omniture

SIDANG KEMUNCAK PELABUR MIAMI BERMULA HARI INI DENGAN PEMIMPIN DUNIA MEMBINCANGKAN CABARAN TERBESAR UMAT MANUSIA

Future Investment Initiative Institute
2024-02-24 20:45 79

MIAMI, 24 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Tokoh-tokoh utama daripada bidang kewangan, kerajaan, perniagaan, teknologi dan inovasi berkumpul untuk membincangkan pelbagai isu ekonomi dan dasar awam yang mendesak di sidang kemuncak FII PRIORITY Miami, sebuah persidangan pelabur global utama yang diadakan hari ini dan esok di Forum Faena, Miami.

 

MIAMI INVESTOR SUMMIT KICKS OFF TODAY WITH GLOBAL LEADERS DISCUSSING HUMANITY'S BIGGEST CHALLENGES
MIAMI INVESTOR SUMMIT KICKS OFF TODAY WITH GLOBAL LEADERS DISCUSSING HUMANITY'S BIGGEST CHALLENGES

 

Sidang kemuncak ini menghimpunkan para pelabur dari seluruh dunia yang berkumpul dengan CEO korporat global utama dan pakar dasar untuk mencari penyelesaian yang berkesan dan praktikal terhadap isu-isu seperti pengawalseliaan kecerdasan buatan (AI) Tema tahun ini, 'Di Ambang Perbatasan yang Baru (On the Edge of a New Frontier),' mencerminkan perubahan mendalam yang sedang dialami dunia ketika teknologi mengubah masyarakat dan ekonomi.

Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute, berkata, "Perbincangan hari ini mencerminkan rasa mendesak ketika dunia bergelut dengan langkah apa yang perlu diambil berhubung AI, ketidakpastian politik, dan perubahan dalam bentuk ekonomi global. Dan kami membawa perbincangan ini ke Miami, Amerika yang baharu, supaya kami dapat merangka hala tuju yang teguh ke arah masa depan yang makmur, lengkap dengan pandangan dan pengetahuan yang kami perlukan, memanfaatkan kuasa kerja dan pemikiran kolektif."

Dalam perbincangan pembukaannya, Tuan Yang Terutama, Yasir Al-Rumayyan, Gabenor Dana Pelaburan Awam dan Pengerusi Institut Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII), menekankan peranan kecerdasan buatan (AI) dan sumbangan utamanya kepada ekonomi masa depan, dengan berkata "AI datang dengan cara besar! Impaknya akan sangat positif sebaik sahaja kita mempunyai peraturan untuk memantau, mengawal dan mendayakan teknologi ini. Kecerdasan buatan boleh meningkatkan KDNK global sebanyak 14%."

Michael Dell, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Dell Technologies, membincangkan isu pengawalseliaan kecerdasan buatan (AI), dan cara CEO boleh berinovasi melalui tempoh ketidakstabilan ekstrem dan beralih ke arah tren masa depan, dengan menambah, "peraturan akan menghadapi  kesukaran untuk menandingi kadar perubahan teknologi yang pesat dan mungkin ketinggalan zaman dalam masa setahun. Kita perlu memastikan bahawa teknologi baharu muncul mencerminkan kemanusiaan dan sistem nilai dan kepercayaan kita."

Perbincangan meja bulat yang sangat dinantikan dalam persidangan ini, yang diberi nama "Lembaga Pembuat Perubahan," yang terdiri daripada para CEO global, membincangkan tren dan prospek ekonomi." Turut serta dalam perbincangan meja bulat tahun ini ialah Pamela Liebman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Corcoran; Pierre Beaudion, Pengerusi Lembaga Bombardier Inc; Jenny Johnson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Franklin Templeton; Marcello Claure, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Claure; dan Stephen A. Schwarzman, Pengasas Bersama, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Blackstone. Sesi ini menekankan kesan digitalisasi, terutamanya rantai blok dan kecerdasan buatan, terhadap pelaburan masa depan, menyokong peraturan dan penggunaan etika. Ahli-ahli lembaga juga menekankan peranan besar kecerdasan buatan dalam meningkatkan kecekapan dan cara kecerdasan buatan dapat dimanfaatkan untuk menyelesaikan isu perubahan iklim.

Mike Pompeo, Setiausaha Negara ke-70 Amerika Syarikat dan Pengerusi Eksekutif Impact Investments, membincangkan akibat ekonomi konflik, dengan berkata, "'dalam bidang ekonomi, kaitan antara perkara-perkara yang berlaku secara geopolitik kini semakin rapat dengan pemikiran tentang pelaburan dan aliran modal. Sukar untuk memisahkan risiko geopolitik daripada peruntukan modal."

Sesi sidang sulit diadakan untuk peserta-peserta senior yang terpilih untuk menyelami kebimbangan yang berkaitan dengan sektor masing-masing dengan penuh ketelusan.Sebagai contoh, sidang sulit tentang kecerdasan buatan mengumpulkan ramai tokoh terkemuka yang terlibat dalam pembangunan teknologi, tadbir urus kecerdasan buatan, pelaburan teknologi dan pengawalseliaan, dengan beberapa inisiatif global mengenai pengawalseliaan kecerdasan buatan dibentangkan

Sebuah ucapan istimewa oleh bekas Setiausaha Kewangan Dr. Lawrence H. Summers, Profesor Universiti Charles W. Eliot & Presiden Emeritus di Universiti Harvard, serta ahli lembaga di OpenAI, mengetengahkan konteks ekonomi dan politik, termasuk prospek pendaratan ekonomi yang lembut atau keras, dan hasil yang mungkin daripada pilihan raya Amerika Syarikat. Dr. Summers turut diiringi oleh Eric Schmidt, salah seorang pengasas Schmidt Futures, yang menyatakan bahawa AI mungkin akan menggandakan produktiviti setiap orang, menekankan kepentingan pengawalseliaan AI. Beliau menambah, "ada persoalan tentang apa yang berlaku apabila komputer mula membuat keputusan."

Rakan Pengasas Institut FII ialah Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, yang bersama-sama dengan Rakan Visi, Kementerian Pelaburan Arab Saudi, dan 26 rakan strategik antarabangsa turut terlibat secara aktif dalam kerja berterusan institut ini. Institut FII menyambut dua rakan strategik baharu dalam persidangan ini: ACWA Power dan Franklin Templeton. Penceramah daripada rakan strategik seperti Franklin Templeton, GFH, HSBC,  NEOM, ROSHN, Sanabil, Softbank dan State Street berkongsi perkembangan terkini tentang projek antarabangsa mereka yang berkaitan dengan tema-tema persidangan.

Nota kepada Editor
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Telefon: +966 53 978 2030
E-mel: Media@fii-institute.org

Institut Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII) Ialah sebuah yayasan bukan keuntungan global yang dipacu oleh data dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Kesan terhadap Kemanusiaan. Global dan inklusif, kami memupuk minda yang hebat dari seluruh dunia dan mengubah idea menjadi penyelesaian dunia sebenar dalam empat bidang kritikal: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kemampanan.

Sidang kemuncak FII PRIORITY Miami meneruskan perbincangan yang diadakan di Hong Kong dan Riyadh pada Musim Luruh 2023. Perbincangan ini adalah sebahagian daripada program global sidang kemuncak yang berterusan sepanjang tahun, dengan persidangan yang akan datang di Rio de Janeiro pada bulan Jun dan Asia pada penghujung tahun kelak.

Foto- https://mma.prnasia.com/media2/2346202/FIII_MIAMI_INVESTOR_SUMMIT.jpg?p=medium600
Logo  - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/4558144/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Future Investment Initiative Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Trade show news Artificial Intelligence