omniture

VERSUNI MENGUMUMKAN PERUBAHAN KEPIMPINAN

Versuni
2024-02-28 17:05 22

Véronique Pauwels dilantik sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif baru, membawa pemahaman mendalam tentang landskap pengguna dan pengalaman yang luas dalam melaksanakan pelan penciptaan nilai yang dipacu oleh inovasi untuk membolehkan peringkat pertumbuhan seterusnya Versuni. 

AMSTERDAM, 28 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Versuni, sebuah syarikat peralatan elektrik rumah global terkemuka, mengumumkan hari ini bahawa Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Henk S. de Jong, telah memutuskan untuk meletakkan jawatannya selepas lebih daripada tiga dekad berkhidmat di Royal Philips dan Versuni. Véronique Pauwels akan menyertai syarikat tersebut sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa pada 21 Mac 2024.

Pengerusi Lembaga Pengarah Versuni, Sean Carney, mengulas, " Bagi pihak Lembaga Pengarah Versuni, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Henk S. de Jong atas kepimpinan beliau selama empat tahun yang lalu. Beliau telah menjadi daya pendorong di sebalik peralihan syarikat ini menjadi syarikat berdiri sendiri dengan lintasan pertumbuhan yang kukuh. Kesungguhan beliau dalam menetapkan pelan penciptaan nilai asas Versuni telah meletakkan asas untuk fasa pertumbuhan yang mencabar yang menanti di hadapan."

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Versuni, Henk S. de Jong, menambah, "Ia merupakan satu keistimewaan untuk memimpin Versuni dan berkhidmat kepada pekerja, pelanggan dan rakan kongsi kami di seluruh dunia, yang semuanya telah menjadi faktor penting kejayaan syarikat. Bersama-sama, kami telah mengubah Versuni dari bahagian peralatan elektrik rumah yang statik menjadi organisasi berdiri sendiri yang dinamik, dan sekarang saya dengan bangganya dapat menyerahkan tanggungjawab ini kepada Véronique. Saya berharap untuk menyokong Versuni dan mengikuti kejayaan masa depan syarikat ini ketika ia memulakan peringkat pertumbuhan seterusnya."

Sean Carney meneruskan, "Kami sangat teruja dengan kehadiran Véronique Pauwels untuk memimpin Versuni dalam fasa seterusnya. Pemahaman mendalam beliau tentang landskap pengguna dan pengalaman yang meluas dalam melaksanakan pelan penciptaan nilai yang dipacu oleh inovasi meletakkan beliau dalam kedudukan yang baik untuk membina atas landasan penting yang telah dibuat dan memimpin syarikat ke arah pertumbuhan mampan yang jangka panjang."

Véronique Pauwels sebelum ini berkhidmat sebagai Rakan Pengurus di Bain & Company, Belanda, di organisasi ini beliau juga memimpin amalan Peningkatan Prestasi EMEA firma tersebut. Beliau ialah pakar dalam Transformasi Berkekalan dan merupakan pemimpin kanan amalan Produk Pengguna Bain. Véronique mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman global menyokong Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif dalam menghadapi cabaran strategik yang paling mendesak, sambil memegang peranan kepemimpinan utama di dalam Bain.

Véronique Pauwels berkata, "Saya berbesar hati untuk menyertai sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif pada saat penting dalam perjalanan syarikat ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Henk atas asas penting yang telah diselesaikan untuk Versuni. Saya sangat menghargai legasi Versuni, kedudukan global syarikat ini, jenama dan inovasinya, dan yang paling penting, warga Versuni."

Setelah bekerja rapat dengan pasukan kepimpinan eksekutif Versuni untuk memimpin proses perancangan penciptaan nilai, Véronique Pauwels menyertai syarikat ini dengan pengetahuan dan pemahaman tentang warga, organisasi, jenama dan produknya, serta peluang yang ada.

Disokong oleh pasukan global yang sangat berpengetahuan dan dinamik, Versuni bersedia untuk fasa yang seterusnya, memberi tumpuan kepada pembinaan sebuah syarikat barangan tahan lama pengguna inovatif bertaraf dunia yang bersemangat untuk mengubah rumah menjadi kediaman untuk pelanggannya.

Tentang Versuni

Tujuan Versuni adalah mengubah rumah menjadi kediaman. Sebagai kumpulan jenama peralatan elektrik rumah, Versuni memasarkan: Philips, Philips Walita, Preethi, Senseo, L'OR Barista, Saeco dan Gaggia. Dengan lebih daripada 900 paten untuk namanya, portofolio Versuni merangkumi peralatan kopi dan dapur, penjagaan pakaian, penjagaan iklim, penjagaan lantai, dan keselamatan rumah. Produk di bawah jenama Philips termasuk Penggoreng Kering Philips, Mesin Espresso dengan LatteGo, Penjana Wap PerfectCare, dan Pembersih Vakum Tanpa Kabel Air dan AquaTrio. Versuni beribu pejabat di Amsterdam, Belanda, dan mempunyai pusat inovasi, pembuatan dan perniagaan di seluruh dunia, wujud di lebih daripada 100 negara.

Butiran hubungan akhbar: press@versuni.com 

 

Source: Versuni
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Personnel announcements