omniture

Tongyu Communication di MWC Barcelona 2024: Mempamerkan Inovasi Terkini Yang Memacu Kejayaan dalam Pasaran Global

Tongyu Communication
2024-02-28 12:06 25

ZHONGSHAN, China, 28 Februari 2024  /PRNewswire/ -- Tongyu Communication Inc. (XSHE: 002792), pembekal terkemuka bagi penyelesaian komunikasi mudah alih, bersedia untuk mempamerkan inovasi terbaharunya di MWC Barcelona, salah satu acara komunikasi mudah alih terbesar di dunia. Di samping teknologi canggihnya, syarikat akan menampilkan Platform Taurus Terkini, Penyelesaian Pemintaran Aktif, Penyelesaian Bersepadu 4G+5G, Penyelesaian Senario Khas dan Penyelesaian Pengecilan, yang menunjukkan komitmennya terhadap inovasi dan pengembangan pasaran global.


Pengunjung ke gerai Tongyu Communication (Dewan 1, Reruai 1C30) akan berpeluang meneroka barisan produk dan penyelesaiannya yang mengagumkan. Bidang tumpuan syarikat termasuk sistem yang amat bersepadu, rangkaian bersepadu angkasa-udara-darat, rangkaian hijau dan cekap tenaga, rangkaian rumah pintar, penyelesaian tersuai untuk aplikasi khas dan rangkaian 5G pintar.

"Kami amat teruja untuk mengambil bahagian dalam MWC Barcelona 2024 dan mempamerkan platform antena terbaharu kami, antena MIMO besar-besaran FDD, antena AFU MIMO dan banyak lagi. Tongyu Communication kekal komited untuk menyediakan penyelesaian termaju yang memperkasakan komunikasi dan ketersambungan di seluruh dunia," kata Winnie Wu, Presiden Tongyu Communication.

Antara produk yang akan ditampilkan ialah 2L4H Multi-band Antenna dan 2L2H+TDD Beam Forming Antenna, yang menggunakan platform teknologi Taurus baharu Tongyu, meningkatkan tenaga dan kecekapan operasi ke tahap baharu dalam rangkaian mudah alih. Penyelesaian bersepadu Hybrid Active and Passive (A+P) Antenna untuk rangkaian 4G dan 5G tanpa memerlukan pemasangan tambahan di tapak. Selain itu, Tongyu Communication akan mempamerkan Antena AFU MIMO, Antena Lutsinar untuk tingkap luaran, dalaman dan kenderaan, membolehkan sambungan wayarles yang cekap, bersama-sama dengan 5G CPE, penyelesaian produk berbilang perkhidmatan dalaman termaju yang menawarkan data bersepadu dan akses Wi-Fi 6 berkelajuan tinggi untuk rumah, perniagaan dan perusahaan.

Dengan pengeluaran bersepadu menegak Tongyu Communication yang kukuh dan keupayaan bekalan global, antena stesen pangkalannya telah digunakan secara meluas di seluruh dunia, dengan lebih 7,000,000 unit kini sedang digunakan. Diiktiraf sebagai pembekal global yang diperakui oleh vendor peralatan terkemuka dan pengendali rangkaian, ia terus mempertahankan reputasinya untuk kecemerlangan dan keandalan dalam industri.

Latar Belakang Tongyu Communication 

Tongyu Communication Inc. ditubuhkan pada tahun 1996, mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengilangan, jualan dan perkhidmatan antena komunikasi mudah alih, peranti frekuensi radio dan modul optik. Dengan pangkalan pengeluaran di China, subsidiari dan cawangan di Eropah dan beberapa lokasi di seluruh dunia, Tongyu Communication telah mencipta kehadiran global yang pesat. Syarikat komited untuk menyediakan penyelesaian termaju dan memacu kemajuan teknologi dalam industri komunikasi mudah alih.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.tongyucom.com

Source: Tongyu Communication
Related Stocks:
Shenzhen:002792
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services Trade show news