DENVER, 24 September 2014 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini mengumumkan ia akan mengetengahkan portfolio penyelesaian Kabel 2.0 yang terkini serta memperkenalkan prototaip industri pertama bagi Platform Akses Kabel Tertumpu maya di Ekspo Teknologi Kabel SCTE 2014. Melalui komitmennya untuk membantu Pengendali Berbilang Perkhidmatan (MSO) menggalakkan inovasi serta mendorong transformasi perniagaan, syarikat tersebut akan turut memperkenalkan Platform Akses Kabel Tertumpu Diedarkan (D-CCAP) pada acara tersebut.
Penyelesaian Kabel 2.0 Huawei adalah satu portfolio penyelesaian produk hujung-ke-hujung untuk membantu MSO mencapai pertumbuhan perniagaan yang mampan. Tambahan utama pada penyelesaian tersebut termasuklah seni bina Rangkaian Akses Kabel Perisian-Ditetapkan (SDCAN) yang baru dilancarkan, yang akan membantu MSO membina akses rangkaian yang mudah, tangkas, elastik dan ditambah nilai.
Pada acara tersebut, Huawei akan turut menekankan kepentingan untuk MSO mengembangkan perniagaan mereka kepada operasi khidmat penuh dengan strategi berbilang fungsi yang komprehensif yang terdiri daripada video, jalur lebar/suara talian tetap, perkhidmatan mudah alih dan juga perkhidmatan perusahaan untuk mengukuhkan daya saing mereka dalam ruang pasaran global, terutamanya dalam pasaran kediaman dan perniagaan.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MSO telah berhadapan cabaran-cabaran hebat dalam pertumbuhan perniagaan dan agar kekal berdaya saing dalam pasaran. Mereka perlu memberi tumpuan kepada pembinaan platform masa hadapan bagi membolehkan ketangkasan perniagaan dan juga kualiti perkhidmatan ditingkatkan," kata Frank Miller, Ketua Pegawai Teknikal untuk perniagaan MSO global Huawei. "Penyelesaian Kabel 2.0 Huawei menyediakan platform bersepadu untuk pelanggan-pelanggan MSO dengan kemampuan komprehensif bagi akses kabel, komunikasi IP termaju, video pintar dan transformasi wayarles. Ia akan membantu MSO menavigasi melalui evolusi ke arah perkhidmatan operasi penuh."
Penginovasi aktif untuk akses teknologi generasi seterusnya, Huawei telah memperluas jejaknya bagi membantu perniagaan MSO di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia Pasifik, serta menyediakan penyelesaian kabel berinovatif kepada 45 MSO di seluruh dunia. Syarikat tersebut juga aktif menyumbang kepada pembentukan dan kemajuan piawaian industri untuk teknologi kabel. Ia merupakan satu-satunya vendor kabel bukan tradisional yang berganding rapat dengan organisasi piawaian industri Cable Labs bagi pembangunan piawaian teknologi kabel generasi seterusnya Spesifikasi Antara Muka Khidmat Data Melalui Kabel 3.1 (DOCSIS 3.1).
Huawei merupakan penganjur Ekspo Teknologi Kabel SCTE 2014 yang berlangsung pada 22-25 September di Denver, Colorado, yang bertempat di Pusat Konvensyen Colorado, dan boleh didapati di gerai pameran #1857 bagi demonstrasi produk.
Latar Belakang Huawei
Huawei adalah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka di peringkat global dengan matlamat untuk memperkaya kehidupan melalui komunikasi. Didorong oleh inovasi berpusatkan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah menubuhkan portfolio penyelesaian IT hujung-ke-hujung yang memberikan pelanggan dengan kelebihan daya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti dan juga pengkomputeran awan. Seramai 150,000 pekerja Huawei seluruh dunia komited untuk menciptakan nilai maksimum untuk pengendali telekomunikasi, perusahaan dan juga para pengguna. Penyelesaian, produk-produk dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif telah digunakan di lebih 170 buah negara dan wilayah, menyediakan perkhidmatan kepada lebih satu pertiga populasi dunia. Diasaskan pada 1987, Huawei adalah sebuah syarikat swasta milik penuh kakitangannya.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari Huawei secara dalam talian: www.huawei.com atau ikuti kami melalui:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei