omniture

Huawei Lancar Tiga Produk Semua-Optik Inovatif Bawakan Kegunaan Komersial F5.5G

Huawei
2024-02-27 23:41 36

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Semasa MWC24 Barcelona di Pelancaran Produk dan Penyelesaian Huawei, Bob Chen, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei, melancarkan produk OTN berorientasikan-DC yang pertama dalam industri, OptiX OSN 9800 K36; produk OLT pintar yang pertama dalam industri, OptiXaccess MA5800T; dan produk FTTR+X yang pertama dalam industri, iFTTR OptiXstar F50 untuk tulang belakang ultra-jalur lebar, akses 10G dan senario rumah pintar semua-optik. Tiga produk inovatif ini membantu pengendali membina rangkaian sasaran semua-optik F5.5G dan mempercepatkan pembangunan ultra jalur lebar 10G, bersama-sama membawakan kegunaan komersial F5.5G.

Bob Chen, President of Huawei Optical Business Product Line, launches three innovative products
Bob Chen, President of Huawei Optical Business Product Line, launches three innovative products

Dalam November 2023, ETSI melancarkan F5G Advanced Generation Definition (Definisi Generasi Termaju F5G). Huawei bekerjasama dengan pengendali terkemuka di seluruh dunia untuk melaksanakan inovasi dan amalan F5.5G, dengan teknologi serta produk F5.5G penting termasuk rangkaian tulang belakang Wi-Fi 7, 50G PON, 400G, 800G dan OXC yang sudahpun digunakan secara meluas. Sambungan 10G merupakan asas kepada popularisasi aplikasi pintar. Banyak negara dan wilayah di seluruh dunia melancarkan rancangan pembangunan 10G dan memulakan pembinaan Bandar 10Giga. Bagi merangsang pembangunan F5.5G yang selanjutnya, Bob Chen, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei menyatakan bahawa pengendali perlu membina rangkaian sasaran semua-optik F5.5G yang menyokong ciri-ciri teras "1+3+4" di tengah-tengah pembangunan ultra jalur lebar 10G. Iaitu, bertumpukan sekitar matlamat 1 rangkaian: ultra jalur lebar 10Gbps; mencapai 3 keupayaan rangkaian: akses merata 10Gbps, rangkaian metro mengurangkan kependaman sehingga 1ms dan rangkaian tulang belakang mencapai ketersediaan 99.9999%; membina 4 seni bina rangkaian: rangkaian tulang belakang menggunakan OTN 400G, 800G untuk menghubungkan pusat data, rangkaian metro memerlukan 100G untuk CO, rangkaian akses menggunakan 50G PON untuk rumah dan perusahaan serta menyambungkan 10Gbps ke bilik.

Bagi menyokong pembinaan rangkaian sasaran semua-optik F5.5G dengan seni bina "1+3+4", Huawei melancarkan tiga produk semua-optik inovatif.

  • Tulang belakang ultra-jalur lebar: Huawei melancarkan OptiX OSN 9800 K36, produk OTN berorientasikan-DC yang pertama dalam industri. Ia mempunyai tiga inovasi. Pertama, ia menyediakan panjang gelombang tunggal 1.6Tbps, 33% lebih tinggi berbanding kadar tertinggi yang seterusnya — 1.2Tbps. Ia turut mengurangkan kos setiap-bit sebanyak 30%. Kedua, ia memiliki seni bina ortogon dwi-3D inovatif yang menggandakan bilangan lot sokongan dan menyampaikan kapasiti pensuisan subrak-tunggal sebanyak lebih daripada 100T, lalu mengatasi lonjakan trafik dengan mudah. Ketiga, unit pintar terbina dalamnya mengupayakan pengesanan tahap-ms dan analisis kesalahan pintar masa nyata, meningkatkan ketersediaan rangkaian.
  • Akses 10G: MA5800T, produk OLT pintar yang pertama dalam industri, membawakan tiga penaiktarafan. Pertama, kapasiti slot tunggal pada peranti mencapai 2T, lebih dua kali ganda berbanding purata industri dan dapat berkembang kepada 200G PON. Tambahan pula, ia serasi dengan GPON dan 10G PON sedia ada. Kedua, produk ini melaksanakan pengasingan fizikal untuk perkhidmatan melalui seni bina inovatif, memastikan kependaman berketentuan E2E dan getaran untuk perkhidmatan premium. Ketiga, unit pengkomputeran pintar terbina dalamnya meningkatkan pengalaman pengguna dalam semua aspek.
  • Rumah pintar semua-optik: iFTTR F50, produk FTTR+X yang pertama dalam industri, menyokong lebih banyak fungsi selain daripada sambungan rangkaian. Ia mempunyai tiga inovasi. Pertama, dengan seni bina C-WAN berserta Wi-Fi 7, iFTTR F50 meningkatkan kadar akses kepada 3000 Mbps. Kedua, berdasarkan kepada penyegerakan jam yang tepat, ia dapat memendekkan masa penyerahan perayauan kepada 10ms dan menghapuskan kehilangan paket. Ketiga, unit storan dan pengkomputeran terbina dalamnya menyediakan kepada pengguna dengan ruang storan maksimum 8TB dan fungsi carian album pintar.

Bob Chen, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei berkata, "Tahun 2024 merupakan tahun pertama kegunaan komersial F5.5G dan rangkaian tetap akan mencapai lonjakan baharu ke hadapan. Di tengah-tengah pembangunan ultra jalur lebar 10G, Huawei melancarkan tiga produk semua-optik inovatif: produk OTN berorientasikan-DC OSN 9800 K36, produk OLT 10G pintar MA5800T dan produk FTTR+X iFTTR OptiXstar F50, membantu pengendali membina rangkaian sasaran semua-optik F5.5G dengan ciri-ciri teras "1+3+4", meluaskan sempadan perkhidmatan secara berterusan dan memajukan dunia pintar."

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news