omniture

nubia umum secara rasmi pengembangan global luasnya di MWC24

ZTE Corporation
2024-02-28 20:17 208
  • nubia melancarkan pelbagai produk baharu semasa acara ini bagi memenuhi permintaan terpelbagai daripada pengguna untuk telefon pintar
  • nubia Flip 5G, produk pertama nubia seumpamanya, direka bentuk sebagai telefon pintar lipat pertama untuk anak muda

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, mengumumkan pengembangan global nubia yang luas, jenama yang begitu terkenal dengan keupayaan fotografi mudah alih profesionalnya di seluruh dunia, pada hari pertama MWC Barcelona 2024. Bagi memenuhi permintaan terpelbagai daripada pengguna terhadap telefon pintar, nubia melancarkan pelbagai produk baharu semasa acara ini. Ini termasuk telefon pintar lipat pertama ZTE, nubia Flip 5G, nubia Focus 5G series, direka bentuk untuk menyediakan pengalaman fotografi profesional kepada pengguna, nubia Music, menawarkan pengalaman muzik menyeluruh dan nubia Neo 2 5G, membawakan pengalaman permainan termaju buat semua. Produk-produk ini akan diedarkan di seluruh Eropah, Amerika Latin, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika, bagi memenuhi pelbagai keperluan dan harapan pengguna global.


nubia Z60 Ultra: Keunggulan Fotografi Kamera Bawah-paparan Eksklusif Dunia

nubia Z60 Ultra menawarkan pandangan tak terhalang, hasil daripada skrin penuh nubia UDC dan teknologi kamera bawah-paparan fleksibel generasi kelima. Diaplikasikan dengan sistem fotografi Neovision, nubia Z60 Ultra dapat menyediakan pengimejan berdefinisi tinggi melalui modul tiga kamera yang paling berkuasa dan disesuaikan sepenuhnya dengan OIS penuh. Jarak fokus emas yang begitu seimbang dan sistem optik membolehkannya memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai senario. Selain itu, nubia Z60 Ultra dikuasakan oleh cip set Qualcomm® Snapdragon™ 8 Gen 3, membawakan bateri 6,000mAh dan rintangan habuk dan air terkadar-IP68, kesemuanya menyumbang kepada prestasi mantapnya yang komprehensif. Setakat ini, nubia Z60 Ultra mendapat ulasan yang menggalakkan sejak pengenalannya melalui platform e-dagang global. Melangkah ke hadapan, produk ini akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat dalam lebih banyak pasaran global.

nubia Flip 5G : Telefon Pintar Lipat Pertama ZTE

nubia Flip 5G, produk pertama ZTE seumpamanya, direka bentuk sebagai telefon pintar lipat pertama untuk anak muda. Pengguna pasti akan mendapat kejutan gembira melihatkan harganya dan aplikasinya yang banyak yang disesuaikan untuk paparan luar, termasuk aplikasi kamera yang dapat menawarkan fotografi unik dan pengalaman swafoto dengan dwiskrin dalaman dan luarannya.

Menampilkan skrin boleh lipat fleksibel dan engsel berkekuatan tinggi, nubia Flip 5G dilipat dengan lancar dan dibuka tanpa kedutan. Peranti ini mempunyai skrin dalaman fleksibel ultra-jelas 120Hz 6.9-inci dan skrin luaran berbilang fungsi, membolehkan akses pantas kepada pelbagai aplikasi tanpa membuka telefon. Imej yang ditangkap oleh dwikamera belakang 50MP boleh dipratonton secara serentak pada kedua-dua skrin, menawarkan pengalaman fotografi unik oleh apungan berbilang sudut untuk swafoto bebas tangan. Dikuasakan oleh cip set Qualcomm® Snapdragon™ 7 Gen 1, digandingkan dengan bateri 4310mAh, ia menyampaikan prestasi yang tangkas dan cemerlang. Harga nubia Flip 5G bermula daripada 599USD. (Harga runcit mungkin berbeza-beza dalam pasaran yang berlainan mengikut spesifikasi tertentu.)

nubia Focus 5G series : Teknologi Fotografi Inovatif 108MP  

Bagi menyediakan peluang kepada rangkaian pengguna global yang lebih luas untuk mengalami teknologi fotografi terkini daripada nubia, nubia mendedahkan Focus 5G series. Siri ini mewarisi DNA fotografi mudah alih profesional nubia daripada Z series unggulan, terkenal dengan keupayaan fotografi luar biasanya, dan dalam masa yang sama mengekalkan harga yang mampu milik. Diilhamkan oleh reka bentuk kamera klasik, nubia Focus Pro 5G menampilkan satu-satunya dwibutang fotografi di dunia. Butang Pintasan Gelongsor membolehkan pengaktifan kamera satu sentuhan, manakala butang Tangkap menyediakan pengalaman seperti kamera sebenar untuk mengambil foto.

Dilengkapi dengan sistem dwikamera 108MP tahap unggulan yang dikuasakan oleh sistem fotografi Neovision, nubia Focus 5G series memaparkan prestasi tinggi dan kecekapan kos. nubia Focus Pro 5G dilengkapi dengan 5 jarak fokus manakala nubia Focus 5G dilengkapi dengan 4. Siri ini membawakan rangkaian fungsi mengagumkan yang berintegrasi dengan algoritma zum penapis-dalam, mod malam super RAW, RAW HDR dan video 4K, lalu membolehkan pengguna menangkap gambar yang menakjubkan dengan mudah. Direka bentuk dengan penutup belakang kaca, ia menonjolkan penampilan yang indah dan estetik yang mengingatkan kepada kanta kamera profesional klasik.

nubia Focus Pro 5G dan nubia Focus 5G masing-masing dilengkapi dengan paparan 6.72-inci dan 6.6-inci. Kedua-duanya menampilkan kadar segar semula 120Hz untuk kesan visual luar biasa, bateri besar 5000mAh dengan teknologi penjimatan kuasa AI dan menerima pakai audio berkualiti tinggi DTS, menyediakan pengalaman audio-visual dan permainan yang sangat lancar. Fungsi Live Island serba baharu memaparkan pelbagai prom dan pemberitahuan, bagi meningkatkan pengalaman interaktif. Dikuasakan oleh cip 5G 6nm okta-teras, dengan frekuensi maksimum 2.2GHz, nubia Focus 5G menyampaikan prestasi unggul. Selain itu, storan UFS3.1 memiliki dua kali ganda kelajuan membaca/menulis berbanding dengan UFS2.2, bagi memastikan operasi telefon yang lebih lancar. Harga nubia Focus 5G series bermula daripada 199USD. (Harga runcit mungkin berbeza-beza dalam pasaran yang berlainan mengikut spesifikasi tertentu.)

nubia Neo 2 5G: Telefon Permainan Lebih Baik buat Semua

nubia Neo series diberi kedudukan sebagai telefon permainan yang lebih baik untuk semua. Pada tahun 2023, generasi pertama nubia Neo telahpun dilancarkan di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah serta menerima pengiktirafan tinggi daripada peminat permainan.

Berdasarkan kepada generasi pertama, nubia Neo 2 5G dilengkapi dengan dwi pencetus bahu permainan, bagi memberikan pengalaman yang belum pernah terjadi sebelum ini dan menyeronokkan kepada pemain mudah alih. Butangnya juga membolehkan pemain mudah alih menyesuaikan fungsi-fungsi mengikut keutamaan mereka, meningkatkan pengalaman kawalan permainan dengan ketara. Ia mewarisi gen reka bentuk daripada pendahulunya, tekal mencipta reka bentuk meka bionik yang unik dan menarik dari segi visual yang dilengkapi oleh modul kamera belakang berbentuk oktagon, yang memperlihatkan atribut teknologi futuristik dan estetika meka. Pada bahagian hadapan, ia memiliki paparan 120Hz 6.72-inci untuk pengalaman visual yang lebih lancar dan lebih jelas. Dengan bateri 6000mAh yang besar dan pengecasan pantas 33W, nubia Neo 2 5G membolehkan semua pengguna menikmati permainan tanpa gangguan sepanjang hari. Gaming Space yang baru dinaik taraf menawarkan ciri-ciri yang lebih berkuasa dan praktikal, menyediakan pengalaman permainan yang lebih mudah kepada pemain. Di samping itu, nubia Neo 2 5G dilengkapi dengan dwi pembesar suara dan audio DTS:X Ultra untuk persekitaran audio dalam permainan yang imersif dan realistik. Harga nubia Neo 2 5G bermula daripada 199USD. (Harga runcit mungkin berbeza-beza dalam pasaran yang berlainan mengikut spesifikasi tertentu.)

nubia Music Series: Menawarkan Pengalaman Muzik Imersif

nubia Music series membawakan volum 600% lebih tinggi berbanding model purata, yang direka khusus untuk membolehkan lebih ramai orang menikmati muzik hasil daripada pembesar suaranya yang berkualiti tinggi dan algoritma volum ekstrem berkuasa AI. Dua jek fon telinga 3.5mm menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman audio imersif dan mempermudah perkongsian muzik. Harga nubia Music series bermula daripada 149USD. (Harga runcit mungkin berbeza-beza dalam pasaran yang berlainan mengikut spesifikasi tertentu.)

Diilhamkan oleh slogannya "Be Yourself" ("Jadilah Diri Sendiri"), nubia komited untuk menyediakan rangkaian pilihan yang luas dengan reka bentuk, ciri-ciri dan pengalaman dibezakan untuk anak muda. Tambahan pula, jenama ini sedang bersiap sedia untuk mencapai pengembangan pasaran global yang luas dan merancang untuk mendedahkan produk baharu bermula pada Mac 2024.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi reruai ZTE (3F30, Dewan 3, Fira Gran Via) di MWC Barcelona 2024, atau terokai: https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/mwc24.html

LATAR BELAKANG ZTE:

ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, sementara portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian dawai, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE mengkhusus untuk mencipta ekosistem digital dan pintar, serta membolehkan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:

Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA:

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Artificial Intelligence