omniture

Huawei Majukan Kecerdasan apabila Pengendali Sambut Tahun Pertama 5.5G Komersial

Huawei
2024-02-27 22:33 65

BARCELONA, Sepanyol, 27 Sepanyol 2024 /PRNewswire/ -- Semasa MWC Barcelona 2024, Huawei menjadi tuan rumah kepada beberapa pengendali global, rakan kongsi industri dan pemimpin pendapat bagi perbincangan mengenai sinergi rangkaian-awan-kecerdasan masa depan di pameran "Advance Intelligence". Syarikat ini bermatlamat untuk menggalakkan transformasi digital pintar merentas industri-industri, membina ekosistem industri yang berkembang maju, mempercepatkan kitaran perniagaan positif 5G dan bersiap sedia untuk era 5.5G yang akan datang.

Reruai Huawei di Dewan 1 telahpun direka bentuk untuk membayangkan bagaimana rupa dunia digital pintar dengan ketersambungan pintar semua benda. Infrastruktur digital dalam dunia pintar masa depan ini akan disepadukan secara mendalam ke dalam setiap aspek kehidupan, industri dan masyarakat kita. Senario perniagaan baharu untuk orang ramai, kediaman, perniagaan dan kenderaan ini akan meningkatkan keperluan yang lebih tinggi untuk keupayaan rangkaian. Huawei mempamerkan rangkaian penuh produk dan penyelesaian 5.5G, F5.5G dan Net5.5G untuk pelbagai senario di MWC Barcelona 2024. Ia komited untuk bekerjasama dengan pengendali global dan rakan kongsi industri bagi menerima cabaran dan peluang serta memimpin dunia pintar masa depan.

Huawei booth at MWC Barcelona 2024
Huawei booth at MWC Barcelona 2024

Menjelang akhir tahun 2023, lebih daripada 300 rangkaian komersial 5G dilancarkan di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 1.6 bilion pengguna. Pembangunan 5G kini berjalan dengan baik, dengan kadar pertumbuhan pengguna 5G global mencapai tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding pengguna 4G dalam tempoh yang sama. Pengendali yang menggunakan penyelesaian Huawei memberikan penarafan No. 1 berhubung pengalaman rangkaian semasa ujian 2023 oleh organisasi terkemuka di bandar-bandar penting di Jerman, Austria dan Belanda. Huawei juga berkolaborasi dengan pengendali dan rakan kongsi industri yang terkemuka di dunia untuk mencari penyelesaian inovatif bagi memenuhi keperluan lebih tinggi aplikasi dan senario 5.5G baharu. Mereka bersama-sama mendorong pengesahan teknologi 5.5G dan penggunaan rangkaian, mengembangkan pasaran 5.5G yang mula tumbuh.

Huawei telahpun membantu pengendali memulakan pengesahan dan pengujian komersial 5.5G di lebih daripada 20 bandar serata dunia. Timur Tengah telah membentuk konsensus umum mengenai pembangunan 5.5G, dengan kesemua anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) telahpun menyelesaikan pengesahan kadar 10 Gbps 5.5G dan inkubasi perkhidmatan baharu seperti RedCap dan IoT pasif.

Tiga pengendali utama di tanah besar China kesemuanya telah memulakan penggunaan rangkaian 5.5G di bandar-bandar utama, bagi meninjau perkhidmatan untuk orang ramai, benda, kenderaan, industri dan kediaman terhubung. Di Hong Kong, pengendali juga telah menyelesaikan pengujian dan pengesahan kadar 10 Gbps 5.5G dalam jalur-C dan mmWave serta memulakan penyediaan perkhidmatan 5.5G FWA.

Di Eropah, pengendali Finland telah memuktamadkan pengesahan teknologi 5.5G pada rangkaian komersial, mencapai kadar puncak lebih tinggi daripada 10 Gbps dan mengesahkan teknologi IoT pasif. Di Jerman, pengendali yang beroperasi pada jalur 6 GHz turut mencapai kadar puncak 12 Gbps menggunakan teknik-teknik berbilang-pengangkut.

Huawei akan turut melancarkan model asas telekomunikasi pertama industri di MWC. Model asas ini akan menawarkan aplikasi pintar berasaskan peranan dan berasaskan senario untuk menyokong permintaan industri bagi penyediaan perkhidmatan tangkas, jaminan pengalaman pengguna yang tepat dan O&M kecekapan merentas domain. Ia juga akan membantu pengendali memperkasa pekerja dan meningkatkan kepuasan pengguna bagi meningkatkan produktiviti rangkaian secara komprehensif.

5.5G dijangka menyaksikan pelancaran komersial dalam tahun 2024 dan Huawei mengesahkan sekali lagi komitmennya untuk bekerjasama dengan pengendali di seluruh dunia bagi meneroka evolusi 5.5G. Syarikat ini bermatlamat untuk membantu membina rangkaian merata yang cekap, kolaboratif, hijau, stabil dan pintar agar pengendali dapat menyampaikan pengalaman premium. Kolaborasi industri sedemikian akan membawa transformasi digital pintar ke peringkat yang lebih mendalam dan membawa kita menuju dunia pintar dengan lebih pantas.

Perniagaan perusahaan Huawei akan mendedahkan penyelesaian digital pintar baharu untuk 10 industri dan siri produk unggulan di bawah tema "Infrastruktur Terkemuka bagi Mempercepatkan Kecerdasan Industri". Syarikat ini bersungguh-sungguh untuk berganding bahu dengan pelanggan dan rakan kongsinya di dunia bagi meneroka inovasi dan amalan dalam transformasi digital pintar. Huawei komited untuk menjadi rakan kongsi yang paling andal untuk transformasi digital pintar merentas industri-industri.

Perniagaan peranti Huawei akan mempamerkan barisan produk unggulan yang canggih, berfesyen terkini dan berpandukan teknologi di acara ini. Reruai mereka dibahagikan kepada zon pengalaman berasaskan senario termasuk "Fesyen Ke Hadapan" ("Fashion Forward"), "Penciptaan Keindahan" ("Creation of Beauty") dan "Kecergasan & Kesihatan" ("Fitness & Health") yang akan memfokuskan kepada bagaimana penyelesaian Huawei menyemai kehidupan harian dengan teknologi baharu dan memperkayakan pengalaman berasaskan senario. Di samping terus melabur dalam inovasi teknologi pada tahun 2024, pasukan peranti Huawei komited untuk mencapai kejayaan selanjutnya dan membina gaya hidup yang beraneka dan diperibadikan untuk pengguna global.

MWC Barcelona 2024 akan diadakan mulai 26 Februari hingga 29 Februari di Barcelona, Sepanyol. Semasa acara ini, Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya yang terkini di reruai 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via.

Melalui pelancaran komersial 5.5G 2024, Huawei berkolaborasi dengan pengendali dan rakan kongsi dari serata dunia untuk mengejar inovasi baharu yang menarik dalam rangkaian, awan dan kecerdasan. Kami akan bersama-sama memacu perniagaan 5G dan memupuk ekosistem industri yang berkembang maju, mencipta era baharu untuk transformasi digital pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2024

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services Trade show news