omniture

Trina Solar sekali lagi dalam senarai Tahap 1 BNEF

Trina Solar Co., Ltd
2024-02-28 09:06 21

CHANGZHOU, China, 28 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Trina Solar, peneraju global bagi penyelesaian PV pintar dan storan tenaga, memperoleh tempat dalam senarai Tahap 1 BNEF sekali lagi, hasil daripada keupayaan menjana keuntungannya yang kukuh, keandalan hebat modul PV dan produk jenis-n 210mm yang amat cekap. Ini memperkukuh kepimpinannya dalam industri PV dan storan tenaga. Menurut laporan bagi suku pertama tahun 2024, Trina Solar memenuhi sepenuhnya kriteria Tahap 1 BNEF, yang mana ambangnya kini lebih tinggi berbanding kes sebelum ini.

BNEF, sebuah organisasi penyelidikan dalam bidang tenaga baharu, diiktiraf di peringkat global atas kredibiliti dan kepakarannya. Kriterianya yang lebih ketat dalam suku terkini untuk pengiktirafan Tahap 1 modul PV memerlukan jenama untuk menyediakan produk jenama sendiri, keluaran sendiri kepada enam projek berbeza, yang dibiayai tanpa rekursa oleh enam bank (bukan pembangunan) berbeza sepanjang dua tahun lalu dan perjanjian ini harus melebihi 5MW (berbanding dengan 1.5MW dalam suku tahun sebelumnya). "Kehadiran berterusan Trina Solar dalam senarai Tahap 1 menunjukkan kepercayaan berkekalan oleh pelabur, pembangun dan pelanggan global terhadap keupayaannya menjana keuntungan," kata Cao Yunduan, ketua penjenamaan dan pemasaran di Trina Solar.

Trina Solar merupakan pelopor bagi teknologi dan produk jenis-n. Produk Vertex N, termasuk Vertex N 720W format besar yang baru dinaik taraf, produk penting dalam stesen janakuasa dipasang di darat, Vertex N 625W format-sederhana yang baru dinaik taraf, yang menawarkan lebih kebolehlaksanaan untuk projek berskala utiliti dalam rupa bumi paling rumit serta modul 450W format kecil, memenuhi sepenuhnya keperluan pelanggan dalam pelbagai persekitaran.

Keandalan hebat produk Trina Solar diiktiraf oleh RETC dan ia dinamakan sebagai Pencapai Tertinggi Keseluruhan untuk kali keempat dalam Mei 2023 bagi prestasi cemerlang modul siri Vertex N 700W dan PVEL, yang menamakannya pada tahun lalu sebagai Pelaksana Terbaik, untuk tahun kesembilan berturut-turut.

Trina Solar turut memenangi pengiktirafan dalam pasaran kewangan dan daripada institut terkemuka menerusi prestasi produk dan keandalan yang cemerlang. Cabang storan tenaga Trina Solar, Trina Storage terus disenaraikan pada kedudukan teratas, telahpun muncul dalam Senarai Tahap 1 Storan Tenaga Global untuk suku pertama tahun 2024 dan setelah BNEF menyenaraikannya antara lima penyedia dan penyepadu storan terbaik global.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research