omniture

Neomorph Mengumumkan Kerjasama Pelbagai Sasaran dengan Novo Nordisk untuk Penemuan Pengurai Perekat Molekul Novell bagi Penyakit Kardiometabolik dan Langka

Neomorph
2024-02-27 01:06 26
  • Kerjasama ini memanfaatkan platform penemuan perekat molekul terkemuka Neomorph dan kepakaran yang meluas Novo Nordisk dalam bidang penyakit kardiometabolik dan langka 
  • Nilai keseluruhan potensi perjanjian ini ialah sebanyak $1.46 bilion yang melibatkan pelbagai sasaran.

SAN DIEGO, 27 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Neomorph, Inc. pada hari ini telah mengumumkan bahawa organisasi ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dan lesen dengan syarikat penjagaan kesihatan global Novo Nordisk untuk menemui, membangunkan dan memasarkan pengurai perekat molekul. Neomorph merupakan sebuah syarikat bioteknologi yang menyelesaikan masalah kritikal dalam kesihatan manusia melalui penemuan terapeutik baharu untuk sasaran yang 'tidak boleh dirawat', telah ditubuhkan pada tahun 2020 dan dibiayai oleh Deerfield Management Company.

"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Novo Nordisk, syarikat ini ialah sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang bertaraf dunia dalam penyakit diabetes, obesiti dan gangguan darah yang langka," kata Phil Chamberlain, DPhil, Pengasas Bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Neomorph. "Gabungan platform penemuan perekat milik Neomorph dengan pengalaman luas Novo Nordisk dalam penyakit kardiometabolik dan langka, akan menjadikan kami dalam kedudukan yang baik untuk mengembangkan rawatan transformasi dalam bidang ini. Kerjasama ini akan membolehkan pengembangan platform kami ke dalam bidang terapeutik yang baharu, justeru melengkapi usaha berterusan kami dalam onkologi."

Di bawah syarat-syarat perjanjian tersebut, Neomorph akan menerima bayaran pendahuluan dan capaian jangka dekat, serta pembiayaan unutk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Neomorph juga layak menerima bayaran capaian klinikal, komersial dan penjualan pada masa depan, yang membawa nilai keseluruhan potensi perjanjian untuk pelbagai sasaran kepada $1.46 bilion, serta royalti berperingkat. Neomorph akan mengetuai aktiviti penemuan dan praklinikal terhadap sasaran yang terpilih, dalam hal ini Novo Nordisk berhak untuk mengejar secara eksklusif pembangunan klinikal lanjut dan pemasaran kompaun tersebut.

"Novo Nordisk sedang memperluaskan usaha penemuan ubatnya dan menggunakan pelbagai platform teknologi baharu dengan tujuan untuk menemui dan membangunkan penyelesaian rawatan baharu bagi individu yang menghidap penyakit kronik yang serius. Kami berbesar hati untuk menyertai kerjasama penyelidikan ini dan tidak sabar untuk memulakan kerja saintifik pada kelas novel pengurai perekat molekul yang dipelopori oleh Neomorph," kata Brian Vandahl, Naib Presiden Kanan Teknologi Penyelidikan Global di Novo Nordisk.

Tentang Neomorph 
Neomorph ialah sebuah syarikat bioteknologi yang menyelesaikan masalah-masalah kritikal dalam kesihatan manusia melalui penemuan dan pembangunan ubat-ubatan inovatif baharu bagi sasaran-sasaran yang 'tidak boleh dirawat'. Neomorph telah ditubuhkan pada tahun 2020 dan dibiayai oleh Deerfield Management Company.

Pasukan Neomorph terdiri daripada pakar-pakar terkemuka dalam penguraian protein dan perekat molekul yang mempunyai rekod prestasi penemuan yang cemerlang dalam bidang ini. Pasukan di Neomorph komited untuk memimpin dalam memajukan sains dan teknologi penemuan dadah perekat molekul, sambil menjalankan siri projek melalui pembangunan klinikal.

Neomorph beribu pejabat di San Diego, California. Untuk maklumat selanjutnya, layari www.neomorph.com dan ikuti kami di LinkedIn.

Butiran Hubungan  
Hubungan Pelabur: inquiries@neomorph.com 
Hubungan Media: media@neomorph.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2341384/Neomorph_Logo.jpg?p=medium600

Source: Neomorph
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements Venture Capital