omniture

ZTE anjur Persidangan Inovasi 5G Termaju dan Pelancaran Produk Baharu di MWC24

ZTE Corporation
2024-02-29 19:50 66
  • ZTE mempamerkan 10 produk 5G-A baharu yang mengagumkan dan perancangan komprehensif untuk era 5G-A di MWC24
  • Tiga pengendali telekomunikasi utama China dan rakan kongsi industri penting mengambil bahagian dalam persidangan

BARCELONA, Sepanyol, 29 Februari 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi menganjurkan "Persidangan Inovasi 5G-Termaju dan Pelancaran Produk Baharu" di MWC Barcelona 2024 yang mendemonstrasikan secara sistematik perancangan panoramik ZTE dan inovasi futuristik untuk era 5G-A dan melancarkan 10 produk 5G-A baharu yang mengagumkan, bersiap sedia sepenuhnya untuk kegunaan komersial 5G-A. Tiga pengendali telekomunikasi utama China dan rakan kongsi industri turut mengambil bahagian dalam persidangan ini.

Zhang Wanchun, Naib Presiden Kanan di ZTE, menyatakan bahawa dalam ucaptama pembukaan beliau bahawa, pendedahan teknologi 5G-Termaju merupakan satu pencapaian menarik bagi kemungkinan dan potensi pembangunan teknologi komunikasi masa depan. 5G-Termaju menonjolkan lebih daripada tahap evolusi daripada 5G kepada 6G dari segi kelajuan dan ketersambungan; ia menandakan anjakan paradigma dari segi cara orang ramai menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Beliau menyeru industri ini untuk berganding bahu dan bekerjasama demi dunia pintar yang lebih pintar dan lebih terhubung.

Zhang Wanchun, Senior Vice President at ZTE
Zhang Wanchun, Senior Vice President at ZTE

Li Xiaotong, Naib Presiden di ZTE, Pengurus Besar produk RAN, menyampaikan ucapan yang bertajuk "Perbatasan Baharu 5G Termaju" dan berkongsi pemahaman, perancangan dan pencapaian ZTE terhadap 5G-A. "5G-A konsisten dengan hala tuju evolusi 5G-A dan 6G dalam industri ini yang merupakan satu peningkatan kepada 5G dan sambungan kepada 6G. 5G-A akan meningkatkan keupayaannya dalam tiga senario 5G utama, dari segi eMBB, mMTC serta uRLLC dan sementara itu, ia akan membuka tiga senario utama, termasuk penderiaan & komunikasi bersepadu, kecerdasan sejagat dan sambungan merata," kata Li Xiaotong. "Melalui peningkatan dan pengembarangan senario enam dimensi, 5G-A akan terus merealisasikan nilai tidak terhingga untuk kehidupan digital B2C, industri digital B2B dan masyarakat digital B2X. ZTE melaksanakan beberapa kes penggunaan 5G-A dalam domain yang berbeza, menunjukkan prospek 5G-A yang menarik."

Semasa acara pelancaran produk, ZTE mendedahkan 10 produk inovatif mengagumkan yang menggabungkan tiga kategori, produk UBR dan FDD M-MIMO yang paling ringkas dan sangat cekap, produk mmWave dan stesen utama darat NTN untuk melanjutkan senario 5G-A dan siri produk dengan komunikasi dan pengkomputeran bersepadu untuk aplikasi B2C, B2B beraneka.

Di persidangan ini, wakil-wakil daripada tiga pengendali utama China masing-masing turut berkongsi pengalaman praktikal serta pandangan unik mereka tentang 5G-A.

Cao Lei, Timbalan Pengarah Teknologi Tanpa Wayar dan Terminal, China Mobile Research Institute, menyampaikan ucapan komprehensif yang bertajuk "5G-A Menggalakkan Kemakmuran Ekonomi Altitud-Rendah" yang menggariskan trend pertumbuhan secara sistematik bagi ekonomi altitud rendah, senario perniagaan yang dicakupi olehnya dan peranan penting 5G-A dalam mengukuhkan sektor ini.

Cao Lei berkata bahawa ekonomi altitud rendah menjadi landasan baharu untuk pembangunan ekonomi global, meliputi logistik ekspres, penyelamatan kecemasan, pemantauan persekitaran, pertanian, perlindungan perhutanan dan tumbuhan, hiburan pengguna dan banyak lagi bidang lain. Apabila 5G-A bertemu landasan baharu, ia merangsang peluang tanpa had.

China Mobile bekerjasama dengan aktif bersama industri ini untuk menjalankan penyelidikan mengenai teknologi rangkaian pintar altitud rendah berasaskan kepada 5G-A, menjadi peneraju dalam merumuskan standard teknikal seperti pengenalpastian keupayaan terminal UAV, mencadangkan sistem teknologi rangkaian altitud rendah untuk semua senario dan menyarankan teknologi penting secara inovatif seperti kawalan gangguan berasaskan terminal sebagai respons kepada masalah utama gangguan tinggi dan penyerahan kerap dalam senario altitud rendah.

Fan Bin, Pengarah Rangkaian Tanpa Wayar China Unicom, menyatakan bahawa China Unicom telah membangunkan rangkaian 5G dibina bersama dan dikongsi yang terbesar di dunia dan meraih pencapaian penting dalam aplikasi industri 5G. Dengan penaiktarafan keupayaan rangkaian, aplikasi 5G dalam industri-industri vertikal beralih secara lebih mendalam daripada pengeluaran tidak kritikal kepada pengeluaran kritikal. 5G-A dengan keupayaan berketentuan tinggi ialah salah satu pilihan terbaik bagi memenuhi keperluan mobiliti, mudah haus dan lusuh, sambungan besar-besaran dan pelarasan yang kerap. China Unicom, bersama-sama ZTE dan perusahaan terkemuka dalam industri ini, menjalankan pelbagai amalan komersial bagi aplikasi 5G-A dalam domain pengeluaran kritikal, seperti 5G-A + aplikasi PLC berasaskan awan dalam WuHu Midea Kitchen & Bath Appliances Manufacturing Co., Ltd. dan 5G-A + aplikasi kawalan industri dalam Wuhan Iron and Steel Co.,Ltd.

Wei Yao, Pengarah China Telecom Research Institute of Mobile and Terminal Technology, membentangkan kemajuan signfikan yang dicapai oleh China Telecom dalam rangkaian berketentuan. Di samping itu, berdasarkan kepada pengalaman mereka dalam amalan transformasi digital dalam industri ini, beliau membincangkan hala tuju masa depan pembangunan rangkaian tanpa wayar. Wei Yao menekankan bahawa pewujudan kapasiti rangkaian berketentuan adalah amat penting untuk aplikasi industri menembusi pengeluaran kritikal dengan berkesan. Melalui kolaborasi dengan ZTE, China Telecom bermatlamat untuk terus memacu inovasi teknologi dan memperkasa pembangunan baharu industri-industri.

5G-A akan memulakan pembinaan berskala besar dan mempercepatkan penggunaan komersial. ZTE akan bekerjasama dengan semua sektor dalam industri ini untuk bersama-sama menggalakkan lelaran yang berterusan dan amalan komersial teknologi 5G-A serta memacu pembangunan yang berterusan dan mendalam bagi transformasi digital dan pintar global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi reruai ZTE (3F30, Dewan 3, Fira Gran Via) di MWC Barcelona 2024, atau terokai:
https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/mwc24.html

LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, sementara portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian dawai, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE mengkhusus untuk mencipta ekosistem digital dan pintar, serta membolehkan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:
Facebook  www.facebook.com/ZTECorp
Twitter  www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn  www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news