omniture

Huawei Dedahkan FTTO 2.0 di MWC 2024, Terajui Inovasi Rangkaian Kampus 10G

Huawei
2024-02-29 13:37 18

BARCELONA, Sepanyol, 29 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Semasa MWC Barcelona 2024, Huawei memperkenalkan buat julung kali penyelesaian Gentian ke Pejabat (FTTO) 2.0 perintisnya untuk rangkaian kampus 10G. Dalam konteks fiberisasi, transformasi pintar dan pembangunan hijau, penyelesaian FTTO 2.0 Huawei menggamit perhatian luas dalam seluruh industri ini.

Gu Yunbo, Presiden Domain Perniagaan Optik Perusahaan Huawei berkata, "Huawei membangunkan penyelesaian FTTO berdasarkan kepada seni bina rangkaian kampus tertumpu IP+POL inovatif dan ia diterima oleh lebih 8,000 pelanggan kampus merentas 50 negara. Melangkah ke era Wi-Fi 7, kini Huawei memperkenalkan penyelesaian FTTO 2.0 generasi seterusnya untuk pelanggan kampus standard dan penyelesaian 50G POL untuk senario kampus berprestasi tinggi, memenuhi sepenuhnya permintaan penaiktarafan kampus pintar dan pembangunan mesra alam."

Huawei Unveils FTTO 2.0 at MWC Barcelona 2024
Huawei Unveils FTTO 2.0 at MWC Barcelona 2024

Penyelesaian FTTO 2.0 menyokong XGS-PON Pro dan Wi-Fi 7. Berbanding dengan FTTO 1.0, FTTO 2.0 menyampaikan peningkatan besar dalam prestasi dan pengalaman pengguna:

  • Penaiktarafan lebar jalur: Berdasarkan kepada teknologi XGS-PON Pro yang inovatif, FTTO 2.0 Huawei merealisasikan 25 Gbps ke bilik, 10 Gbps ke AP dan 2.5 Gbps ke atas meja, meningkatkan lebar jalur akses sebanyak 150%. Huawei turut melancarkan W827E, Wi-Fi 7 ONT peringkat-perusahaan yang pertama dalam industri.
  • Penaiktarafan rangkaian: FTTO 2.0 Huawei menyokong penghirisan hujung-ke-hujung dan dapat membawa sehingga 8 rangkaian khusus, seperti rangkaian pejabat dan pengeluaran. Dengan mengelakkan pembinaan rangkaian terasing, penyelesaian ini mengurangkan TCP sebanyak 30%.
  • Penaiktarafan pengalaman: FTTO 2.0 Huawei menggunakan rangkaian khusus amat terasing bagi memastikan pengalaman berketentuan dalam perkhidmatan penting. Ia menggunakan algoritma C-WAN inovatif bagi merealisasikan kependaman penyerahan dalam 20 ms, menjadikan perayauan Wi-Fi tidak dapat dilihat oleh pengguna. Ciri penganalisis POL turut menjadikan pengalaman Wi-Fi pengguna boleh dilihat.
  • Penaiktarafan O&M: Platform pengurusan rangkaian NEC-Campus menyokong pengurusan disatukan bagi rangkaian IP+POL, mempermudah O&M rangkaian dengan ketara. Ia hanya memerlukan seorang juruteknik untuk mengurus seluruh rangkaian kampus.

Di samping itu, Huawei melancarkan penyelesaian 50G POL komersial pertama dalam industri bagi mengatasi cabaran rangkaian dalam senario yang memerlukan prestasi ultra-tinggi, seperti angkut balik 10G Wi-Fi 7 AP, liputan berketumpatan tinggi dan lebar jalur tinggi di pejabat dan aplikasi perkhidmatan video baharu seperti VR/AR. Penyelesaian ini termasuk OLT dan ONT 50G PON yang menyokong lebar jalur huluan dan hiliran simetri, meningkatkan rangkaian kampus daripada 10G PON kepada 50G PON, membolehkan pelanggan kampus menikmati sambungan ultra-jalur lebar dan penyatuan rangkaian melalui gentian tunggal.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news