syarikat itu sejak enam bulan lalu sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya. "Kami telah mengambil alih satu perniagaan teknologi, satu syarikat dikawal selia, satu penggerak pasaran, dan satu persatuan broker logam di Asia," umum Wassim Khateeb, Pengarah cawangan Hello Markets di Cyprus.

Produk baharu Hello Markets boleh didapati sepanjang tahun 2015. Ia terdiri daripada satu rangkaian tujuh produk baharu yang disepadukan ke dalam satu stesen perdagangan tunggal. Sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk meningkatkan capaian ke dalam pasaran dagangan dalam talian sedunia, Hello Markets telah menyerap Hello Binary untuk membangunkan pelbagai jenis produk termasuk tukaran asing, pilihan binari, terbitan meta, kalendar kewangan, bot isyarat dan perdagangan sosial. Pilihan binari dan terbitan meta sudah boleh didapati secara dalam talian.

Hello Markets, sebelum ini dikenali sebagai Hello Binary

Sejak tahun 2010, Hello Binary telah menggemparkan dunia penyelesaian perisian melalui teknologi platform dagangan pilihan binari dalam taliannya. Teknologi baharu yang mengujakan ini telah melonjak naik dengan pertumbuhan tahunan lebih 450% dan 110 platform aktif di seluruh pasaran Eropah, China dan Rusia. Popularitinya yang terus meningkat dan capaian antarabangsanya juga turut menarik perhatian pemain utama dalam pembentukan pasaran kewangan. Hasilnya, Hello Markets melancarkan satu naik taraf yang belum pernah dilakukan sebelum ini termasuklah antara muka pengurusan masa nyata yang merangkumi kesemua produk serta perkhidmatan kewangan, mengoptimumkan kawalan pengguna dan menggalakkan prestasi.

Pakej sedia guna yang lengkap ini akan membentuk kejayaan broker masa hadapan dengan kelenturannya dan juga perkhidmatan pemantauan disuai khusus. Hello Markets juga komited terhadap tempoh pendahuluan pelaksanaan platform dalam talian selama 3 minggu, sedia untuk didagangkan, dan satu sistem perkongsian eksklusif.

Inovasi teknologi ini, yang terdiri daripada modul yang direka dengan baik dan mesra pengguna, menyediakan ahli profesional kewangan dalam talian dengan paparan penuh 360 darjah bagi aktiviti perdagangan mereka dengan menggunakan platform Label Putih Hello Markets.

Hubungan media: Sarah Tauber
Skype: sarah.hellomarkets
Sarah@hello-markets.com 
+44-(0)20-3608-6611

SUMBER  Hello Markets

Source: Hello Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology New products/services