omniture

Meraikan Kejayaan Bersejarah Mars Orbiter melalui Pertandingan 'Selfie' Global

Smartur3d.com
2014-09-23 20:59 104

HYDERABAD, India, 23 September 2014 /PRNewswire/ --

~ 24 September 2014 adalah saat membanggakan untuk dunia apabila Mangalyaan (Mars Orbiter) ISRO sampai ke Marikh dalam masa terpantas~  

~Satu-satunya aplikasi mudah alih Smartur yang dibina pada Realiti Diperkukuh yang membolehkan interaksi dengan Mars Orbiter – dan pertandingan 'Selfie' Global bersama Mars Orbiter~  

Program angkasa India akan mencapai kejayaan paling signifikan apabila Mars Orbiter tiba ke Marikh pada 24 September. Ini merupakan satu kejayaan bukan sahaja untuk India bahkan untuk seluruh dunia, terutamanya bagi negara-negara membangun. Perjalanan Angkasa dan teknologi Angkasa sentiasa dikaitkan dengan negara maju. Melalui kejayaan ini India telah menunjukkan teknologi angkasa seperti yang sering dipaparkan dalam fiksyen sains adalah sesuatu yang boleh dikuasai oleh negara-negara dengan sumber-sumber sederhana untuk manfaat manusia. Smartur 3D (http://www.smartur3d.com), adalah sebuah syarikat Realiti Diperkukuh yang telah membangunkan "Smartur" App – satu Aplikasi Realiti Diperkukuh untuk Telefon Bimbit Android dan juga peranti mudah alih iOS – yang membolehkan para pengguna untuk klik 'selfie' bersama Mars Orbiter yang turut dikenali sebagai Mangalyaan. Realiti Diperkukuh adalah teknologi sama yang digunakan untuk Google Glasses. Ini akan menyediakan pengguna dengan sebuah platform untuk mengalami dan terlibat dalam kejayaan bersejarah yang penting ini. Para pengguna telefon bimbit android dan peranti iOS di seluruh dunia boleh menyertai pertandingan 'Selfie bersama Mars Orbiter' dengan memuat naik gambar-gambar yang inovatif dengan Orbiter dipaparkan sebagai sebahagian daripada persekitaran mereka.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140922/706742)

Berucap mengenai prakarsa ini, En. Neeraj Jewalkar, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Smartur3d.com berkata "Bagi meraikan kejayaan Mars Orbiter, kami berpendapat adalah penting bagi menyediakan sebuah platform kepada orang ramai untuk berkongsi kegembiraan dan kebanggaan mereka. Inilah kaedah bagaimana Smartur App dan 'Selfie bersama Mars Orbiter' berfungsi. Ini merupakan satu-satunya prakarsa yang mana orang ramai dari seluruh dunia benar-benar dapat menjadi sebahagian daripada kejayaan bersejarah ini."

Maklumat penting

  • Jarak yang dilalui oleh Mangalyaan adalah sama dengan  
  • 1000 perjalanan ke Bulan  
  • 5 lawatan ke Matahari  
  • Mangalyaan dibina dengan kos 1/10 dan disiapkan dalam tempoh 3/4  berbanding sebuah Misi AS yang serupa. 

Untuk Video dan 'Selfie' layari:   
http://www.Smartur3d.com/marsorbiter 

Latar Belakang Smartur3d.com: Smartur3d.com adalah sebuah syarikat teknologi Realiti Diperkukuh berasaskan pendidikan dengan pejabat-pejabat di Amerika Syarikat dan India. Sebarang pertanyaan media, sila hubungi abhishek@smartur3d.com, Abhishek Khaitan, +91 9866726545

SUMBER  Smartur3d.com

Source: Smartur3d.com
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Internet Technology New products/services