NEW YORK, 24 September 2014 /PRNewswire/ --
Acara The Climate Group saksikan kempen tenaga boleh diperbaharui dan kerjasama perniagaan baharu untuk tindakan iklim dilancarkan pada malam sebelum Sidang Kemuncak Iklim PBB
Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon dan Presiden Kumpulan Bank Dunia Jim Yong Kim hari ini membentangkan visi mereka untuk ekonomi karbon rendah yang bertenaga pada Hari Perasmian Minggu Iklim NYC 2014.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140922/708201 )
Mereka turut disertai oleh Tim Cook, Ketua Pegawai Ekskeutif Apple, dan Sir Richard Branson, Pengasas Virgin Group, serta para eksekutif daripada syarikat-syarikat terkemuka, termasuklah BT, IKEA, HP, Lockheed Martin, Swiss Re dan juga Unilever.
Komitmen utama baharu daripada perniagaan dan kerajaan subnegara bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau telah diumumkan pada hari yang menyaksikan pelancaran We Mean Business, gabungan perniagaan utama yang menuntut tindakan kerajaan untuk membendung pelepasan karbon. RE100, satu kempen baharu bagi membantu meningkatkan bahagian pasaran global bagi tenaga bersih, juga turut dilancarkan.
Diwujudkan pada tahun 2009 oleh The Climate Group, Minggu Iklim NYC pada tahun ini menganjurkan lebih 120 acara sebagai usaha kolaboratif dalam memberi sokongan kepada Sidang Kemuncak Iklim PBB (UN Climate Summit) yang bakal berlangsung esok. CDP adalah penganjur bersama bagi Hari Perasmian tersebut.
Setiausaha Negara AS John Kerry berkata: "Ia tidak melibatkan kos yang banyak untuk menangani perubahan iklim; lebih banyak kos terpaksa dibelanjakan apabila ia diabaikan. Namun begitu, di sebalik konsensus saintifik, kita bersama-sama membiarkan masalah ini terus menular, bukannya berkurang. Ia adalah amat penting agar kita mengambil keputusan untuk berubah dan bertindak sekarang. Amerika Syarikat bersedia untuk memimpin bagi mengajak negara-negara lain untuk turut bertindak."
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon berkata: "Perubahan iklim adalah isu penentu pada zaman kita. Kini adalah masanya untuk bertindak. Inilah yang dituntut oleh masyarakat semalam di jalan-jalan sekitar New York. Ia adalah apa yang akan kita lihat esok di Sidang Kemuncak Iklim. Ini jugalah yang diperlihatkan oleh Minggu Iklim NYC."
Mark Kenber, Ketua Pegawai Eksekutif The Climate Group, penganjur Minggu Iklim NYC, berkata: "Sektor tenaga dan teknologi bersih memacu pertumbuhan serta mewujudkan peluang pekerjaan pada kadar yang jauh lebih pantas berbanding ekonomi lain. Di sinilah letaknya harapan terbaik kamibagi pemulihan dan kemakmuran yang berterusan."
Tonton Minggu Iklim NYC secara langsung melalui TheClimateGroup.org/livestream
Ikuti perbincangan Minggu Iklim NYC melalui Twitter menggunakan #CWNYC
Sumber: The Climate Group